Wednesday 17 April 2013

Kitaran



Masa dok sembang kasi bimbang dengan kawan aku pasal politik cacamarba spender kaler putih bertebaran and such…tertiber terkeluar citer dari mulut dia, “Bro kita nie lelaki nie selalu ingat kita tau semua pasal pompuan tapi yang sebenornya kita xtau bro.. diorang punya kitaran period pun kita tak tau”. Dalam hati aku berkata-kata, “mental kah kawan aku nie tertiber jek citer pasal period, apakah motif beliau?”  Aku jawap,  “ lu mmg cheelaarkees dah tak pasal-pasal lu buat wa nak mengkaji pasal kitaran period nie”

Balik umah aku pun godeks pasal kitaran period nie, huurrmmmm godeks punyer godeks maka paham laa sikit aku akan  kitaran period nie yang selama nie aku buat tak kesah (yer laa aper nak kesah aku bukan datang bulan pun). So pemahaman aku laaa berlaku kitaran period nie terjadi berbeza dari seorang pompuan dengan pompuan yang lain. Toksah tanyer laa Period tu aper, jangan nak buat-buat tak tau masa sekolah hangpa semua dah belajar pasal period nie. Aku nak berbicara tentang kitaran period bukan pasal period, hoccay sambung….. Setiap kitaran period adalah selama 3-7 hari dan tempoh antara sebuah kitaran period ke kitaran seterusnya adalah berbeza  antara 21-35 hari tapi purata selalunya 28-30 hari. Kitaran period nie pulak diukur dari hari pertama pendarahan berlaku ( haisshh agak tragis bunyi nyer ) hingga ke hari pertama tempoh berikutnya. Sesetengah pompuan mempunyai kitaran period yang pendek dalam 21 hari ada yang kitaran panjang dalam 30 hari tapi asalkan dalam lingkungan 21-35 every month maka ianya boleh dianggap normal dan teratur.




"Kitaran Period"



Hari pertama pendarahan dikira sebagai hari pertama kiraan period bermula selalunya pendarahan akan berterusan selama lebih kurang 7 hari. Diwaktu inilah pompuan-pompuan akan mengalami ketidakstabilan emosi sebab berlakunya perubahan-perubahan hormon yang penting dalam badan. Tak perlu aku ulas pasal perubahan hormon aper nanti perot aku memulas… Jadi bila aku dah paham tentang kitaran period nie maka dengan secara tak langsung aku boleh paham masa subur pompuan jugeks. Dipahamkan oleh aku sendiri laa waktu subur adalah antara 12-16  hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Atau lebih kurang 14 hari dari kitaran yang berikutnya bukan sebelumnya. Konpius?? Haaa konpius sebab tak paham kitaran period laa, xpe aku bagi contoh kiraan…


CONTOH KIRAAN PERIOD NORMAL,

Katalah kitaran period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari.
Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur.
Katalah kitaran period bulan ttu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14.
Kalau kitaran period 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya…. 
MUDAH BUKAN….


Lebih kurang laa ader la plus minus hari dia, kalau untuk pompuan yang period tak teratur plak ada cara lain plak kiraan dia kena tengok rekod kitaran period 6  bulan ke belakang, haaa jenuh nak kira kalau xde rekod.  Jadi lebih elok kalau ader buat rekod kaan ( haaisshh untung jadi lelaki tak yah susah-susah nak buat rekod bagai ). Contoh lagi nie,

CONTOH KIRAAN PERIOD TAK NORMAL,

Kena kira kitaran period yang paling panjang dan yang paling pendek.
Tolakkan 18 daripada kitaran period yang terpendek, dan dan tandakan sebagai hari pertama bagi hari pertama kesuburan. Tolakkan 11 daripada kitaran period yang terpanjang dan tandakannya sebagai hari terakhir kesuburan.

Contoh:
Mac 29 hari
April 26 hari (kitar period terpendek)
May 30 hari
Jun 31 hari (kitar period terpanjang)
Julai 30 hari

Dari contoh diatas,
Kitar period yang terpendek = 26 hari.
Kitar period yang terpanjang = 31 hari.
26 - 18 = 8 (hari subur yang pertama)
31- 11= 20  (hari subur yang terakhir).

Maka waktu subur antara hari ke 8 hingga hari ke 20 ….


Kesimpulan dia laa, penting jugak laa tau pasal kitaran period nie.. yer la bagi yang dah nikah tu boleh la try dapat anak masa time bini dok subur tu kaaan…. Bagi yang belum nikah tu jangan disalahgunakan informasi kitaran period nie, dok nak elak kan taknak lekat pulak. Risiko dia masih ada sebab kiraan nie hanya anggaran masih ada lagi faktor-faktor lain yang terlibat, faktor lain tu sperma tu OK ke tak?  kalau OK OK laa kalau tak OK lenjan laah 365 hari pun x lekat punyer… Yang dah nikah xde risiko dah…. Lekat lekat laaaa xde hal punyer yang belum nikah nie kalau lekat haiyoooohhh pening kapla woohhh…..

Akhir kata yang nak bagi lekat tak lekat tu kita serah kat DIA jer laaa kita nie hanya boleh berusaha semampu yang boleh yaa. Dapatlah jugak kita  menginsafi diri bahawa setiap kejadian adalah sesuatu yang sangat berharga & ianya hanya satu pinjaman dan akan diambil semula oleh Tuan Empunya yang asal.



SP : huuurmm aper pun SAFETY FIRST…..

No comments:

Post a Comment