Monday 8 April 2013

Mandi Bunga....



Masa lepak kat office petang tadi terdengar rungutan sahabat aku, “Haissshh hari ni buat aper pun tak jadi, nak kene mandi bunga nie”. Namun aku tau dia bukan serius pun cuma amalan mandi bunga nie dah macam sebati dengan masyarakat Melayu, asal lambat kawin mesti nak kene mandi bunga, asal bisnes slow mesti nak kene mandi bunga, asal nak PRU mesti nak kene mandi bunga, asal sakit teruk mesti nak mandi bunga and such…

Tak tau la mana asal usul mandi bunga nie tapi kalau kita tengok balik sejarah masyarakat Melayu nie sebelum kedatangan Islam, mereka berpegang kuat dengan amalan Hindu. Kalau kita tengok sekarang pun penganut Hindu nie memang suka dengan bunga pun kalau tak caya pergi lepak depan kuil Hindu dekat Sentul ke Batu Caves ke mesti ader orang anyam bunga, aper-aper mesti bunga sampai hutang pun diorang kene kan bunga. Masyarakat Melayu nie plak dikosmetiknya amalan mandi bunga  nie dengan kalimah Bismillah & Selawat pastu ditambah dengan doa dalam bahasa aper tah yang tak boleh nak paham nak cakap jawa pun bukan nak cakap tagalong pun bukan…(bijak orang Melayu nie haaa) tapi niatnya untuk tolak bala, mudahkan rezeki, baik dari sakit, cepatkan jodoh and such.. Lepas tu siap ader pantang larang la plak haaa bab pantang larang nie yang paling aku menyampah. Kan ke agak ketara sifat kebangangan mereka-mereka ini yang mengamalkan malan mandi bunga nie, aku tak nampak langsung hubungkait bunga dengan nak dapatkan rezeki,kesihatan, jodoh and such...


"Hah !!! Kalau mandi bunga dengan dia nie aku nak laa naaakss"


Aku tak nafikan la dari segi saintifik ada bukti menyatakan mandi bunga nie dapat menyihatkan tubuh badan dan menyegarkan badan tapi kalau kata mandi bunga nie dapat mencepatkan jodoh, menolak bala, datangkan rezeki and such memang over my hairy ass laa jawapan aku. Ada jugak sesetengah pusat rawatan Islam yang mengamalkan amalan mandi bunga nie tapi diselawatkan terlebih dahulu dan kemudian di masukkan ke dalam air secara tertib. Ramuan dia plak akan dibacakan dengan ayat-ayat Al-Quran dan Zikir terpilih dan didoakan/diniatkan untuk menyembuhkan penyakit/masalah atau memelihara serta mempertingkatkan kesihatan dengan izin kehendak dan kuasa Allah SWT jua. Yang nie aku tak bape jelas samada kosmetik ke aper ke tapi at least kita paham la jugak maksud ayat-ayat Al Quran tu dengan Zikir tu.

Jadi kesimpulannya aku nak kata amalan nie salah tak boleh jugeks sebab aper yang aku nampak pelaksanaan yang dibuat masa amalan ini dijalankan menjadikan amalan ini salah. Contoh kalau semata-mata dilakukan nak tolak bala, dapat rezeki, mudahkan jodoh and such aku berani melabelkan mereka-mereka ini sebagai syirik. Kalau sekadar nak freshkan badan dan minda errmmmm go ahead laa nak syirik pebender nya…. Sebab bukan setakat mandi bunga jeks hatta setiap perkara kita nak buat tu itu kena laa kita buat  sebaik mungkin dengan mengambil kira hukum-hukum, garis panduan dalam Islam bukan aper cuma risau syirik jeks ( tak ampun woohhh dosa syirik nie). Bagi aku laaa setiap amalan yang kita buat itu boleh mendatangkan pahala dan keberkatan Allah SWT kalau kita buat dengan sebaik mungkin sebab setiap amalan yang kita buat tu semuanya akan berbalik semula kepadaNYA.

SP : Baik aku gi mandi susu dari mandi bunga…..

No comments:

Post a Comment