Aku memang peminat muzik tidak syak lagi, mungkin masa aku baby mak
aku dodoikan aku dengan irama lagu-lagu nusantara. Aku ingat-ingat lupa bila aku
betul-betul minat muzik niii tapi yang pasti tiap-tiap pagi masa aku kat tadika
aku nyanyi lagu Negaraku sampai la baru-baru ni kat stadium masa Harimau Malaya
lawan Singapore.
Genre muzik yang aku paling minat of course laaa rock baik dari
ballad, slow, heavy, thrash, black termasuk la juga death. Tapi tak bermakna
aku tak dengar genre muzik lain, aku layan gak Pop (especially K-Pop hehehe
bukan ape awek-awek K-Pop ni comey-comey belaka), R&B, Blues, Jazz, Rap,
Indon Pop, Dangdut, Hindustan, Arabic, Nasyid, Classical, Acoustic etc etc. Kalau
aku nak listdown semua genre muzik ni memang banyak giler, Rock jer dah banyak
cabang dia inikan pulak kalau nak huraikan pasal Blues, Jazz etc etc…
Instrument muzik yang aku boleh main satu pun tarak hahahaha masa
sekolah dulu boleh la main flute sikit-sikit tapi dah lupa. Pernah belajar main
gitar tapi jari jemari dah keras kematu setakat chord basic boleh la kot, so
aku lebih suka pegang microphone dan melontarkan vocal aku jek.. Banyak gak bilik-bilik karaoke yang menjadi mangsa bila aku menyumbang vocal aku.
![]() |
| "antara bilik karaoke yang sering menjadi mangsa lontaran vokal aku" |
Tapi ade gak puak-puak ekstrimis yang kata muzik ni haram, pelik gak
aku sebab zaman nabi pun ader orang main muzik (macam diorang ni pernah hidup
zaman nabi kaaan). Aku bukan pandai sangat pasal hukum hakam ni tapi kalau ikut
logic aku laaa (walaupun dalam Islam logic tak boleh nak pakai sangat) sesuatu
yang tak melalaikan kita pada ALLAH kira boleh la layan kaaan. So suddenly aku
came across satu topic pasal hukum muzik nie dekat FB Sham Kamikaze pandangan
dari imam-imam tersohor dan ulama terkenal. Aku tampalkan kat bawah nanti so
boleh la baca yaaa kalau ader masa nanti………..
RBK cakap : meminjam kata-kata sahabat RBK Ejam aka Lat (ayahanda Jajahan Batu Caves) “ Rock will never die but you will”
Dipetik dari FB Sham Kamikaze,
HUKUM MUZIK
a) Pandangan Imam al-Ghazali
- tidak terdapat keterangan yang jelas dari sunnah Rasulullah yang
melarang penggunaan alat-alat muzik
- sebahagian instrumen muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak
dilarang
- seni muzik yang dilarang ialah seni muzik yang berada di dalam keadaan
yang bersekongkol dengan kumpulan pemabuk, perzinaan dan perbuatan dosa yang
lain
- mendengar lagu itu ada 5 hukum iaitu harus, sunat, wajib, makruh dan
haram
Imam al-Ghazali mengklasifikasikan lagu-lagu kepada 7 jenis iaitu :
• Lagu-lagu yang membangkitkan kerinduan untuk menziarahi tempat-tempat
suci seperti Mekah dan Madinah
• Lagu yang mengobarkan semangat untuk berjuang mempertahankan aqidah
dan negara
• Lagu yang memperihalkan pertarungan dan sikap kelelakian yang pantang
mengalah di saat-saat genting
• Lagu yang mengenang peristiwa lampau yang menimbulkan kesedihan yang
positif. Mengingatkan diri terhadap hakikat hidup yang sebenar.
• Lagu yang menyifatkan keadaan ketika rela dan sukacita untuk
menghargai suasana tersebut dan menikmati kenangannya selama yang mungkin
• Lagu bercorak ghazal yang sopan : memperihalkan kisah cinta dan
membayangkan harapan untuk bertemu dan pertautan yang lebih erat di masa yang
akan dating
• Lagu yang memperihalkan keagungan sifat-sifat Tuhan, memuji serta
mentahmidkan kebesarannya
b) Pandangan Imam Shafi’i
- Menyatakan bahawa nyanyian itu adalah makruh dan melalaikan di dalam
kitabnya, Adab al-Qada’
- Ia menyamai kebatilan dan sesiapa yang mendengarnya maka dia adalah
seorang safih dan penyaksiannya ditolak
- Mendengar nyanyian dari wanita yang bukan mahram tidaklah harus dalam
apa jua keadaan samada di tempat terdedah atau di tempat tertutup, samada
wanita yang merdeka atau hamba
- Jika tuan kepada hamba abdi wanita mengumpulkan orang ramai agar
mendengar nyanyian abdinya itu, maka dia juga seorang safih dan penyaksiannya
ditolak
- Memakruhkan penggunaan seruling kerana menurutnya itu adalah perbuatan
kaum Zindik untuk memesongkan orang dari mendengar al- Quran
c) Pandangan Imam Malik
- Melarang mendengar nyanyian
- Menyatakan bahawa barangsiapa ingin membeli seorang abdi wanita dan
diketahuinya wanita tersebut seorang penyanyi, maka janganlah dibeli wanita
tersebut
d) Pandangan Ibn Taimiyyah
- Membezakan antara mendengar nyanyian dan muzik yang bermanfaat pada
agama dan antara apa yang diberi pengecualian untuk mengelakkan dosa, dan
antara pendengaran muqarrabin dan pendengaran orang-orang biasa
- Diharuskan mereka mendengar apa yang disyariatkan kepada para hamba
Allah iaitu mendengar ayat-ayat Allah : dapat membaiki hati dan menyucikan jiwa
e) Pandangan Dr.Yusuf al-Qaradawi
- Membuktikan mengenai hukum seni muzik yang pada asalnya bersifat harus
tetapi boleh berubah kepada hukum-hukum lain berdasarkan beberapa syarat iaitu
:
• Bukan semua lagu itu harus. Isi kandungannya hendaklah bertepatan
dengan kesopanan Islam serta ajarannya. Nyanyiannyanyian yang menyanjung
pemerintah yang zalim, taghut dan fasiq adalah bertentangan dengan ajaran Islam
kerana Islam melaknat para pelaku kezaliman dan para pengampunya.
• Cara persembahannya juga mesti diambilkira. Kadangkala tajuk lagunya
tidak menjadi masalah tetapi cara penyampaian penyanyinya itu yang boleh
menyebabkan hukumnya haram, syubhah atau makruh. Ini termasuklah cara nyanyian
yang memberangsangkan ghairah seks para pendengar melalui tematema cinta
berahi.
• Hendaklah nyanyian itu tidak diiringi dengan perkara yang haram
seperti meminum arak, mendedahkan aurat atau bercampur diantara lelaki dan
perempuan tanpa batas dan had.
• Seperti perkara-perkara harus yang lain, nyanyian hendaklah tidak
dilebih-lebihkan terutama nyanyian yang menyentuh perasaan dan kerinduan yang
berlebihan. Sekiranya unsur-unsur yang berlebihan ini tidak dikawal, ianya akan
mengabaikan hak akal, rohani dan kehendak seseorang, masyarakat dan agama.
• Sekiranya terdapat unsure nyanyian yang menaikkan nafsu syahwat,
mendorong ke arah kejahatan, menjadi lalai dan leka untuk mengerjakan ibadah
maka menjadi kewajipan ke atas pendengar untuk menjauhinya, menutup pintu
fitnah tersebut demi memelihara dirinya dan agama.
f) Fatwa Sheikh Mahmud Shaltut
- Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama hukumnya dengan merasa
makanan yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat pemandangan yang cantik
atau mencapai pengetahuan yang tidak diketahui. Semuanya memberi kesan untuk
menenangkan fikiran apabila jasmani penat dan memberi kesan dalam memulihkan
semula tenaga.
- Al-Quran yang mendasari segala peraturan dan perundangan yang begitu sempurna
adalah bertujuan untuk menjaga supaya tidak berlaku keterlaluan di pihak yang
tidak menggunakan muzik dan pihak yang menggunakan muzik secara berlebihan.
Apatah lagi Islam menuntut kepada kesederhanaan.
- Fuqaha’ terdahulu telah membenarkan penggunaan seni muzik apabila
mempunyai tujuan yang sesuai seperti muzik iringan ke medan perang, haji,
perkahwinan dan hari kebesaran Islam. Mengikut fuqaha’ Hanafi, muzik yang
dilarang ialah sekiranya bercampur dengan majlis yang terdapat arak, penyanyi
perempuan yang mengghairahkan, unsur-unsur fasiq, perzinaan dan berhala.
- Beliau memberi amaran kepada sesiapa yang berani melarang sesuatu
perkara yang tidak jelas dilarang oleh Allah.

No comments:
Post a Comment