Monday, 26 September 2011

KUDA KAKI DUA……


Memandangkan pagi ni aku takde nak buat ape sambil menunggu appointment aku pukul 2 petang. Aku pun singgah kedai motor kat pekan Ampang. Masuk jer kedai aku ternampak Yamaha 135 LC perghhhh memang menarik kau memang debob…aku pun gatal mulut tanye cino tu harga bape, kalau cino meniaga paham-paham la marketing dia macam mana kaaaan…. Dari aku nak tanye terus digoda suruh beli, tapi memang aku nak cari motor baru pun sebab motor KRISS 110SE aku macam dah hilang daya kuasa kuda kalau orang ler motor aku ni kira macam dah xde nafsu sex lagi, hidup sekadar nak beramal jek dalam kes aku ni kira motor aku ni leh jalan just sebab aku pakse dia jalan.

"Jentera yang bakal merajai lorong-lorong sesak di Kolumpo"

Aku kenal dunia permotoran sejak aku darjah enam kot tahun 1986 kat kota kecil metropolitan Telok Ensen, masa tu aku curik-curik bawak motor Honda Fame arwah pakcik aku. Tapi yang betul-betul aku belajo bawak motor bila kawan aku Mat Kundor bagi pinjam motor Honda kapcai C60 yang bila nak masuk gear kene tekan belakang dulu, giler classic motor ni. Lepas tu aku upgrade belajo bawak motor clutch plak, habis belajo kat Tepeng aku ambik lesen motor dengan kete sekali maka bermulalah penglibatan aku dalam dunia permotoran walaupun aku kene repeat ambik lesen motor 3 kali & lesen kete 2 kali namun aku puas!!! Bab-bab racing ni memang dari dulu  lagi aku dah tengok  walaupun aku bukan kaki racing, aku ingat lagi sahabat lama aku Man Gemok (skrg dah jadi Man Kurus) racing dengan arwah Putu , (Abang Encem kenal la ni)  melakukan aksi ala-ala superman tukar gear guna tangan depan sekolah aku. Setakat aksi wheely dengan weekang tu memang dah lama aku tengok so aku tak heran bila mat-mat rempit sekarang dok buat semua tu. Maklum laaa kota kecil metropolitan Telok Ensen ni pernah melahirkan jaguh sukan permotoran bertaraf dunia macam Shahrol Yuzy dan Jamal Abdillah haaa jangan ingat Jamal terror nyanyi dengan hisap dadah jer racing pun dia terror.

"ni la tunggangan aku buat masa ni"

Motor pertama yang aku miliki masa aku study kat Shah Alam adalah motor Yamaha Sport itupun sebab abang aku bagi sebab dia tukor motor Yamaha TZM. Banyak kenangan dengan motor aku ni selain dari transport utama untuk dating dengan SiDia, motor ni jugak jadi transport untuk aku gi study dan berhuhaa huhaa dengan kawan-kawan sepelesit aku. Bila aku start keje mula la aku dok gatai pungkok nak tukor motor lain sebab motor Yamaha Sport aku ni asyik meragam & kene tinggal dengan macha-macha yang bawak motor Honda EX5. Tanpa persetujuan abang aku (dia tak kisah pun sebab dia dah start giler kete), aku pun gi trade in motor Yamaha Sport aku & beli motor Honda EX5…. Ternyata pilihan aku amat tepat!!  Honda EX5 motor yang paling cool pernah aku ada jarang meragam asal tukar minyak hitam on time OK la motor tu. Motor paling aku sayang, manjakan & jaga, jarang tak berkilat motor ni, namun biasa laaa kaaan sifat manusia mana pernah puas dengan apa yang kita miliki. Hati aku mula tertarik dengan kete plak, semakin hari kasih sayang aku pada EX5 aku kian pudar… kebajikan dan kesihatan dia aku abaikan. Aku ambik keputusan menjual EX5 aku sebab nak tambah accessories kete aku, Arggghhhhh!!! Kejam sunggoh aku!!!! Tapi apa nak buat kaaaannn…..

"Dah dekat 4 tahun takde road tax huhuhu"
Memang lumrah kehidupan dunia ni ibarat pusingan roda, langit tak selalu cerah…. 
Kemelesetan ekonomi dunia melanda negara dan aku pun terheret sama, aku mula menyesali perbuatan aku menjual EX5 aku tapi apakan daya nasik dah jadi hasil buangan dah pun….. Namun Allah tu Maha Berkuasa, Dia tak pernah membebankan hamba Dia melebihi apa yang hamba Dia mampu tanggung. Aku dapat keje baru dan dengan pantas aku sambar Modenas KRISS 110SE. Maka melekat laaa aku dengan motor ni sampai laaa sekarang, nak kate motor ni power sangat taak la tapi jasa dia pada aku memang tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata…. Namun aku rasa motor aku ni dah sampai ke akhir karier dia walaupun  masih mampu lagi bagi sisa-sisa tenaga dia kat aku tapi aku rase tak adil untuk aku memerah tenaga dia lagi……


RBK cakap : Semoga motor RBK dapat tuan baru yang akan menjaga & memberi kasih sayang lebih dari RBK berikan…..

No comments:

Post a Comment