Tuesday, 4 October 2011

PUSAT DARA………………..h


"belok kiri"

Balik dari menyupir SiDia pagi tadi aku terus ke Wisma Central untuk bekpes, patut aku bekpes dengan kawan aku Joe Strogel tapi nampaknya dia tak dapat nak sampai atas sebab-sebab tertentu so aku bekpes sorang-sorang sambil layan aweks lalu lalang ala-ala aweks K-Pop. Pas makan aku teringat dah time nie uuntuk aku donate darah sebab dah nak masuk 3 bulan since last aku donate darah. So seperti aksi  harimau malas aku merempit ke Pusat Darah Negara (http://www.pdn.gov.my) Jalan Tun Razak. Lagi pun aku rindu gak dengan senyuman dan gelak ketawa misi-misi kat sana yang manis lagi menawan hatiku yang penuh dengan taman bunga nieh.

Sampai-sampai aku isi borang donation and tunggu no aku naik, advantange datang awal pagi ni tak ramai orang so tak sampai 3 minit no aku naik maka masuk lah aku ke bilik no. 2. Dalam bilik tu ader doctor pompuan yang agak manis, aku tak sure doctor ke or just misi tapi dah dia pakai baju cam doctor aku assume dia doctor jer lah. Kali ni aku rase lain macam sikit sebab selalunya pas  check blood pressure aku dah terus boleh donate darah kat bilik belakang tapi this time doctor ni berbual panjang plak, pastu dia dok belek-belek lengan aku kiri kanan mencari urat…. Aiiikkkk ni nak cari urat ke nak mengorat…. Aku layankan ajer karenah doctor ni sementara jantung aku terus dup dap dup dap, biarlah dia menjalankan tugas  sebagai seorang doctor tak kan aku nak halang pulak kaaaan…. Dekat 10 minit baru doctor tu lepaskan aku untuk buat blood donation kat bilik belakang perghhhh legaaa, aku syak doctor ni bosan atau kurang kasih sayang tu yang membuat dia ajak aku berbual tu.. Aku syak bukan tuduh tau….

"misi-misi yang berdedikasi"


"proses menyedutan darah"
Masuk je ke bilik blood donation aku rase macam nak jatuh lemah terkulai jer rase kepala lutut aku ni, nak tau kenape? Sebab misi-misi dia dah suku umur dari umur aku adoooooiiii…. Dimanakah misi-misi pelatih?? Misi-misi dari Sabah & Sarawak yang sering mengukir senyuman manis dan amat mesra dengan aku seketika dahulu. Namun tujuan asal aku adalah untuk donate darah so aku pun baring jer laa kat katil, tapi hati aku membuak-buak nak tahu kemana hilang nyer misi-misi yang manis menawan tu semua… 
Mulut ringan so aku tanye “ Akak mana misi-misi yang muda-muda hehehe” “Gatal kan ko ni nak derma darah ke nak tengok misi” jawapan akak misi tu. “Dua-dua” jawap aku balik… “Diaorang keluar buat kempen derma darah kat luar”…. Aaaah wrong timing rupernya aku kali ni…


Aku buat donation whole blood so sekejap je tak sampai 15 minit pun, mungkin next time aku nak try donate plasma jek yang ni dalam 45 minit ke 1 jam… aku pun tak tahu sangat pasal type donation darah ni aku just donate jek. Tapi yang aku tahu pas habis donate darah mesti dapat makan free & kalau nasib baik dapat goodies. Dulu aku cukup phobia dengan derma darah nie sebab aku tak boleh nak tengok darah rase nak pitam tengok kaler merah adeeeh… 

"the best part"


Pernah dulu konon nak tolong sorang mamat ni accident last-last tengok darah dia kelaur aku plak yang loya. Tapi bila cousin aku accident kete teruk terlantar kat Hospital Ipoh and kebetulan time tu jenis darah dia tak cukup and jenis darah aku plak lain nak donate pun tak boleh, so aku nampak penderitaan dia masa menunggu bekalan darah jenis dia sampai. Lepas tengok dengan mata kepala sendiri aku berazam untuk donate darah aku selagi boleh sebab aku rasa penting jugak donate darah nie sebab kita tak tahu bila orang lain akan memerlukan darah ni. Jadi aku rasa ni jer la yang mampu setakat ni untuk aku sumbangkan sesuatu pada masyarakat. So aku rase pada yang tak pernah cuba donate darah, donate la bukan sakit pun kene penampar lagi sakit sebab kita tak tahu bila orang lain memerlukan, mungkin orang itu kenalan kita, sahabat kita atau keluarga kita  who knows?? 


RBK cakap : Syabas diucapkan kepada kakitangan Pusat Darah Negara yang sungguh berdedikasi ketika menjalankan tugas!!!

1 comment:

  1. hahahaha... lawak la entry ni... sakit perut aku tergelakkk

    ReplyDelete