Monday 25 February 2013

Uslub Dakwah ?



Aper ke bende Uslub nie? Kalau dari perspektif bahasa perkataan Uslub nie diambil dari perkataan Arab yang membawa pengertian yang pelbagai, antaranya cara, adab, kaedah, jalan, teknik, metodologi, sistem atau aturan.

Sejak akhir-akhir nie aku selalu terjumpa, terserempak dan ternampak ramai yang cuba berdakwah baik dialam cyber dan alam realiti. Bagi aku OK la at least ada kesedaran untuk berdakwah tapi bila lama-lama bila dilayan rasa macam ada yang tak kene dengan cara mereka berdakwah nie, sebab hati tak terpanggil dan terpikat dengan apa yang diorang cuba sampaikan. Mungkin semangat diorang nie berkobar-kobar tapi ilmu dakwah  tak berapa banyak,.Tak macam bila aku dengar Uzstaz Azhar Idrus berdakwah, hati terpanggil untuk terus mendengar dan terus mendengar… itu sekadar contoh bukan bermaksud Ustaz Azhar Idrus tu yang terbaik beliau pun tak terlepas dari melakukan kesilapan, ada jugak yang aku jumpa orang biasa jer tapi cara penyampaian cukup berkesan dan meninggalkan bekas dihati.

Jadi aku pun berjumpa dengan kenalan lama yang kerjanya memang berdakwah, seluruh pelusuk nusantara dah dia pergi, bertanyakan Uslub yang terbaik bila berdakwah.. nak dijadikan rezeki aku memang masa tu dia pun free jadi ader masa bertukar pandangan dan pendapat. Aku bertanya pengalaman beliau berdakwah, pertanyaan aku dijawab dengan senyuman dan keramahan….Berkata kenalan lama aku, dia cakap dulu dia pun mcm orang lain jugak berkobar-kobar berdakwah tanpa ilmu tanpa asas berdakwah. Jadi mesej dakwah yg cuba disampaikan tak sampai malah dikeji cuba menjadi alim.. Tapi pengalaman mengajar beliau, beliau menguatkan asas-asas dakwah terlebih dahulu, paling penting katanya diri sendiri harus didakwah terlebih dahulu tak perlu kita pakai serban, ketayap bagai.. sape2 pun boleh berdakwah pakai jeans t-shirt pun boleh, asalkan hati dah benar-benar bersih, ikhlas dan ada ilmu dakwah. Dah lepas berdakwah pada diri sendiri berdakwah pulak kat keluarga dan kaum kerabat lepas tu baru laaa mudah untuk berdakwah pada masyarakat.



Bila dah melangkah keluar ke masyarakat maka baru laaah bermula pelbagai cabaran, penolakan, tomahan dan kejian. Aku tanye dia, ramai sekarang berdakwah kat Fesbuk dengan Youtube bro… Dia kata takpe boleh ajer satu platform yang baik jugak cuma bila timbul sesuatu persoalan susah nak bertanya, lebih baik kalau dapat berhadapan dengan orang yg kita nak sampaikan dakwah sebab kita boleh tengok emosi dan body language dia samada dia nak terus mendengar atau menolak jadi kita boleh tahu aper langkah seterusnya untuk kita lakukan. Lagi satu bila berdakwah melalui alam siber nie selalu berlaku salah faham yang boleh membawa kepada pertelingkahan.

So bro aper cara terbaik berdakwah nie?..

Pertama kata kenalan aku, perlu berhikmah dengan meletakan sesuatu perkara pada tempatnya, jangan lari tajuk, jangan spin perkataan sendiri dan pendapat orang lain, kena hormati pendapat dan pemikiran orang lain, jangan dihina pendapat orang lain, perlu berfikiran terbuka. Lepas tu guna la bahasa yang mudah, tak payah bahasa yang halus berbelit-belit susah orang lain nak paham. Pilih la masa nak berdakwah yang sesuai jangan laaa time dia nak makan kita gi berdakwah, time dia sakit perot nak gi berak time tu la kita sibuk nak berdakwah. Lagi satu make it as simple as possible, jangan meleret-leret sangat, kita tak tahu orang tu ada keperluan lain yang dia nak buat jadi jangan ambik masa lama sangat dengan dia, kalau hati dia terbuka nak tahu lebih lanjut Insyallah dia akan cari kita balik, kita jangan menyusahkan orang lain itu sangat penting.

Kedua, bagi nasihat yang baik, yang ringkas, yang berkesan, yang menghimpunkan antara perkara baik dan buruk untuk difikirkan, yang memperbanyakan sebutan mengenai nikmat Allah ke atas manusia dan yang menyediakan jalan untuk menuju kesempurnaan dalam hidup di dunia dan akhirat. Itu sudah memadai dari kita menakutkan-nakutkan diaorang dengan pembalasan yang keras dan penyeksaan yang menakutkan,  Redha dan Kemaafaan Allah SWT melangkaui Murka Nya selagi kita tak menyekutukanNYA.

Ketiga, berbahas dengan baik dan sopan tanpa mengikut emosi, sebab kadangkala berbahas nie ia bersifat mulia dan ada masa ia boleh jadi bersifat buruk.  Jangan berbantah perkara yang kita takde ilmu tentangnya lebih baik diam dari menunjukkan kebodohan sendiri. Berikan hujah yang mudah dan benar yang mampu membuka fikiran orang lain, lu boleh belajar cara nie bila lu baca Sirah Nabi Ibrahim AS  dan Rasulullah SAW. Bagi perumpamaan yang baik, banyak boleh dibaca dan digali dalam Tafsir Al Quran dan Hadis Sohih.

Keempat, bersoal jawap ini cara yang paling baik dan berkesan. Disini bermulanya titik tolak samada orang yang didakwah itu terbuka hatinya atau tertutup hatinya untuk menrima apa yang kita cuba sampaikan. Kalau terbuka hatinya maka Alhamdulillah teruskan menyampaikan kalau tertutup hatinya jangan berduka sebab bukan kita yang berkuasa untuk memberi Hidayah pada orang lain. Kalau kita nie manusia berkuasa bagi hidayah, nescaya bapa saudara Rasulullah SAW Abu Talib menerima Islam hasil dakwah Rasulullah SAW.

Paling utama kene banyak bersabar, tak semua orang nak mendengar apa yang kita cuba sampaikan. Ambil ikhtibar dan contoh dari Rasulullah SAW banyak yang kita boleh pelajari. Apa pun nasihat kenalan aku ni, bila kita nak berdakwah nie pastikan yang diri kita nie benar-benar berilmu tak banyak sedikit pun takpe sebab macam-macam cabarannya dan jangan mudah berputus asa dalam berdakwah.
Amacam bro ada bran kah?? Aku jawap “ tarak bran woooo… bior ler aku dakwah kat diri aku sendiri dulu yaaa ahaks…”



SP : tak sedor yang dalam diam kenalan aku nie berdakwah kat aku…
        DEEEEMMM sungguh halus teknik dia nie….