Thursday, 29 September 2011

Sunggoh Tak Aku Duga…………….


Semalam adalah hari yang paling sibuk, dari pagi sampai ke awal pagi berikut nya non stop aku berdiskusi dengan sahabat-sahabat aku. Dapat balik umah just untuk mandi & tukar baju. Memang macam tu la hidup seorang freelance macam aku nieh, kesana kemari mencari sesuap nasi hasil belum tentu lagi tapi kalau tak usaha try dulu dah confirm memang takde hasil. Kebetulan malam sebelum tu aku mengadu kat roommate lama aku Jipk kat Tepeng dalam group eX MRSM cibaian’s BBM  pasal minyak itam motor aku dah kering, since roommate aku ni keje kat pelantar minyak di perairan antarabangsa so aku suh la dia seludup sebotol minyak hitam hehehe… So menyampuk la sorang sahabat lama Joe Strogel yang bekerja di sebuah syarikat minyak terbesar negara. “ esok mengeteh ngan aku, ambik sample minyak 4T motor try test tengok perbezaannya”

"makin power motor aku"
So kitaorang meet up kat Pelita KLCC, sembang punya sembang aku terbuka citer pasal aku buat freelance marketing kat bengkel kete German Garage (http://www.germangarage.com.my) classmate aku kat Tepeng Sham Pailang. Sebab ape aku buat freelance kat bengkel ni bukan sebab dia classmate aku tapi aku suke service bengkel ni really professional, telus, jujur & berintegreti, jarang aku jumpa bengkel bumiputera macam ni, korang patut cuba if tinggal area Batu Caves.  Rupernya dunia nie kecik Boss Joe Strogel kenal Sham Pailang ni walaupun satu maktab Joe Strogel tak berapa kenal dengan Sham Pailang masa belajo dulu. Nak dijadikan citer Sham Pailang memang nak jumpe Boss Joe Strogel sebab dia nak ambik letter offer bukak bengkel kete baru kat Bangi, so aku roger Sham Pailang suh datang mengeteh dulu. Sambil tunggu Sham Pailang sampai, aku berdiskusi dengan Joe Strogel pasal lubricant since dia ni orang minyak dia bagi aku crash course pasal minyak nie. Kebetulan  classmate aku dari Tepeng gak Mafia suh aku tolong market kan minyak dia kat Melaka so amat bersesuaian lah timing nyer.

Then tanpa aku duga Joe Strogel cakap kat kat aku, “ Ko buat sales  ngan aku jer la… nanti email CV ko”…. Triiingggg….. otak aku terus blank,  peluang bekerja & berkongsi experience dengan teknokrat-teknokrat berpengalaman membuat aku teruja, aku teringat sorang lagi sahabat aku dari Maktab Tepeng gak Mie Ketil, sebab aku tengah buat business proposal dengan dia pasal software development. Amat kurang beradap sopan kalau aku tak berbincang dengan dia dulu, so aku cakap kat Joe Strogel “nanti aku pikirkan dulu bro”. Sham Pailang pun sampai pas minum ala kadar, dia heret aku sekali ke Menara Berkembar KLCC ambil letter offer dia. Joe Strogel daah naik opis lepas bagi aku sample minyak itam 4T. So pas dia ambik letter offer kitaorang pun melepak kat Setabak KLCC, aku pun tanye pendapat dia tentang business proposal & offer Joe Strogel tadi. Dia cakap, “ offer Joe Strogel tu ko ambik bro aku ader plan untuk ko lepas ni bila ko dapat keje tu yang ko tak kan lepaskan serius, pasal business proposal tu idea bagus tapi unproven susah nak yakinkan orang tapi jangan berhenti buat plak” ( teringat aku kat abang encem yang menyuarakan pendapat yang sama pasal proposal aku). To be honest plan dia nie memang sangat menarik yang membuat aku tertarik. Then tanpa aku duga langsung Sham Pailang bukak mulut “ Bro tolong aku buat marketing untuk company advertising aku bro, right dah dapat cuma takde orang nak follow up untuk marketing & sales”. Triiiingg lagi sekali otak aku blank kejap sebab dah bertimbun dah job freelance yang aku ambik bulan ni, aku tolong carikan client untuk uncle aku untuk auction kenderaan, vessel & such… tu belum campur market kan minyak hitam classmate aku lagi, Tapi itu laa kelemahan aku, aku tak berapa suka nak hampakan permintaan sahabat-sahabat aku mana yang termampu aku tolong walaupun diaorang tak janji apa-apa pulangan lagi, so aku cakap “jap bro let me make a few call 1st and see how..”

"Choc ice blended"

Aku call a few kawan aku yang memang antara network yang aku jaga & pelihara selama ini, aku citer basic pasal permintaan Sham Pailang and one of them kata “no hal bro lu punya pasal no hal I will work something for u and make it done successfully just for u bro….” Another kawan aku yang aktif dalam ANSARA cakap “ meet me at Bukit Antarabangsa tonite bro”…  So aku cakap kat Sham Pailang baik kita balik jap mandi kang malam kita jumpa balik kat Bukit Antarabangsa.

So pas menyupirkan SiDia gedebak gedebuk balik mandi , makan , solat semua aku terus ke Bukit Antarabangsa. Kat sana lepas mengutuk ala kadar budak-budak MCKK, STAR & Izzuddin (marah abang encem nie hehehe) yang diaorang tu semua gay, discussion, idea, how to implement, whose who yang nak kene approach, contact number mula bertukar tangan, Mie Ketil pun join sama coz we all are came from the same Maktab after all…. So dah jadi macam mini reunion plak. So as this entry is written, I’m fully occupied with appointment for the whole month!!!”


RBK cakap : teringat kata-kata sahabat RBK 
Raja Rosli, “cuba buat 10 malam terakhir Ramadhan jangan miss solat malam & doa, dan tengok kesannya”. 
Chip, "Berundur bukan mengalah tapi menyusun kekuatan....."
RBK dah mula rasa kesan 10 Ramadhan terakhir & mula menyusun kekuatan....



No comments:

Post a Comment