Sunday 12 May 2013

Hari Ibu



Malam minggu, aku ambik risiko merayau sorang-sorang kat kedai mamak yang jarang aku lepak macam selalu saja laa tukar angin nak rasa sedap ke tak teh tarik dia, risiko what … haaa buatnya tak sedap  ke per ke kaaan. Baru tengah syok layan blues sambil menyedut tembakau gudang garam surya tetiber aku lihat penampakan sosok tubuh sahabat aku adeehhh dia pun nampak aku jugeks, nak buat macam mana dah rezeki aku laaa jumpa dia. (haissshhh baru nak layan blues)

Macam biasa laa sesi sembang kasi bimbang dari citer Ini kali laaah sampai laa ke citer janji dichapti, last-last sampai la citer hari ibu. “ Laaa, lu tak sambut Hari Ibu ngan mak lu ke kat kampung?” Aku jawap, “ Aku tak sambut Hari Ibu laa bai aku cal mak aku jer tadi, wa tak bape suke nak spesifik kan hari-hari tertentu untuk mak aku.. hari-hari yang aku lalui tu semua untuk mak aku”. Ohhh lu mesti tengok youtube UAI pasal dosa kan sambut Hari Ibu nie kan”. Aku jawap lagi, Haissshh lu nie, idak lerr dari dulu lagi aku tak sambut Hari Ibu nie tapi kalau orang lain nak sambut tu OK laaa aper hal nak dosa nyer diaorang hargai mak diorang bukannya diaorang hargai Mother Teresa ke Mother Mary ke”. “ Eeehh so lu kater UAI tak betul laa nie eekk”. Aku jawap lagi, “ Woooiii bila masa plak aku kater macam tu, saper la aku nak kater dia tak betul…UAI cakap macam tu berdasarkan ilmu yang ader kat dia, kalau lu rasa nak ikut ikut laa kalau lu rasa dia ader khilaf, tak salah nak sambut Hari Ibu lu sambut laa”“Huurrmmm ader asas gak lu cakap nie bai tapi mak wa dah meninggal, lu untung laa leh lagi hargai mak lu… call dia sembang ngan dia, bawak dia jalan-jalan and such….”.

Kata-kata sahabat aku tu membuat aku terdiam jap, balik umah aku terpikir…. Ada kebenaran gak kata-kata sahabat aku tu, yang ada mak boleh laa nak hargai mak tapi kalau mak dah takde macam mana kaan… Tapi bila aku teringat pesan mak aku, “Laaa, mak tak nak duit ko, mak tak nak ko cal mak hari-hari, mak tak nak ko mengadap mak hari-hari… yang mak nak  kalau ko hargai mak nie ko pelihara solat ko tu jeks”. Aku rasa laaa nak hargai mak kita nie bukan dengan masa, berbual, wang ringgit and such... Sebab aku rasa mak kita bukan nak sangat pun benda-benda tu semua, lagi pun benda-benda tu sementara jeks tak kekal pun…. Lagi pun kalau laa aku lambakkan satu dunia nie dengan segala kemewahan yang ada didalamnya ditambahkan lagi dengan satu dunia yang sama lagi depan mak aku, pun aku rasa tak terbalas sikit pun pergorbanan mak aku membesarkan aku.  Aku rasa laa mungkin pendapat aku tak betul.


 



Mula-mula aku tak bape nak dapat tangkap ape mak aku nak sebenornya, aper kaitan solat dengan hargai dia nie?? Tapi bila aku kaji balik pesanan mak aku, baru aku dapat tahu aper yang tersirat dan aper yang mak aku nak sebenor-benornya dari aku, I can see a pattern, it's all about the pattern… Mak aku nak sesuatu yang kekal abadi bukan sesuatu yang sifatnya sementara. Mengikut firasat aku nie sesuatu yang kekal abadi sifatnya hanya ada dalam syurga jeks… And suddenly aku teringat satu Hadith yang pernah aku came across dulu,

Dari Mu'adz bin Jabal dan Anas ra, Rasulullah SAW pernah bersabda (lebih kurang), "Siapa saja yang membaca Surah Al Ikhlas 10 kali selepas solat 5 waktu,maka Allah SWT akan membangun untuknya sebuah istana di syurga." 

HAH !! nampak tak pattern dia, Solat - Doa - Syurga - Istana - Bidadari - Immortal - Yabeeedaaabeeedoooo !!!!

Bukan susah pun nak buat aper Rasulullah SWT suh buat nie, pas solat 5 waktu sedekah jer Surah Al Ikhlas kat mak kita. Aku yakin sangat yakin hanya Istana di syurga dan kehidupan yang immortal jeks yang layak untuk mak aku atas segala pergorbanan dia membesarkan aku. Mak aku nak kehidupan yang immortal, nak jadi muda balik tak tua-tua, nak bersenang lenang yang tak habis-habis, nak melepak dengan anak-anak dia yang tampan rupawan bersama menantu-menantu dia baik dari kalangan wanita dunia mahupun bidadari haaaa (bab nie aku tak tahan touching woooh). Tak kan laaa Rasulullah SAW nak menipu kaan Kekasih Allah SWT tuuuu Rasulullah SAW tu… Rasulullah SAW dah bagi rahsia macam mana kita nak menghargai ibu kita, baik yang masih hidup atau yang dah meninggal… Bijak mak aku nie, dia tak bagi pesanan yang straight forward dia bagi bagi pesanan yang tersirat, kalau dia bagi pesanan straight forward, aku tak akan berfikir.. so dia bagi aku pesanan yang tersirat supaya aku dapat berfikir dan mengaktifkan kembali sel-sel kepala hotak aku yang dah agak berkarats…

No wonder aku pun boleh  tahan  kebijaksanaannya jugeks, It’s in the DNA….



SP : Oh Ummi saya mahu kawin….. Kawin dengan siapa?? Dengan siapa saja Ummi….

No comments:

Post a Comment