Monday 30 September 2013

Waktu, Ruang dan Jarak…


Lama rasanya tak mencoret apa yang aku rasa, nie semua angkara terleka mengejar  duniawi. Makin dihambat lagi cepat plak dia lariiikkkk, masa aku tak kejar dia main caaak caaak depan muka. Mula-mula boleh sabar tak hambat tapi ibarat  kucing laa kan kalau dah hadap depan dia ikan goreng hari-hari last-last dihauup gak  ikan goreng tu.

Now I’m stuck in the middle yang dihambat tak terhambat yang aku gendong dah tercicir. So a man got to do what a man go to do laa patah balik pick up  yang tercicir tu, but the fuckin problem is aku tak tau aku tercicir yang aku gendong tu kat mana…So masa nak patah balik cari yang tercicir nie yang seksa sebab aku kena tempoh once again benda-benda yang aku hadap masa nak mengendong yang penah aku gendong.

But that what life is…

Masa dok patah balik nie la aku sedar dah berapa banyak waktu, ruang dan jarak yang aku dah bazirkan semata-mata nak kejar duniawi. Bukan nak kata duniawi nie tak penting, kan ke dunia nie jambatan ke akhirat kalau takde dunia macam mana nak ke akhirat kaan…Cuma aku agak leka sampai terlupa yang lebih penting, kaan ke canteek kalau dua-dua dapat seiring dan sejalan. Than something trigger in my mind, berapa nilai waktu yang masih tinggal untuk aku habiskan? Berapa luas ruang lagi yang ada untuk aku ? Berapa jarak yang harus aku perlu redah lagi ?



Jadi aku mula membuat pengiraan, perbandingan dan andaian antara dunia dan akhirat berdasarkan informasi yang amat terbatas namun dari sumber yang sangat tepat lagi benar. Kajian matematik aku terhadap waktu, ruang dan jarak bermula apabila aku terjumpa 2 ayat dibawah,

"Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janji-Nya. Sesungguhnya SEHARI di sisi Tuhanmu adalah seperti SERIBU menurut perhitunganmu." (Al Qur'an, 22:47)

"Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya dalam SATU HARI yang kadarnya adalah SERIBU TAHUN menurut perhitunganmu." (QS. Al Qur'an, 32:5)


Dengan hitungan matematik mudah aku pun mula membuat pengiraan, (budak sekolah rendah pun tau kira)

1 hari di akhirat = 1,000 tahun di dunia
1 tahun di dunia = 365 hari
1 hari di akhirat = 365 x 1000 = 365,000

Ini bermakna satu hari di akhirat adalah 365,000 hari di dunia.

Aku andaikan, ( biasa laaa Math kan selalu buat andaian)  1 hari akhirat  ada 24 jam macam kat bumi jugeks.

1 hari di akhirat = 1,000 tahun di dunia
1 hari = 24 jam
1 jam di akhirat = 1000/24 = 41.7

jadi setiap jam di akhirat adalah sama dengan 41.7 tahun di dunia.

Aku buat andaian lagi nieh, umur umat nabi Muhammad plus minus lebih kurang 60 tahun. Maka oleh itu  jika aku bandingkan dengan kehidupan akhirat,

1 jam di akhirat = 41.7 tahun
60 tahun/41.7 tahun = 1.4 jam

conclusion yang aku dapat, aku hidup kat dunia nie plus minus baru 1.4 jam berdasarkan pengiraan aku. Dan ayat dibawah maybe boleh menguatkan lagi conclusion aku.

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan main-main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu adalah terlebih baik bagi orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" [Al-An’am ayat 32]









OK maybe nak kira waktu nie agak straight forward tapi nak kira ruang buat aku pening, resah dan gelisah… mungkin ruang kat bumi nie aku boleh kira la kot tapi ruang kat akhirat acener aku nak kira ? tengok pun tak penah.  Ok again macam biasa la math aku terpaksa membuat andaian lagi, so aku andaikan akhirat nie sebuah planet macam bumi. Pengiraannya lebih kurang berbentuk sebegini,

Diameter bumi adalah 12,700 km ß (yang nie aku google jek plus minus) dan bumi berputar diatas paksinya dalam satu hari selama 24 jam.

1 hari di bumi = 1000 tahun di akhirat
1 tahun = 8760 jam
1000 tahun = 8,760,000 jam

Dengan menggunakan rumus perbandingan yang sederhana dapat aku merumuskan bahawa,

12,700/24 = x/8,760.000
x = 4,635,500,000

dari rumusan ini boleh laa aku mengatakan  bahwa plus minus diameter "Planet Akhirat” adalah 4,635,500,000 km. Sabar-sabar ini baru diameter saja, untuk menentukan luas aku harus menggunakan rumus untuk menghitung luas lingkaran.        ( yang nie aku kene hati-hati sikit sebab Add Math aku masa SPM  dapat 9 nasib baik Calculus aku OK masa kat ITM)

Rumus Luas lingkaran = phi x r x r
diameter akhirat = 4,635,500,000 km
jari-jari (r) akhirat = 2,317,75,000 km
jari-jari di kuadratkan = 2,317,750,000 x 2,317,750,000
= 5,371,96,.062,500,000,000

Luas akhirat = 22/7 x 5,371,965,062,500,000,000
= 1,686,797,029,625,000,000 km persegi


Untuk perbandingan luas bumi = 127,798,204 km persegi (plus minus). So bumi yang luas dia lebih kurang 500 juta km persegi masih banyak lagi tempat nak letak manusia yang dah dekat  6 billion mungkin lebih. Bayangkan akhirat yang luasnya  bertrillion kali luas bumi, mungkin boleh letak semua manusia dari mulai umat Nabi Adam sampai umat Nabi Muhammad campur plak binatang dengan mahkluk ghaib and such….


Alang-alang aku dah syok mengira waktu & ruang agak tak adil kalau aku tinggalkan jarak, tapi sebelum aku membuat pengiraan aku perlukan sesuatu untuk aku sandarkan pengiraan aku macam aku buat pengiraan waktu dan ruang. Yer laa dah tau masa dan luas “Planet Akhirat” mesti nak tahu kat mana & bape jauh dari bumi kan…So back to menggodek sumber yang tepat lagi benar dan hasilnya adalah seperti dibawah,

“Malaikat-malaikat dan Roh naik kepada-Nya (kepada Allah) dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun”. (Al Qur'an, 70:4)


Normally untuk mengukur jarak antara sesebuah planet orang akan menggunakan kecepatan pergerakan cahaya sebab cahaya nie merupakan asas kepada ukuran meter dimana 1 meter bersamaan dengan jarak dilalui cahaya melalui vakum yang ditakrifkan pada kelajuan lebih kurang 300,000 meter sesaat (plus minus), jadi pengiraan aku adalah lebih kurang seperti berikut dengan informasi yang terbatas dan ilmu matematik aku yang agak menjengkelkan…

kecepatan cahaya dalam satu saat adalah 300,000 km
jarak antara bumi dan akhirat adalah 50,000 tahun

kalau 50 ribu tahun aku tukarkan dalam kiraan saat maka:
50,000 tahun x 365 = 18,250,000 hari
18,250,000 hari x 24 = 438,000,000 jam
438,000,000 jam x 60 = 26,280,000,000 minit
26,280,00,.000 minit x 60 = 1,576,800,000,000 saat

Pastu aku kalikan jarak kecepatan cahaya pada setiap satu saat
1,576,800,000,000 saat x 300,000 km = 473,040,000,000,000,000 kilometer

maka aku dapati bahawa jarak bumi dan “planet akhirat” adalah lebih kurang 473,040 trillion kilometer, itupun dengan menggunakan kenderaan yang kelajuan dia menggunakan kecepatan cahaya selama 50 ribu tahun. (Suratan atau kebetulan malaikat dicipta dari cahaya menajadi satu topik baik untuk aku pikirkan)




So just to wrapped up all the calculation and such,walaupun pengiraan aku  mungkin ada ralat atau khilaf  sebab aku membuat andaian maka aku boleh simpulkan masa yang ada untuk aku habiskan terlalu singkat untuk menempuh jarak yang amat  jauh ke perkampungan yang sangat luas….



SP : Aku Pandang..Dipandang..Memandang…..