Saturday 20 April 2013

Antara Kasih, Sayang dan Cinta….



“CINTA ITU TIDAK AKAN WUJUD TANPA SAYANG DAN SAYANG ITU TIDAK AKAN WUJUD TANPA KASIH”

Kata - kata sahabat aku yang membuat aku berfikir mencari aper yang beliau cuba maksudkan dan ape yang tersirat disebalik kata-kata beliau itu… ( aneh kawan-kawan aku nie suker bagi kata-kata yang tersirat, yang seksa aku laa)


Setelah berhempas pulas berfikir selama beberapa minggu rasernya dapat kot sikit walaupun tak banyak aper yang tersirat dalam kata-kata sahabat aku tu. Ape yang aku nak citer secara ringkas nie adalah berdasarkan pendapat aku semata-mata tanpa dipengaruhi oleh sesiapa berdasarkan penelitian, pengkajian dan pengalaman sendiri dan orang lain, kalau betul betul laaa kalau salah maka salah lah ia.

Kasih, Sayang dan Cinta….. Huuurrmmm kalau sekilas pandang sekali harung sekali hauuuppp memang seakan – akan sama. Tapi kalau kita rajin teliti secara progresif dan dinamik ia membawa kepada pengertian yang sangat berbeza, sangat halus  untuk difahami. 3 elemen yang saling berkait antara satu sama lain lalu menjadi sesuatu yang hampir-hampir sempurna (mengapa tak sempurna? Haa nanti aku citer laa jangan gelojoh sangat),

Kenapa Kasih dulu bukan Sayang atau Cinta? Errrmm pernah tak mak kita selalu  pesan mulakan setiap sesuatu dengan Bismillahirrahmanirrahim… Pernah tak kita halusi maksud Bismillahirrahmanirrahim , mengapa ALLAH SWT menggunakan perkataan Yang Maha Mengasihani dulu bukan Yang Maha Menyayangi. Bagi aku kenapa Kasih dulu sebabnya kita nie lemah maka lebih layak lah DIA mengasihi mereka - mereka yang lemah, Sifat Kasih nie lahir dari rasa Belas Kasihan. Macam kalau kita nampak kucing terjelir lidah haus nak minum lapar nak makan ke jalan terjengkit –jengkit ke, mesti rasa belas pastu rasa kasihan kan…. (contoh la nie). Dalam hubungan sesama manusia plak kasih menjadi titik (bukan tetek ya)  terbitnya  rasa sayang yang begitu kuat. Rasa belas kasihan melihat kelemahan dan kekurangan wanita-wanita dan rasa belas kasihan melihat keperitan dan kesulitan jejaka – jejaka mencari rezeki.  Macam kalau kita syok kat awek or bini kita dulu mana ader kita tetiber terus sayang cinta bagai, nipu laaa tu kalau cakap macam tu. Kalau lelaki mesti kita akan cakap “kalau dia nak kat aku akan aku jaga dia sebaik-baiknya”..  kalau pompuan mesti cakap benda yang samer pun,  kenapa nak jaga dia aper dia tak boleh jaga diri sendiri kah? Sebenarnya kita tak sedar yang kata-kata kita tu datang dari sifat belas kasihan kita sebab kita tahu dia dan kita nie tak mampu nak jaga diri sendiri. Nampak tak saling lengkap melengkapi lelaki dan perempuan  nie. Jadi aku tak merasa aneh mengapa Rasulullah SAW (contoh terbaik nie Nabi nie) sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan.


Sayang plaks agak sukar untuk aku bezakan dan terjemahkan dalam konteks hubungan sesama manusia, kalau hubungan dengan Allah SWT tu mudah straight forward jek, Allah SWT sayang lu tapi lu tak sayang Allah haaa kan mudaaah kan.. Menyayangi ni lebih luas skopnya berbanding mengasihi sebab menyayangi seseorang belum tentu lagi mencapai tahap mencintai. Sebab kita bisa saja menyayangi sahabat kita, keluarga kita, guru kita atau sesiapa saja. Tapi berbeda plak kalau kita menyayangi isteri, rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud kita mencintai pasangan kita sedalam-dalamnya. Haa nampak tak agak subjektif berserambut bila berbicara tentang sayang nie, You really can’t understand it dude…. Tapi itu semua letak tepi laaaa apa yang penting untuk kita faham rasa sayang nie sebenarnya sudah memadai untuk kita melihat pengorbanan yang dilakukan oleh orang yang menyayangi kita, ada berkorban wang ringgit, masa, tenaga, air liur and such… Pergorbanan yang kadang-kadang terkeluar dari norma-norma manusia yang waras.  Bila wujud rasa sayang nie laa yang akan bagi kesan panjang tak kira laa kita sebagai yang menyayangi atau disayangi, tapi kena ingat rasa sayang nie hanya akan terbit bila wujudnya keikhlasan. Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang walaupun mereka tak dapat bersama. Ingat tak ape aku mention kat atas tadi pasal   “3 elemen yang saling berkait antara satu sama lain lalu menjadi sesuatu yang hampir-hampir sempurna”… Haaaaa Keikhlasan laa yang akan membuat 3 elemen nie menjadi sempurna dan chanteeks melentiks….



Cinta plaks, hadoooiii nie lagi kompleks berselirat dan agak rumit nak aku huraikan. Pengertian cinta bagi setiap orang  pasti berbeda. Takde yang  sama 100% walaupun untuk kembar seiras. Cinta ini sebenarnya tidak dapat ditulis dengan kata-kata. Tidak ada definisi yang tepat rasanya untuk menjelaskan apakah itu cinta. Cukuplah sekadar aku mengatakan yang bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang. Bila mencintai seseorang, tersirat disebaliknya   rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan kita  seadanya, baik dia cun giler atau muka pecah umah. Kalau tanya aku senang jer untuk aku definasikan, Cinta nie Pekak dan Buta. Pekak untuk  menerima segala nasihat daripada orang lain, Buta untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain. Cinta juga bisa membuat seseorang melakukan sesuatu yang diluar jangka. Mungkin kita pernah dengar citer ader orang yang kawin dengan orang lain tapi mencintai orang lain, orang nak bunuh diri sebab cinta ditolak and such….. Nampak kan betapa aneh nya cinta nie, cuba tanya diri sendiri berapa kali kita penah jatuh cinta      ( haaa jangan nak menipu diri sendiri ).. ada yang  berbalas, ada jugak yang tak terbalas dan terus disimpan didalam hati. Ada yang berhasil menjalinkan hubungan hingga  melangsungkan pernikahan sampai semua kuota dipenuhi dan ada jugak yang ALLAH SWT  berkehendakan yang lain, belum mentakdirkan untuk bersatu dengan orang itu.

Cinta itu membahagiakan bila berjaya dan sangat memedihkan bila gagal.....
Itulah kelebihan dan kelemahan cinta dalam konteks HABLUMMINANNAS.








Tapi aku rasa tak kene kalau aku tak citer pasal cinta yang dapat aku cedoks dalam Al Qur’an dan juga dari Idol aku Rasulullah SAW. Ada banyak hadith Rasulullah SAW yang berbicara tentang cinta tapi aku suka ambik yang sahih jer laa, antaranya…

Dari Rasulullah SAW yang bersabda dalam satu doanya, “Ya ALLAH, berilah aku rezeki cintaMu dan cinta orang yang bermanfaat buatku cintainya di sisiMU. Ya ALLAH segala yang Engkau rezekikan untukku diantara yang aku cintai, jadikanlah itu sebagai kekuatanku untuk mendapatkan yang Engkau cintai. Ya ALLAH, apa yang Engkau singkirkan diantara sesuatu yang aku cintai, jadikan itu kebebasan untukku dalam segala hal yang Engkau cintai." (H R. Al-Tharmidzi)

Rasulullah SAW berpesan, “Cintailah sesuatu itu dengan biasa-biasa saja, karena boleh jadi suatu saat nanti dia akan menjadi sesuatu yang kamu benci, dan bencilah sesuatu yang tidak kamu ketahui dengan biasa-biasa saja, karena boleh jadi suatu saat nanti dia akan menjadi sesuatu yang kamu cintai" (H.R. Bukhari, Abu Daud, Tharmidzi, dan Ibnu Majah, dari Abu Hurairah)

Rasulullah SAW juga pernah bersabda ciri cinta sejati ada tiga :
1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai berbanding dengan yang lain
2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai berbanding dengan yang lain
3) lebih suka mengikuti kemahuan yang dicintai berbanding kemahuan  orang lain/diri sendiri

Rasulullah bersabda lagi, “orang yang sedang jatuh cinta cenderung untuk selalu mengingati dan menyebut orang yang dicintainya malah orang itu juga sering diperbudak oleh cintanya”

Bila aku dengar dan baca hadith nie hurmmm nampak agak simple tapi bila aku halusi dan fahami ternyata sangat berat untuk dilaksanakan sebab ianya berbicara tentang kefitrahan dan keagungan jiwa manusia sesama manusia. It’s true memang susah nak ikut semua amalan Rasulullah SAW tapi rasanyer tak salah kalau kita dapat ikut sikit demi sikit lama-lama jadi bukit….




Dalam Al Qur’an cinta disebut dengan kata Hubb (mahabbah) dan Wudda (mawaddah), keduanya memiliki erti yang sama yaitu menyukai, senang, menyayangi, boleh rujuk la kat surah Ali Imram (14).

Dalam Al-Qur’an cinta memiliki 8 pengertian yang berjaya aku temui dalam blog-blog, aku setelah membuat perbandingan akan kesahihannya berdasarkan kitab-kitab ulama terdahulu dan aku meminta nasihat & pendapat dari mereka-mereka yang berilmu:

1) Cinta Mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan ghairah. Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, kehendaknya selalu ingin berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia ingin mendominasikan cintanya sahaja, mempunyai perasaan cemburu yang sangat hebat ( pasal cinta pandai plak cemburu tapi bila pasal solat tak gheti plak nak cemburu ) dan hampir tak boleh berfikir perkara yang lain.

2) Cinta Rahmah adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, halus, rela berkorban, dan bersedia melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis Rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya berbanding terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan Sang Kekasih meski untuk itu ia harus menderita. Ia sangat faham dan sedar akan kekurangan diri sendiri & kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya. Mereka ini akan terus mencintai walaupun mereka sedar yang cintanya tidak dibalas mahupun tidak akan dapat bersama orang yang dicintainya.

3) Cinta Mail, adalah cinta yang  sementara sangat membara, sehingga menyerap seluruh perhatian hingga hal-hal lain  kurang diperhatikan. Cinta  ini dalam al Qur’an disebut dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda berkecenderung mengabaikan kepada yang lama.

4) Cinta Syaghaf. Adalah cinta yang sangat mendalam, mengasyikkan dan memabukkan. Orang yang diserang cinta ini selalunya macam orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak menyedari apa yang mereka lakukan. Contoh laa macam Zulaikha mencintai Nabi Yusuf AS.

5) Cinta Ra’fah, yaitu rasa kasih yang sangat mendalam hingga melampaui norma – norma kebenaran. Contoh,  cinta kepada anak sampai kesian tak sampai hati  nak kejutkan buat solat subuh  atau membela anak walaupun tahu dia salah.

6) Cinta Shobwah, Cinta buta, cinta yang mendorong terjadinya perilaku sumbang  dan hampir-hampir  tidak mampu untuk  mengelakkan nya lagi.  Contoh macam Nabi Yusuf AS berdoa agar dipisahkan dengan Zulaikha yang hari- hari menggodanya, sebab kalau tak lambat laun Nabi Yusuf  AS pasti akan tergelincir juga dalam cinta buta ini... So daripada tergelincir, Nabi Yusuf AS pun berdoa laaah masuk dalam penjara jek haaaa selamat…..

7) Cinta Kulfah, perasaan cinta yang disertai kesedaran mendidik kepada hal-hal yang menjurus kepada kebenaran meski agak sulit dan berat. Contoh macam  mak bapak kita suruh kita kemas umah, masuh baju, solat and such laaa….

8) Cinta Syauq, Cinta Rindu…. Cinta inilah yang dicari-cari, cinta yang hanya disandarkan  pada Allah Yang Esa. Rasa rindu untuk bertemu KEKASIH ABADI, rasa nikmat untuk menatap wajahNYA. Ianya  satu pengembaraan hati Sang Pencinta kepada Sang Kekasih….

Tiada sedikit pun kelemahan dalam percintaan ini,

Cinta yang tiada bersyarat
Cinta yang tiada penghujung
Cinta yang tiada mengharap balasan
Cinta yang tiada rasa putus asa
Cinta yang tiada rasa jemu
Cinta yang tiada rasa kecewa
Cinta yang tidak akan mati

Cinta yang sangat halus dan tulus
Cinta yang hanya akan terbit dengan RASA……..



Kesimpulan yang dapat aku buat,  Cinta itu didalamnya merangkumi rasa kasih, sayang dan keikhlasan. Tanpa kasih, sayang dan keikhlasan itu bukan Cinta, itu bohong namanya.  Cinta itu fitrah manusia yang diberikan oleh ALLAH SWT, perasaan ingin menyayangi, ingin melindungi, ingin memberi dan yang paling utama ingin memberikan yang baik-baik kepada sesuatu yang kita cintai. Cinta yang ikhlas dan agung itu adalah cinta yang tidak mengharapkan apa - apa balasan dari yang dicintai. Maka beruntunglah manusia yang memiliki rasa cinta yang besar. Hakikatnya  cinta itu jika kita memberi, maka kita cuba sedaya upaya  memberikan sebaik mungkin semua yang kita  miliki kepada  yang kita cintai tanpa mengharapkan balasan.  Maka beruntunglah mereka-mereka yang memiliki rasa cinta yang besar dan bersyukurlah kepada mereka-mereka  yang menerima  cinta dan bisa menyingkap rasa cinta itu dengan tepat.

Dan tanpa rasa ragu-ragu aku menyatakan bahawa Rasulullah SAW itu mempunyai rasa cinta yang sangat besar kepada kita dan Rasulullah SAW tidak pernah teragak-agak untuk berkongsi rasa cintanya kepada kita semua tanpa mengharapkan apa-apa balasan pun, hanya kita ini yang masih teragak-agak, mengira-ngira, kedekut, pentingkan diri sendiri and such untuk berkongsi rasa cinta kita . Seharusnya kita dapat mencontohi tauladan yang telah diberikan dan menyingkapi  rasa cinta Rasulullah SAW tu dengan tepat.


SP : Perasaan yang tersimpan jauh di lubuk sanubari kita itu adalah CINTA yang kita sendiri sering gagal untuk mendefinasikannya. Tapi kita tahu bila perasaan itu timbul untuk kita merasakan CINTA…..

Wednesday 17 April 2013

Kitaran



Masa dok sembang kasi bimbang dengan kawan aku pasal politik cacamarba spender kaler putih bertebaran and such…tertiber terkeluar citer dari mulut dia, “Bro kita nie lelaki nie selalu ingat kita tau semua pasal pompuan tapi yang sebenornya kita xtau bro.. diorang punya kitaran period pun kita tak tau”. Dalam hati aku berkata-kata, “mental kah kawan aku nie tertiber jek citer pasal period, apakah motif beliau?”  Aku jawap,  “ lu mmg cheelaarkees dah tak pasal-pasal lu buat wa nak mengkaji pasal kitaran period nie”

Balik umah aku pun godeks pasal kitaran period nie, huurrmmmm godeks punyer godeks maka paham laa sikit aku akan  kitaran period nie yang selama nie aku buat tak kesah (yer laa aper nak kesah aku bukan datang bulan pun). So pemahaman aku laaa berlaku kitaran period nie terjadi berbeza dari seorang pompuan dengan pompuan yang lain. Toksah tanyer laa Period tu aper, jangan nak buat-buat tak tau masa sekolah hangpa semua dah belajar pasal period nie. Aku nak berbicara tentang kitaran period bukan pasal period, hoccay sambung….. Setiap kitaran period adalah selama 3-7 hari dan tempoh antara sebuah kitaran period ke kitaran seterusnya adalah berbeza  antara 21-35 hari tapi purata selalunya 28-30 hari. Kitaran period nie pulak diukur dari hari pertama pendarahan berlaku ( haisshh agak tragis bunyi nyer ) hingga ke hari pertama tempoh berikutnya. Sesetengah pompuan mempunyai kitaran period yang pendek dalam 21 hari ada yang kitaran panjang dalam 30 hari tapi asalkan dalam lingkungan 21-35 every month maka ianya boleh dianggap normal dan teratur.




"Kitaran Period"



Hari pertama pendarahan dikira sebagai hari pertama kiraan period bermula selalunya pendarahan akan berterusan selama lebih kurang 7 hari. Diwaktu inilah pompuan-pompuan akan mengalami ketidakstabilan emosi sebab berlakunya perubahan-perubahan hormon yang penting dalam badan. Tak perlu aku ulas pasal perubahan hormon aper nanti perot aku memulas… Jadi bila aku dah paham tentang kitaran period nie maka dengan secara tak langsung aku boleh paham masa subur pompuan jugeks. Dipahamkan oleh aku sendiri laa waktu subur adalah antara 12-16  hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Atau lebih kurang 14 hari dari kitaran yang berikutnya bukan sebelumnya. Konpius?? Haaa konpius sebab tak paham kitaran period laa, xpe aku bagi contoh kiraan…


CONTOH KIRAAN PERIOD NORMAL,

Katalah kitaran period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari.
Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur.
Katalah kitaran period bulan ttu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14.
Kalau kitaran period 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya…. 
MUDAH BUKAN….


Lebih kurang laa ader la plus minus hari dia, kalau untuk pompuan yang period tak teratur plak ada cara lain plak kiraan dia kena tengok rekod kitaran period 6  bulan ke belakang, haaa jenuh nak kira kalau xde rekod.  Jadi lebih elok kalau ader buat rekod kaan ( haaisshh untung jadi lelaki tak yah susah-susah nak buat rekod bagai ). Contoh lagi nie,

CONTOH KIRAAN PERIOD TAK NORMAL,

Kena kira kitaran period yang paling panjang dan yang paling pendek.
Tolakkan 18 daripada kitaran period yang terpendek, dan dan tandakan sebagai hari pertama bagi hari pertama kesuburan. Tolakkan 11 daripada kitaran period yang terpanjang dan tandakannya sebagai hari terakhir kesuburan.

Contoh:
Mac 29 hari
April 26 hari (kitar period terpendek)
May 30 hari
Jun 31 hari (kitar period terpanjang)
Julai 30 hari

Dari contoh diatas,
Kitar period yang terpendek = 26 hari.
Kitar period yang terpanjang = 31 hari.
26 - 18 = 8 (hari subur yang pertama)
31- 11= 20  (hari subur yang terakhir).

Maka waktu subur antara hari ke 8 hingga hari ke 20 ….


Kesimpulan dia laa, penting jugak laa tau pasal kitaran period nie.. yer la bagi yang dah nikah tu boleh la try dapat anak masa time bini dok subur tu kaaan…. Bagi yang belum nikah tu jangan disalahgunakan informasi kitaran period nie, dok nak elak kan taknak lekat pulak. Risiko dia masih ada sebab kiraan nie hanya anggaran masih ada lagi faktor-faktor lain yang terlibat, faktor lain tu sperma tu OK ke tak?  kalau OK OK laa kalau tak OK lenjan laah 365 hari pun x lekat punyer… Yang dah nikah xde risiko dah…. Lekat lekat laaaa xde hal punyer yang belum nikah nie kalau lekat haiyoooohhh pening kapla woohhh…..

Akhir kata yang nak bagi lekat tak lekat tu kita serah kat DIA jer laaa kita nie hanya boleh berusaha semampu yang boleh yaa. Dapatlah jugak kita  menginsafi diri bahawa setiap kejadian adalah sesuatu yang sangat berharga & ianya hanya satu pinjaman dan akan diambil semula oleh Tuan Empunya yang asal.



SP : huuurmm aper pun SAFETY FIRST…..

Monday 8 April 2013

Mandi Bunga....



Masa lepak kat office petang tadi terdengar rungutan sahabat aku, “Haissshh hari ni buat aper pun tak jadi, nak kene mandi bunga nie”. Namun aku tau dia bukan serius pun cuma amalan mandi bunga nie dah macam sebati dengan masyarakat Melayu, asal lambat kawin mesti nak kene mandi bunga, asal bisnes slow mesti nak kene mandi bunga, asal nak PRU mesti nak kene mandi bunga, asal sakit teruk mesti nak mandi bunga and such…

Tak tau la mana asal usul mandi bunga nie tapi kalau kita tengok balik sejarah masyarakat Melayu nie sebelum kedatangan Islam, mereka berpegang kuat dengan amalan Hindu. Kalau kita tengok sekarang pun penganut Hindu nie memang suka dengan bunga pun kalau tak caya pergi lepak depan kuil Hindu dekat Sentul ke Batu Caves ke mesti ader orang anyam bunga, aper-aper mesti bunga sampai hutang pun diorang kene kan bunga. Masyarakat Melayu nie plak dikosmetiknya amalan mandi bunga  nie dengan kalimah Bismillah & Selawat pastu ditambah dengan doa dalam bahasa aper tah yang tak boleh nak paham nak cakap jawa pun bukan nak cakap tagalong pun bukan…(bijak orang Melayu nie haaa) tapi niatnya untuk tolak bala, mudahkan rezeki, baik dari sakit, cepatkan jodoh and such.. Lepas tu siap ader pantang larang la plak haaa bab pantang larang nie yang paling aku menyampah. Kan ke agak ketara sifat kebangangan mereka-mereka ini yang mengamalkan malan mandi bunga nie, aku tak nampak langsung hubungkait bunga dengan nak dapatkan rezeki,kesihatan, jodoh and such...


"Hah !!! Kalau mandi bunga dengan dia nie aku nak laa naaakss"


Aku tak nafikan la dari segi saintifik ada bukti menyatakan mandi bunga nie dapat menyihatkan tubuh badan dan menyegarkan badan tapi kalau kata mandi bunga nie dapat mencepatkan jodoh, menolak bala, datangkan rezeki and such memang over my hairy ass laa jawapan aku. Ada jugak sesetengah pusat rawatan Islam yang mengamalkan amalan mandi bunga nie tapi diselawatkan terlebih dahulu dan kemudian di masukkan ke dalam air secara tertib. Ramuan dia plak akan dibacakan dengan ayat-ayat Al-Quran dan Zikir terpilih dan didoakan/diniatkan untuk menyembuhkan penyakit/masalah atau memelihara serta mempertingkatkan kesihatan dengan izin kehendak dan kuasa Allah SWT jua. Yang nie aku tak bape jelas samada kosmetik ke aper ke tapi at least kita paham la jugak maksud ayat-ayat Al Quran tu dengan Zikir tu.

Jadi kesimpulannya aku nak kata amalan nie salah tak boleh jugeks sebab aper yang aku nampak pelaksanaan yang dibuat masa amalan ini dijalankan menjadikan amalan ini salah. Contoh kalau semata-mata dilakukan nak tolak bala, dapat rezeki, mudahkan jodoh and such aku berani melabelkan mereka-mereka ini sebagai syirik. Kalau sekadar nak freshkan badan dan minda errmmmm go ahead laa nak syirik pebender nya…. Sebab bukan setakat mandi bunga jeks hatta setiap perkara kita nak buat tu itu kena laa kita buat  sebaik mungkin dengan mengambil kira hukum-hukum, garis panduan dalam Islam bukan aper cuma risau syirik jeks ( tak ampun woohhh dosa syirik nie). Bagi aku laaa setiap amalan yang kita buat itu boleh mendatangkan pahala dan keberkatan Allah SWT kalau kita buat dengan sebaik mungkin sebab setiap amalan yang kita buat tu semuanya akan berbalik semula kepadaNYA.

SP : Baik aku gi mandi susu dari mandi bunga…..

Sunday 7 April 2013

Kejujuran...

Andai kita diberikan dua biji buah epal, satu dah nak  busuk dan satu lagi masih segar dan ranum. Yang mana satukah kita akan pilih? Mesti mereka yang mempunyai pemikiran yang waras akan memilih epal yang segar dan ranum. Persoalan yang akan timbul disini wajarkah kita memiliki sesuatu yang sempurna tanpa membuat sesuatu. Jawapannya tentu sekali tidaks sama sekali….


Begitu juga dengan kejujuran, tanpa kejujuran  pada diri sendiri, kita tidak akan bisa mendapatkan kebahagiaan hidup didunia dan akhirat.

Haaa kenapa tetiber aku berbicara tentang kejujuran plak nie..? ahaha tak ader aper-aper  pun cuma rasa a little bit frustrated sikit la lately bila aku buat sesuatu tapi kejujuran tu dipertikaikan kerap sangat kene macam nie haaiissshhh, but as usual aku pendamkan saja pedih terasa dan berprasangka baik saja agar ianya menjadi ikhtibar. Mungkin mereka-mereka itu ada alasan mereka tersendiri atau mereka-,mereka itu ada pengalaman pahit mereka tersendiri yang membuat mereka tidak yakin dengan kejujuran aku atau pun mereka menilai aku dari kehidupan aku yang lampau. Nak salahkan mereka pun tak boleh jugeks jadi adalah lebih baik aku salahkan diri sendiri jeks. Aku nie payah sikit nak bagi kejujuran aku kat orang, sebab bagi aku kejujuran nie sangat mahal kalau aku bagi kejujuran aku TANPA SYARAT kira orang tu bertuah laa sangat bertuah, orang lain nak jujur dengan aku ke tak itu tak penting buat aku yang penting aku jujur kat mereka-mereka itu. Jadi bila ada yang mempertikaikan kejujuran yang dah aku bagi TANPA SYARAT maka adalah lebih baik aku menjarakkan diri aku dari mereka-mereka itu seperti mana yang pernah aku lakukan sebelum ini agar tidak menimbulkan lagi salahfaham yang akan menjurus kepada rasa kebencian terhadap aku. Maka tak akan timbul persoalan untuk mereka-mereka ini meminta maaf kat aku sebab bila aku dah menjarakkan diri aku dari mereka-mereka ini bermakna aku sudah pun memaafkan mereka-mereka ini dan melupakan segala-galanya TANPA SYARAT.




Nak kata aku nie jujur sangat pun tak laa jugeks kadang tu menipu gaks sebab nak jaga hati orang lain, mana ader orang yang tak penah menipu kaan dengan diri sendiri pun menipu apatah lagi dengan orang lain. Mak aku ader pesan dulu sebelum nak jujur dengan orang lain kene jujur dengan diri sendiri dulu lepas tu baru laa boleh jujur dengan orang lain, selagi tak jujur dengan diri sendiri jangan harap nak jujur dengan orang lain. Mak aku kata lagi, tak rugi aper-aper pun kalau jujur nie sebab orang yang jujur hatinya sentiasa tenang, orang yang tak jujur plaks hatinya sentiasa  resah  gelisah.

Hurrrrmmm bagi aku laa untuk jujur jika kita kene ada keberanian yang tinggi dalam diri.  Memang nak berlaku jujur itu amat pahit pada permulaan, namun ia mampu membuahkan kemanisan untuk selamanya… Tak dapat buat banyak kita buat sikit-sikit dulu, aper yang penting langkah pertama.

Bak sabda Rasulullah SAW, ““Tetap berpegang eratlah pada kejujuran walaupun kamu seakan-akan melihat kehancuran dalam berpegang teguh pada kejujuran, tetapi yakinlah bahawa dalam kejujuran itu terdapat keselamatan.” (HR Abu Dunya)


SP : Aku Harus Jujur (Kerispatih)…..