Tuesday 25 October 2011

4 in 1


Malam tadi aku tak boleh tido sebab hati masih bara kene bahan dengan fans Kop tapi biasa la kan bila lagi nak kene bahan sebab dah bertahun-tahun aku membahankan diaorang. Cuba gak bersembang dengan SiDia tapi SiDia still merajuk lagi sebab kejadian ahad lalu hehehe takpe nanti cooldown SiDia OK la balik. So aku pun merayau dalam alam maya siber, aku melayan website yang membuat nafsu aku mengelojah…. www.ducati.com.

Aku memang dah lama skodeng motor Ducati ni sebab bagi aku Ducati nie the best dari segi design & technology tapi harga dia macam harga 3 bijik MyVi silap-silap boleh dapat satu rumah. Aku minat giler 1198 SP Superbike perghhh bayangkan aku membelah highway PLUS dengan kelajuan 220km sejam, confirm sejam jek aku sampai kampong aku. Dengan kuasa 170hp @ 9750rpm dengan torque 131,4 Nm @ 8000rpm memang motor nie mempunyai kuasa pecutan dan pickup yang amat hebat!!. Ada sorang kawan aku pakai Cagiva Mito 125cc itupun aku rase dah best dah cukup powerful, pernah aku jumpa dia dengan gang Cagiva Mito dia ride ramai-ramai layan lap kat Ulu Yam… bara jer tengok tak kan nak join pakai Modenas Kriss aku kot confirm tinggal berkampong-kampong kat belakang kaaan. Aku pernah try bawak superbike kawan aku dulu kalau tak silap  Honda Fire Blade 1000cc memang mantap sampai aku terkantat…. Itu yang buat aku jatuh cinta kat superbike.

"1198SP"
Tapi lately ni aku dok sembang dengan partner kerja aku Sham Pailang, dia ni baru sambar motor BMW R 1200 RT yang ni touring bike… Dia dok kata kat aku “hang ambik superbike buat apa, hang bukan muda lagi kecut teloq nanti nak pecut nyawa pendek, baik hang ambik touring bike bawak steady jer”. Aku dok betah gak kat dia yang superbike macam tu macam ni laa tapi bila aku balik umah aku dok terpikir betul gak cakap Sham ni aku bukan makin muda nak pecut laju mana pun. So tu yang aku dok skodeng kat alam maya siber motor touring bike mana yang best, aku tolak Honda Gold Wing awal-awal sebab gedabak sangat sekali jatuh susah nak angkat hehehe… Then aku terjumpa Ducati Multistrada 1200S Touring, aku pun belek specsification dia perggghhhh the only one bike 4 in 1 !!!!  Hp dengan torque kurang sikit dari Ducati 1198 SP Superbike tapi still powerful, apa yang menarik motor ni kita boleh set mode menunggang dari touring ke urban ke sport ke endurance…. So kalau bawak kat highway kita set mode ke touring, kalau rasa nak bawak macam bawak superbike kita set mode ke sport, kalau bawak dalam town kita set mode ke urban and lastly kalau bawak offroad kita set mode endurance….. tu belum lagi suspension dia boleh tukar automatic bila kita set kan mode ridding kita perghhhhh......

"4 in 1"

So memang motor ni yang aku cari selama nie… motor yang mengikut kehendak aku bukannya aku ikut kehendak motor… So aku dah letakkan Ducati Multistarda 1200S Touring nie sebagai goal aku untuk target aku next year kalau Allah izinkan rezeki murah hujung tahun nie aku sambar………


RBK cakap : tak sabar nak touring dari KL ke Telok Anson…….

Monday 24 October 2011

SUKA BERGANTI DUKA……


Semalam hari ahad memang hari yang aku tunggu-tunggu sebab ade MotoGP, Final IRB World Cup & Man United vs Man City, aku clear semua urusan nak berjumpa orang hari tu sampai SiDia pun merajuk dengan aku tapi aku terlupa nak bayar Astro adooooiiiii….. So terpaksa la aku mencari kedai mamak yang berdekatan yang ada tv flat screen 42”. Lepas zohor aku terus booking tempat kat kedai mamak depan masjid, orang pun agak ramai sebab biasa la pas zohor semua nak isi perut yang kosongkan.

"I RATHER WALK ALONE"
Aku layan jer MotoGP memandangkan aku pun rider gak cuma kelas cc je kecik hehehe banyak gak message aku dapat dari kawan-kawan aku yang pergi tengok kat Sepang update race tapi aku buat dek je sebab sebenarnya aku nak tengok game All Blacks. 4 petang game start, game agak balance & tight All Blacks dengan France masing-masing try tak nak buat kesilapan tapi dalam berhati-hati tu France buat silap gak masa line-out so dapat ler Woodcock buat the only try dalam game nie. France main agak cantik gak tapi banyak injury yang kacau game diaorang & aku tengok diaorang banyak main kat their own half patutnye diaorang just have a go jer dalam game ni sebab they got nothing to loose lagi. Apa pun game ended All Blacks 8 – 7 France, very tight game and berbaloi watching. So All Black berjaya gak menjulang Webb Ellis Cup after 24 years last All Black menang tahun 1987 kot but credit to France sebab fighting spirit diaorang. Then BB aku berbunyi ader BBM masuk dari kawan aku “Bro ader accident time race kat MotoGP, rase rider tu mati bro”.. pergh mesti accident teruk nie… Aku terus google & youtube, aku dapat tahu nama rider tu Marco Simoncelli dari Team Gresini Honda, aku tengok kat youtube, nampak tak ngeri sangat tapi bila tengok helmet tercabut aku tau ler memang takde harapan nak hidup rider tu. Bayangkan ler aku rase masa diaorang ambik lap tu silap-silap 180km sejam, aku pun heran camne helmet boleh tercabut sebab rider-rider MotoGP ni memang pentingkan safety so aku syak impact masa langgar tu kuat apapun R.I.P Marco.

Then tiba lah masa yang aku tunggu-tunggu game Man United vs Man City, aku memang fans Devils sejak dari 1982 masa league didominasi oleh Liverpool lagi. So lepas balik umah mandi, solat & makan aku kembali kekedai mamak. Suasana dipenuhi oleh fans Devils & ABU’s (Anything But United) aku steady jek sebab dah biasa dah dengan gang ABU’s ni kejap sokong Chelsea, kejap sokong Liverpool silap hari bulan Felda United  pun diaorang boleh sokong, aku lebih suka berdepan dengan fans Liverpool sebab aku rase diaorang ni fans geinuine. Bila game start  & City score aku steady lg maklum lah main kat Old Trafford kubu kebal tuuu lagipun game agak seimbang 1st half, sampai la time rehat aku masih boleh bersiul & mengutuk fans ABU’s. Masuk je 2nd half perghhhhh Johnny Evans kene red card aduuuussss masak nak lawan City dengan 10 orang kalau tengok subtitued diaorang dah macam 1st team, aku dah start goyang SMS & BBM dah mula masuk bertalu-talu….. Adoooiiii kono dah ni the worst ever defeat at Old Trafford!!! Apapun as a true football fans, credit to City laaa sebab berjaya mengambil kesempatan atas situasi Devils and to Devils learn from your mistake and bounce back as a CHAMPION  for the 20th time.

Argggghhh suka bertukar duka, maleeh nyer nak berdepan dengan fans KOPS…


RBK cakap : Forever UNITED!! Red Devils Blood in Blood out…..

Monday 17 October 2011

Kenapa aku mesti nak jadi KAYA??


Lepas bekpes tadi kat area Pasar Keramat aku didatangi oleh seorang lelaki yang aku rase just saje nak isi kan masa lapang dia berborak kot, so macam biasa aku layan kan saje walaupun perut aku memulas mulas nak ke jamban. Mamat nie dok borak dari citer asal usul aku, kerja aku sampai la cerita sensasi termasuk la politik, agama dan lain-lain. Aku bantah pun tak sokong pun tak aku angguk-angguk kepala jek hurrmmm ahhhh ya betul laaa tu…


"tempat bekpes"
Pastu dia tanye aku sesuatu yang aku rase berbaloi utntuk aku berbetah dengan dia, “Ko tengok orang sekarang berlumba-lumba cari duit nak jadi kaya, menyampah aku”, aku jawap “kenapa bang salah ke jadi orang kaya?”     “Ko nie tak belajar agama ke bukan orang kaya ni yang senang & banyak masuk neraka”, aku start teruja sebab mamat nie aku rase baru baca satu hadis terus nak judge semua orang kaya sama jek, so aku saje nak test mana tahu dia memang betul ahli hadis boleh ler aku menimba ilmu so aku jawap ler “ erkkk abang Nabi Sulaiman, Usman Affan & Abdul Rahman Auf  tu kan kaya diaorang senang gak ke masuk neraka?”. Mamat tu diam jek tapi dari body language dia aku tau dia tak puas hati dengan jawapan aku yang dalam bentuk soalan. Dia jawap “ diaorang lain diaorang tu Nabi dengan sahabat Nabi”, so bila aku dengar dia cakap macam tu aku terus lost interest nak berbetah dangan dia sebab aku rase kalau aku teruskan jugak bukan setakat berkongsi ilmu tapi boleh jadi pertengkaran la plak nanti.

So aku cakap kat mamat tu aku nak gerak sebab sakit perut actually memang aku mencari jamban yang berdekatan pun nak memulakan proses perkumuhan badan aku. Dalam jamban aku teringat masa aku sembang dengan sahabat lama aku dulu yang boleh la dikatakan agak alim & warak, tak payah nak cerita banyak kalau tengok muka dengan perwatakan pun boleh tahu dia nie memang alim & warak orangnya. Dia berniaga sendiri & berjaya pulak tu, so bila aku terbaca satu hadis yang ada cakap orang miskin lebih dulu masuk syurga dari orang kaya & orang kaya banyak masuk ke neraka, so aku usik la dia, “Bai lu kaya nak mampos lu tak takut ke masuk neraka hehehe” Dia senyum jek, “sape plak yang tak takut masuk neraka bro, ko ni pun satu confirm ke masuk syurga kalau miskin?” Pastu dia ulas laaa pasal jadi kaya & keinginan nak jadi kaya ni… Dia kata sebelum dia jadi kaya dia pun sama gak miskin just cukup duit makan untuk diri sendiri & family je kadang-kadang pinjam kat kawan-kawan, ape yang membuat dia berazam nak jadi kaya bila ade satu hari sorang makcik OKU minta tolong kat dia sebab lapar, sangat dia tak dapat nak tolong dapat bagi 5 hengget jer sebab masa tu dia ader 10 hengget. So dia agak terkilan bila dia tak dapat nak tolong makcik OKU tu yang  betul-betul berharap kat dia. Dia cakap dia jeles bila tengok orang kaya dapat buat korban tiap tahun, pergi umrah tiap tahun, pergi haji, berzakat bukan setakat zakat fitrah jek, bersedekah bila-bila masa tak payah nak pikir hujung bulan aku nak makan ape??



"bila la nak dapat duit berkepok camni"
Sejak kejadian tu dia start belajar berniaga ikut sunnah nabi katenye, berkat niat dia yang baik dia berjaya sekarang ni. “Tak salah jadi orang kaya & mewah ni bro yang penting kemana kita halakan kekayaan kita yang ALLAH amanahkan kita pinjam kejap nie, kalau DIA nak tarik balik amanah nie apa aku boleh buat bro, apa guna jadi orang miskin mengharap nak masuk syurga cepat tapi lupa nak tunaikan tanggungjawap kat DIA sebab dilalaikan dengan kemiskinan”. “Same goes to orang kaya boleh gak dilalaikan dengan kemewahan & harta benda tapi advantange aku if aku rase aku lalai dengan kemewahan aku ni aku boleh sedekah or wakaf kan semua kat Baitulmaal and aku boleh hidup dengan sederhana balik”. “ Nabi tak pernah larang kita jadi orang kaya bro, dia pesan jangan berlagak sombong, pandang hina kat orang lain, tak pedulikan orang miskin tu jer, so kalau lu boleh jadi orang kaya kejar laa bro nikmat Allah ni terlalu banyak bro Allah nie plak kalau DIA nak bagi DIA bagi jer pada sape-sape, tapi pandai-pandai la lu nak uruskan sebab apa yang DIA amanahkan kat lu confirm DIA tanye balik nanti, so kalau DIA nak bagi kat lu kat dunia & kat akhirat kenapa lu nak tolak?” “Tapi kalau DIA belum nak bagi lu lagi lu bersyukur ajer la apa yang lu ade sekarang jangan mengeluh banyak sangat, lu usaha semampu yang boleh & jangan putus asa masa berdoa DIA suke hamba DIA selalu doa kat DIA bro, mana tau DIA nak bagi lu esok lusa, next week ke, next month ke, next year ke, tak pun DIA simpan untuk lu masa kat akhirat nanti”

Ada betul kata sahabat aku ni, kenapa kita perlu hina orang kaya dah rezeki dia macam tu ALLAH nak bagi biarlah patut kita pun berazam nak jadi macam tu supaya mudah kita nak bantu orang-orang miskin. Allah bagi kelebihan orang kaya yang bertaqwa ni mudah beramal & beribadat kat dunia so kat akhirat dia bagi plak orang miskin yang bertaqwa mudah masyuk syurga, so masing-masing ade kelebihan masing-masing. Yang kita kat tengah-tengah ni jangan la cepat sangat nak judge orang lain siapalah kita ni nak judge orang didunia nie sedangkan ALLAH pun judge orang masa akhirat nanti, kat dunia nie DIA banyak kasi kita chance lagi……


RBK cakap : dalam proses mengkayakan diri sendiri berkat doa ibu & sahabat-sahabat



Sepotong Hadis untuk direnungi…

Abu Hurairah r.a. berkata: Bahwasanya para fakir miskin dari sahabat Muhajirin datang mengeluh kepada Rasulullah saw: Ya Rasulullah, orang-orang kaya telah memborong semua pahala dan tingkat-tingkat yang tinggi serta kesenangan yang abadi. Nabi saw bertanya: Mengapa demikian? Jawab mereka: Mereka sembahyang sebagaimana kami, dan puasa sebagaimana kami, dan mereka bersedekah sedang kami tidak dapat bersedekah, dan mereka memerdekakan budak, sedang kami tidak dapat memerdekakan budak. Rasulullah bersabda: Sukakah saya ajarkan kepada kamu amal perbuatan yang dapat mengejar mereka, dan tiada seseorang yang lebih utama dari kami kecuali yang berbuat seperti perbuatanmu? Jawab mereka: Baiklah ya Rasulullah. Bersabda Nabi: Membaca Tasbih dan takbir dan tahmid tiap selesai sembahyang 33 kali. Kemudian sesudah itu para fakir miskin itu kembali mengeluh kepada Rasulullah saw: Ya Rasulullah, saudara-saudara kami orang kaya, mendengar perbuatan kami, maka mereka berbuat sebagaimana perbuatan kami. Maka sabda Nabi: Itulah kurnia Allah yang diberikannya kepada siapa yang dikehendaki-Nya.
Bukhary-Muslim

Sunday 16 October 2011

ANSARA Unplugged with PM


15 October 2011 aku diajak oleh kawan-kawan lama aku dari MRSM Tepeng untuk sessi Unplugged bersama PM anjuran ANSARA (Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia) http://ansara.org.my/. Sebelum nie memang tak pernah langsung aku nak join apa-apa pasal ANSARA nie sebab aku malas nak jumpa orang, tapi kali ni sebab dapat jumpa kawan-kawan lama dari Tepeng & jumpa PM live plak tu so aku tak nak lepaskan peluang sebab bila lagi nak jumpa PM live kaaan.

"Unplugged"
So tepat jam 12.30 tengahari aku merempit ke LRT Ampang sebab aku maleh nak merempit ke PWTC risaukan akan keselamatan motor ala-ala Cagiva aku di curi (aku masih trauma dengan kejadian kecurian helmet kura-kura aku). Dalam LRT fikiran aku melayang terkenang zaman MRSM dulu, banyak yang aku belajar kat sana yang masih aku amalkan sampai sekarang, sambil-sambil itu mata aku menjeling gak kat awek-awek dalam LRT (betul cakap abang ensem memang syok naik LRT nie). Triiinggggg…. Tetiber dah sampai Station PWTC, aku pun turun & terus ke Setabak The Mall. Kat sana kawan-kawan lama dari Tepeng dah start mengeteh & beborak, ada yg dah biasa aku jumpa macam Lat, Sid, Ketil, Sham, Boye, Dicky, Mat Jan & ader yg 1st time baru nak jumpe after nearly 20 years Erwin & Mat Leh, so memang syok ler borak. So after berborak sakan kul 2.30 kita orang gerak ke PWTC sampai kat ruang legar luar dewan perggghhhh!!!! Giler ramai budak-budak ex MRSM nieh… So dapat la mingle-mingle around and say hello chit chat ala kadar , ramai gak antara muka-muka yang selalu keluar tv & paper yang aku nampak kat situ.


"antara sahabat-sahabat lama" 
At 3 kitaorang pun masuk dalam dewan & tak lama lepas tu PM pun sampai, lepas ucapan dari MC majlis kene nyanyi plak lagu Maktab pergggh sunggoh mengamit memori lama walaupun ingat-ingat lupa tapi bila half way nyanyi memang dgn automatic ingat balik melody dia. Then PM bagi ucapan, walaupun aku bukan fan PM tapi aku faham macam mana susah kerja PM nie nak tadbir negara so aku  respect kat dia. Aku cuba letak kan diri aku kat tempat dia hermmmm memang susah sebab “We can’t pleased all people”.. 





"harap gambar ni masuk Metro"
Habis ucapan PM ader sessi soal jawap, aku tak focus sangat sebab banyak soalan yang merugikan, ade ke tanye PM macam mana nak bagi tandas sekolah bersih puuiiiii tak kan bende tu pun PM & cikgu nak uruskan, kene start dari rumah laaa pasal kebersihan nie. Then acara pun habis pas makan we all lepak kat The Mall lagi sambung borak tapi sempat gak aku tarik kawan aku sembang pasal bisnes jap, after short discussion aku join diorang borak kat The Mall. Pastu ader la sorang kutu yang mengaku dari MRSM Seremban tetiber join adoooiiiii memang jadi bahan gelak& kutuk ler kutu nie, giler sakit perot aku menahan gelak nengok kutu sorang ni. Apa pun aku memang enjoy giler kali ni….

TQ guys!!!!


RBK cakap : RBK made in MARA

Tuesday 11 October 2011

EKSTRIMIS,FANATIK & TERORIST!!!!


Agak lama aku tak menulis entry sebab terlalu sibuk dengan kerja-kerja freelance aku, masa tak mengizinkan sebab sampai umah aku dah terkulai layu lepas layan kucing-kucing aku buummm terus terlentoks…

Tapi aku gagahkan hari ni nak tulis entry sebab kejadian yang berlaku waktu Zohor tadi (masjid dirahsiakan demi menjaga maruah kariah lain) yang membuat aku panas membara menggelegak… Sebab hari ini aku kene pergi beberapa tempat so aku rase better aku pakai T shirt jer so aku sambar la T shirt Metallica aku. Lepas habis discussion kat Kg Attap, Jalan TAR & KL Sentral aku bergegas le ke masjid yang berhampiran sebab waktu Zohor dah masuk. Masuk-masuk masjid jemaah dah rokaat ke 3 so aku pun menyelit laa kat saf last, so bila jemaah lain dah bagi salam aku masih melayan rokaat yang aku tertinggal laa kan. Lepas aku bagi salam jer datang sorang mamat pertengahan umur terus sound aku “ Wooii ni ape pakai baju macam nie ko ingat ni konsert ker??” Aikkkk aku baru habis salam dah kene sound apekebende nieh??? Aku dok terkebil-kebil tengok muka mamat ni kalau ikut hati yang bara ni memang aku nak sound balik, sebab aku piker yang aku belum start doa lagi ni & respect kat jemaah lain lagi pun aku orang luar, aku buat muka selamba angkat tangan doa jer la aper yang patut. Time aku doa ni mamat ni masih dok membebel kat aku cakap entah ape-ape, kurang ajar la, mak bapak tak ajar laa bla bla bla yang boleh menyebabkan kaki aku masuk dalam mulut dia…. Sebab tak nak kejadian tak elok terjadi dalam masjid yang mulia lepas doa aku angkat beg & terus belah, mamat ni dok follow aku sampai pintu masjid masih lagi menyalak cakap "lain kali jangan datang masjid, HARAM pakai baju nieh…" Perghhhhh serius aku rase nak hempok je kepala mamat ni dengan helmet kura-kura aku, masa aku nak start motor ader satu pakcik datang sembang ngan aku dia cakap “ anak jangan ambik hati ya dia ahli tetap masjid ni dia memang macam tu agak keras dan kasar” aku pun jawap “ hurmmm hermmm kalau macam ni pakcik caranya nak tegur orang saya rase tak kan ader la anak muda kat luar tu nak datang masjid silap sikit kene tengking, mana ajaran Islam yang suruh kita tegur menegur dengan kasih sayang dan senyuman”, Pakcik tu tak jawap dia mengangguk jer.. (kesian pakcik ni aku tersekolahkan dia la plak).

"lucah sangat ke T shirt nieh"

Atas motor masa merempit aku terpikir, kalau macam ni la orang yang mengaku ahli masjid & selalu beriktikaf dalam masjid tapi akhlak tak ader, nak tegur orang pun tak pandai so macam mana la kita nak ajak anak-nak muda datang ke masjid. Kenapa perlu marah untuk mengajak orang kearah kebaikan?? Kenapa perlu marah bila orang lain melakukan kesilapan?? Bukan kah Nabi Muhammad itu diutuskan untuk menyempurnakan akhlak kepada umatnya… Kenapa perlu bersikap Ekstrimis? Fanatik? Aku rasa laaa orang-orang yang macam ni laa berpotensi nak menjadi Terrorist, silap sikit bunuh, bom takpe kalau ader collateral damage pun, takpe orang lain yang tak berdosa mati asalkan matlamat tercapai…..Bahaya sungguh kalau tak dibendung. No wonder kita tak boleh nak pikat orang lain kepada Islam, bukan sebab Islam tu tak cantik tapi orang yang menganut Islam tu yang buat Islam tak cantik. Aku terkenang pesan ustaz aku, “Allah tak memandang kita dari segi wajah, pakaian & harta benda”, ”jaga solat walau dalam apa keadaan sekali pun Insyallah solat kita itu akan menjaga kita diakhirat kelak, sebab yang pertama disoal nanti adalah solat kalau bab solat tu gagal bab lain tak kira dah walau macam mana baik kita sekali pun” “lakukan solat dengan whuduk, rukun, thomakninah & khusyuk yang sempurna” “jangan dipikirkan sangat samada solat kita diterima sebab bimbang akan membuatkan kita malas nak solat, solat aje dengan ikhlas sebagai hambaNYA bila masuk waktu ”. Tak pernah la plak ustaz aku  pesan pakai T shirt Metallica tu HARAM, cuma ade la dia pesan jangan la pakai T shirt yang berbaur lucah, tapi kalau dah takde baju lain pakai jer baju ape pun asalkan menutup aurat dan bersih, kenapa sebab baju kita nak tinggalkan solat kaaan.


Kadang aku puji gak usaha ahli Masjid kawasan aku macam mana cara diaorang nak mengajak anak-anak muda datang ke masjid, diaorang buat aktiviti karnival, konsert, futsal etc etc. Tak pernah aku nampak diaorang nak marah bila budak-budak buat bising, main kejar-kejar dalam masjid & pakai T shirt rock. Pernah sekali aku tanye kat AJK masjid kalau kat kampong budak-budak buat bising tok imam dah marah ni kenapa sini tak marah pun, dia kata “ biarlah sekurang-kurang nya kita dapat biasakan diaorang dengan suasana masjid & kita doakan saja semoga Allah bukakan hati mereka agar sentiasa rindukan suasana masjid”… aduusss skima sungguh kata-kata AJK masjid ni tapi memamg banyak betul  cakap AJK tu. Ehhhh Asar dah  masuk aku gerak duluuu…………

RBK cakap : esok nak repeat ke masjid yang sama pakai T shirt Anthrax....

Tuesday 4 October 2011

PUSAT DARA………………..h


"belok kiri"

Balik dari menyupir SiDia pagi tadi aku terus ke Wisma Central untuk bekpes, patut aku bekpes dengan kawan aku Joe Strogel tapi nampaknya dia tak dapat nak sampai atas sebab-sebab tertentu so aku bekpes sorang-sorang sambil layan aweks lalu lalang ala-ala aweks K-Pop. Pas makan aku teringat dah time nie uuntuk aku donate darah sebab dah nak masuk 3 bulan since last aku donate darah. So seperti aksi  harimau malas aku merempit ke Pusat Darah Negara (http://www.pdn.gov.my) Jalan Tun Razak. Lagi pun aku rindu gak dengan senyuman dan gelak ketawa misi-misi kat sana yang manis lagi menawan hatiku yang penuh dengan taman bunga nieh.

Sampai-sampai aku isi borang donation and tunggu no aku naik, advantange datang awal pagi ni tak ramai orang so tak sampai 3 minit no aku naik maka masuk lah aku ke bilik no. 2. Dalam bilik tu ader doctor pompuan yang agak manis, aku tak sure doctor ke or just misi tapi dah dia pakai baju cam doctor aku assume dia doctor jer lah. Kali ni aku rase lain macam sikit sebab selalunya pas  check blood pressure aku dah terus boleh donate darah kat bilik belakang tapi this time doctor ni berbual panjang plak, pastu dia dok belek-belek lengan aku kiri kanan mencari urat…. Aiiikkkk ni nak cari urat ke nak mengorat…. Aku layankan ajer karenah doctor ni sementara jantung aku terus dup dap dup dap, biarlah dia menjalankan tugas  sebagai seorang doctor tak kan aku nak halang pulak kaaaan…. Dekat 10 minit baru doctor tu lepaskan aku untuk buat blood donation kat bilik belakang perghhhh legaaa, aku syak doctor ni bosan atau kurang kasih sayang tu yang membuat dia ajak aku berbual tu.. Aku syak bukan tuduh tau….

"misi-misi yang berdedikasi"


"proses menyedutan darah"
Masuk je ke bilik blood donation aku rase macam nak jatuh lemah terkulai jer rase kepala lutut aku ni, nak tau kenape? Sebab misi-misi dia dah suku umur dari umur aku adoooooiiii…. Dimanakah misi-misi pelatih?? Misi-misi dari Sabah & Sarawak yang sering mengukir senyuman manis dan amat mesra dengan aku seketika dahulu. Namun tujuan asal aku adalah untuk donate darah so aku pun baring jer laa kat katil, tapi hati aku membuak-buak nak tahu kemana hilang nyer misi-misi yang manis menawan tu semua… 
Mulut ringan so aku tanye “ Akak mana misi-misi yang muda-muda hehehe” “Gatal kan ko ni nak derma darah ke nak tengok misi” jawapan akak misi tu. “Dua-dua” jawap aku balik… “Diaorang keluar buat kempen derma darah kat luar”…. Aaaah wrong timing rupernya aku kali ni…


Aku buat donation whole blood so sekejap je tak sampai 15 minit pun, mungkin next time aku nak try donate plasma jek yang ni dalam 45 minit ke 1 jam… aku pun tak tahu sangat pasal type donation darah ni aku just donate jek. Tapi yang aku tahu pas habis donate darah mesti dapat makan free & kalau nasib baik dapat goodies. Dulu aku cukup phobia dengan derma darah nie sebab aku tak boleh nak tengok darah rase nak pitam tengok kaler merah adeeeh… 

"the best part"


Pernah dulu konon nak tolong sorang mamat ni accident last-last tengok darah dia kelaur aku plak yang loya. Tapi bila cousin aku accident kete teruk terlantar kat Hospital Ipoh and kebetulan time tu jenis darah dia tak cukup and jenis darah aku plak lain nak donate pun tak boleh, so aku nampak penderitaan dia masa menunggu bekalan darah jenis dia sampai. Lepas tengok dengan mata kepala sendiri aku berazam untuk donate darah aku selagi boleh sebab aku rasa penting jugak donate darah nie sebab kita tak tahu bila orang lain akan memerlukan darah ni. Jadi aku rasa ni jer la yang mampu setakat ni untuk aku sumbangkan sesuatu pada masyarakat. So aku rase pada yang tak pernah cuba donate darah, donate la bukan sakit pun kene penampar lagi sakit sebab kita tak tahu bila orang lain memerlukan, mungkin orang itu kenalan kita, sahabat kita atau keluarga kita  who knows?? 


RBK cakap : Syabas diucapkan kepada kakitangan Pusat Darah Negara yang sungguh berdedikasi ketika menjalankan tugas!!!

Sunday 2 October 2011

Walimatul Urus…..


Hujung minggu macam biasa aku melepak kat umah belek-belek susun appointment aku mana satu yang priority kene attend dulu. Dalam sebok-sebok membelek appointment aku sempat gak bukak email & tengok FB aku, tetibe ternampak la undangan ke majlis perkahwinan.

Hermmmm nampaknya sekarang orang ambik mudah dalam urusan menjemput ke sesuatu majlis, kalau majlis open house, birthday, bachelor party ke aku tak kisah la sangat guna medium FB ni tapi kalau majlis pernikahan atau perkahwinan aku rase majlis tu majlis yang besar. Aku teringat masa dulu bila time musim orang kawin ni banyak kad undangan yang sampai ke post box aku , so bila terasa kesungguhan orang yang mengundang ni menempah kad, menulis , lekat setem, hantar plak kat post office aku rasa terkilan kalau aku tak datang kalau takde sebab-sebab tertentu yang membuatkan aku tak boleh nak datang. So bila aku tengok undangan via FB ni aku terpikir diaorang ni jemput ikhlas ke or just sekadar jemput takut tak ramai orang datang or just nak save budget. Ingat lagi ade sorang kawan aku dari Penang Badak aku panggil dia, nak save budget tapi dia usaha gak buat kad kahwin pakai kertas A4 kaler... siap pos lagi kad, aku respect giler sanggup buat macam tu just nak tunjukkan yang dia betul-betul jemput aku datang dia kahwin & dari situ pun aku dah tau dia ikhlas nak jemput aku.... tu tak campur call & SMS lagi tu,  banyak effort dia buat just nak mengepos kad kawin dia kat aku, padahal aku bukan BFF dia pun. Kalau kawan kenal-kenal gitu je aku tak kisah la sangat sebab kemungkinan besar aku pun tak datang sebab tak bape kenal, tapi kalau kawan yang agak rapat tu aku rase macam tak berape practical jemput via FB ni. At least kalau ikhlas nak jemput or nak save budget sikit maybe boleh SMS or call  nak jumpa face to face tu agak melampau la permintaannya tapi itu laaa kaaaan, aku pun tak paham sebenarnya.

"kaaan manis kalau macam nie"

Sebab aper aku tak paham, time nikah kahwin boleh plak ikut adat resam melayu siap berinai , kompang, berzanji, bersanding atas pelamin, pakai baju songket bagai, tapi bab mengundang ke majlis tak pulak pakai adat resam melayu. Aku ingat dulu time abang aku nak kahwin, aku la yang jadi runner hantar kad undangan dari rumah ke rumah, tiap satu umah mesti kene tanye saper nak kahwin nie at last satu kawasan perumahan kenal aku saper, kan mengeratkan silaturahhim macam tu… nampak tak kemanisan adat resam melayu ni. Nampak macam something wrong la plak bila undang via FB ni terasa macam diaorang ni jemput ikhlas ke tak ?? So terpakse la aku membuat keputusan untuk datang ke majlis perkahwinan yang aku terima kad sebab aku hargai masa yang diaorang ambik untuk mengepos kad tersebut.


RBK cakap : jangan la sampai adat resam melayu yang indah ni ditinggalkan……