Sunday, 10 March 2013

Mimpi...



Aku rasa ramai yang pernah mimpi masa tidur, aku pun pernah tapi jarang sangat laa sebab bila bangun aku dah tak ingat ape yang aku mimpi kecuali masa mimpi basah hik hik hik….. Ada yang kata “Mimpi itu mainan tidur…” Ada plak yang kata “Eleh, mimpi je tu, jangan percayalah…” Ada plak taksub dengan mimpi, asal mimpi jek , mesti nak tafsir kepada nombor. ada yang  fobia, bimbang dan runsing dengan mimpi yang berulang-ulang kali, bersambung-sambung masa  tidur…

Macam selalu bila kita mimpi, tetiber jek kita dah ada dalam mimpi seolah-olah mimpi nie takde permulaan. Aku bukan nak ulas detail pasal aper yang aku mimpi tapi aku nak cerita pasal mimpi. Baru-baru nie aku ada bermimpi, mimpi yang agak seram dan sangat menarik dimana aku tahu dan sedar yang aku berada dalam mimpi tapi aku tak boleh nak mengawal keadaaan dan situasi mimpi aku. Mimpi yang aku alami nie aku tak dapat bezakan nyata atau mimpi walaupun aku tahu aku tengah bermimpi, sebab aku dapat hidu bau persekitaraan, aku dapat rasakan peluh aku mengalir, aku dapat pegang tanah yang aku pijak , aku dapat rasakan yang pocong tu lihat aku bila aku melihat kedalam mata pocong tu (sampai sekarang aku masih cam muka pocong tu kalau aku jumpa lagi sekali). Yang ni kali pertama aku dapat ingat setiap kejadian dalam mimpi aku, setiap watak dalam mimpi aku tu aku dapat cam, persekitaraan dalam mimpi aku tu pun aku dapat cam.  Selalunya aku tak ambik kisah pun  pasal mimpi nie, macam-macam jenis mimpi aku pernah mimpi, mimpi dalam mimpi pun aku pernah mimpi tapi mimpi aku kali nie lebih benar dari sebenarnya menyebabkan aku ingin tahu kenapa dan apa sebenarnya terjadi.

So macam biasa aku rujuk pada yang lebih arif Al Ustaz aku lah, tanya punya tanya dia cakap laaa lebih kurang macam nie, dia kata mimpi nie adalah pengalaman minda separa sedar yang melibatkan penglihatan, pendengaran, pemikiran, perasaan atau pergerakan lain-lain panca indera manusia masa tidur. Mimpi nie berlaku tanpa kawalan oleh orang yang mengalaminya sebab masa tidur tu roh kita dalam genggaman Allah SWT. Walaupun ada sesetengah pihak mengatakan mereka boleh mengawal mimpi mereka.




Dia kata dalam Al Quran menyatakan mimpi  ada dalam 3 keadaan,

Pertama, mimpi yang benar
Kedua, mimpi dari gangguan syaitan
Ketiga,  mimpi khayalan dan mainan tidur yang selalu jadi kat kita bila terbawa-bawa perkara di waktu siang atau apa yang dilalui oleh kita ke dalam mimpi akibat kelesuan otak.

Mimpi pertama selalu terjadi pada para Nabi, Rasul, Wali dan orang-orang yang soleh, kita nie selalu dapat mimpi yang kedua dengan yang ketiga jer la. Dia tambah lagi tak semua mimpi itu boleh dipercayai dan boleh didustakan sebaliknya ia amat bergantung kepada peribadi orang yang bermimpi dan keadaan mimpi yang berlaku kepada diri orang yang bermimpi. Para ulama menyebut bahawa mimpi itu dinilai berdasarkan keperibadian seseorang yang bermaksud jika orang yang bermimpi itu ialah orang yang soleh dan dipercayai maka mimpinya itu juga boleh dipercayai tetapi jika yang bermimpi itu ialah seorang yang agak tak berapa soleh maka mimpinya adalah dusta dan tidak boleh dipercayai. Jadi mimpi nie tak boleh nak dijadikan sebagai hujah agama atau pegangan dalam aqidah. Sebaliknya mimpi yang baik  itu adalah lebih kepada nasihat  dan rezeki daripada Allah SWT secara peribadi dan khusus untuk orang yang bermimpi sahaja manakala mimpi yang buruk itu adalah dari gangguan syaitan.

Al Ustaz tambah lagi, yang paling penting kita kene ingat dan yakin pada qada dan qadar. Setiap sesuatu itu telah ditakdirkan dan mimpi atau kejadian apa-apa pun tidak akan mempengaruhi nasib seseorang. Kita kena selalu bersangka baik kepada Allah SWT dan selalu yakin takde mudarat dan manfaat yang boleh diberikan oleh makhluk kepada kita tanpa izin Allah SWT kerana hanya DIA yang boleh menimpakan mudarat dan memberikan manfaat pada kita bukan selain dari NYA, termasuklah mimpi atau gangguan tidur serta jin dan syaitan.


SP : teringat citer Inception ….

No comments:

Post a Comment