Sunday 31 March 2013

Risiko....



Lepas Isyak tadi aku mengambil risiko untuk membuat gerakan solo di celah-celah hutan batu Kolumpo, kadangkala kita perlu bersendirian untuk menstabilkan diri sendiri namun risikonya adalah kebosanan tahap cipan laaaa.  Dah nak jadi rezeki aku terjumpa sahabat lama sedang melayan jiwang seorang diri menghirup secawan teh di lorong tikus. Apa lagi aku terjah laa sembang kasi bimbang, banyak bende yang kami sembang kasi bimbangkan tapi aku agak tertarik bila sahabat aku memperkatakan tentang risiko.

Hurrrmmm risiko mengikut pandangan aku yang tak seberapa bernas nie  dalam kehidupan kita seharian nie risiko sentiasa ada, sebaik saja kita dilahirkan kita dah berhadapan dengan risiko.  “Sesuatu keadaan yang   tidak dapat dipastikan”  Haaaa boleh pasti 100% minggu depan kita boleh bernafas lagi? Risiko la tu dude…. Hidup kat dunia nie penuh dengan risiko setiap hari kita berhadapan dengan risiko, baik dalam soal kerja, perniagaan, perhubungan and such semuanya uncertain tak boleh nak diramal dan dipastikan. Bawak kete risiko, pergi keje risiko hatta kawin pun risiko sebenornya hehehe, dalam kubur tak yah citer la risiko dia macam mana kan. Kita hanya boleh mengawal risiko jer dengan perancangan dan usaha. Kenal pasti, nilaikan mengikut kepentingan sesuatu risiko diiringi dengan doa dan tawakal. Lepas tu tengoklah result dia macam mana dan ready laa nak hadap  dengan keimanan yang utuh lagi teguh dan penuh kesabaran.

Ada sesetengah orang cakap nak hadapi masa depan yang tak pasti? Kenapa nak ambil risiko?? Aku nak cakap diorang nie bebal kang diorang marah plak, yang tak pasti tu la risiko nak taknak kene hadap gak tapi biar la hadap dengan cara yang bermaruah calculate la risk tu dulu, kenal pasti dan nilaikan jangan dok nak hadap macam tu jeks. Mana boleh nak terjah macam tu jek, Contoh, contoh nie, aku nak buat umah tepi gunung berapi yang baru semalam meletup  apa nak jadi jadi laaa, aku nak lompat dari tingkat 50 KLCC apa nak jadi jadi laaa, aku nak bercinta dengan laki/bini/tunang orang apa nak jadi jadi laaa  (kalau bf/gf orang ok lagi laa diorang bukan ada aper2 ikatan pun sajer2 syok sendiri declare ehehehe), haaaaa contoh-contoh ini  bukan ambik risiko tapi menempah maut secara total!!!

*nota kecil : erkkk bercinta dengan laki orang tu aku raser tak menempah maut sangat mungkin kecederaan ringan akibat terkene pinggan atau penyapu ( seminggu dua baik laa) sebab kalau kuota diorang ader lagi kosong xde hal kot tapi dengan bini orang itu SAH menempah maut dude….






Macam mana kita nak teruskan hidup tanpa ada perancangan dan usaha, adeeehh kemon laahhh Rasullullah SAW sendiri pun buat perancangan bagi setiap sesuatu yang dilakukannya. Baginda akan mengambilkira semua kemungkinan dan menyediakan semua persiapan sebelum menjalankannya. Tapi  ini tidak bermakna Baginda tidak bertawakkal kepada Allah SWT. Teringat aku pada satu cerita,

Pada suatu hari, Rasullullah SAW  bertanya kepada seorang Arab Badwi mengapa beliau meninggalkan untanya tanpa ditambat. Lalu Arab Badwi itu berkata 'Aku bertawakkal kepada Allah'.
Kemudian Rasullullah bersabda 'Tambat unta kamu itu, kemudian bertawakkal kepada Allah SWT'.

Jawapan Rasullullah SAW bagi ini suatu contoh yang jelas tentang keyakinan sebenar terhadap Allah SWT. Rasullullah SAW mengajar kita bahawa kita mesti melakukan yang terbaik dalam melakukan sesuatu perkara dan menyerahkan segala yang di luar kemampuan kita kepada Allah SWT.


Yang diluar kemampuan kita tu  ajal, jodoh dan rezeki...semua tu datangnya dari DIA...kita hanya mampu merancang dan segala-galanya DIA yang tentukan. Pasal ajal ada yang dok telan vitamin, tak hisap rokok, bersukan bagai and such tapi sampai time ajal, mati jugeks (badan berketul tubuh ramping muka hensem jelita semua dimamah ulats).  Tak boleh nak buat apa-apa pun masa tu nak mintak tangguh sesaat pun xbleh.  Pasal jodoh lagi ler halus aturan takdir Allah SWT nie, selagi DIA tak bagi lampu ijo jangan harap ler nak jadi, rancang la macam mana pun (contoh aku ler nie haaaa kaans…..)  Pasal rezeki lagi aneh, kadang tu dah tau dah confirm nak dapat last2 duit tu lalu depan mata jeks haaaa adeeehh meleleh ayor lior yop…..


Pendek kan citer, sesungguhnya aturan takdir ALLAH SWT tu sungguh halus, cantik dan sempurna, semuanya telah ditentukan sejak azali dengan begitu indah dan penuh hikmah. Hanya DIA yg mengetahui apa yang terbaik buat kita, kita sahaja yang tidak mengerti dan malas nak melihat rahsia disebalik rahsia setiap kejadian… Jadi hadapilah kehidupan didunia ini yang penuh  risiko ini  dengan mengenal pasti, menilai, dan mengatur kepentingan setiap risiko kemudian diiringi dengan usaha doa dan tawakal.


SP : esok nak kene calculate risk nieh…..

Thursday 28 March 2013

Sang Pencinta



Menanti satu detik pandangan magis MU

Cukup untuk meredakan rindu duniawi
Segala dugaan dan pesona
Menjadi irama indah
Kesakitan ragaku
Berlalu pergi tiada bererti

Pada MU jua tertuju segala jalan
Pada MU jua cinta ku serahkan
Kerna hati seorang pencinta
Pandangannya satu
Matanya hanya melihat DIA
Yang melihatNYA hanya DIA kekasihNYA

Sang Pencinta
Hanya dia merasa
Semangat sebuah pengorbanan

Sang Pencinta
Hanya dia mengerti
Persoalan percintaan ini
Cinta ini

Sang Pencinta 
Rela menderita
Agar rindu batinnya terubat

Mengenang DIA cinta yang dipuja
Mengenang DIA cinta yang diredha
Hanya DIA mengenang DIA hanya DIA


Irama & Bait : M.Nasir


SP : Huuurrrmmm beliau melihat kesatuan dalam segala sesuatu bahawa segala yang terpisah
        itu bersumberkan dari satu.  Huuurrrmmm sesuatu M.Nasir nie sangat halus bait-baitnya...

Sunday 24 March 2013

Pangkor.....



Sungguh benar bagai dibisik
Keindahanmu membuat ku terpesona
Bayumu membuat ku terlena
Sinarmu membuat ku terbuai
Ombakmu membuat ku terleka
Aromamu membuat ku terlarut





Namun aku sedar segala keindahanmu itu hanyalah sementara
Aku hampir terperangkap dalam keindahanmu yang penuh dengan kepalsuan
Bukan keindahanmu yang membuat ku terpersona
Bukan bayumu yang membuat ku terlena
Bukan sinarmu yang membuat ku terbuai
Bukan ombakmu yang membuat ku terleka
Bukan aromamu yang membuat ku terlarut

Aku mencari pengertian disebalik keindahanmu
Kini aku sedar segala keindahan mu itu adalah percikan dari keindahan wajah NYA….


SP : WIR ? YES........

Sunday 10 March 2013

Mimpi...



Aku rasa ramai yang pernah mimpi masa tidur, aku pun pernah tapi jarang sangat laa sebab bila bangun aku dah tak ingat ape yang aku mimpi kecuali masa mimpi basah hik hik hik….. Ada yang kata “Mimpi itu mainan tidur…” Ada plak yang kata “Eleh, mimpi je tu, jangan percayalah…” Ada plak taksub dengan mimpi, asal mimpi jek , mesti nak tafsir kepada nombor. ada yang  fobia, bimbang dan runsing dengan mimpi yang berulang-ulang kali, bersambung-sambung masa  tidur…

Macam selalu bila kita mimpi, tetiber jek kita dah ada dalam mimpi seolah-olah mimpi nie takde permulaan. Aku bukan nak ulas detail pasal aper yang aku mimpi tapi aku nak cerita pasal mimpi. Baru-baru nie aku ada bermimpi, mimpi yang agak seram dan sangat menarik dimana aku tahu dan sedar yang aku berada dalam mimpi tapi aku tak boleh nak mengawal keadaaan dan situasi mimpi aku. Mimpi yang aku alami nie aku tak dapat bezakan nyata atau mimpi walaupun aku tahu aku tengah bermimpi, sebab aku dapat hidu bau persekitaraan, aku dapat rasakan peluh aku mengalir, aku dapat pegang tanah yang aku pijak , aku dapat rasakan yang pocong tu lihat aku bila aku melihat kedalam mata pocong tu (sampai sekarang aku masih cam muka pocong tu kalau aku jumpa lagi sekali). Yang ni kali pertama aku dapat ingat setiap kejadian dalam mimpi aku, setiap watak dalam mimpi aku tu aku dapat cam, persekitaraan dalam mimpi aku tu pun aku dapat cam.  Selalunya aku tak ambik kisah pun  pasal mimpi nie, macam-macam jenis mimpi aku pernah mimpi, mimpi dalam mimpi pun aku pernah mimpi tapi mimpi aku kali nie lebih benar dari sebenarnya menyebabkan aku ingin tahu kenapa dan apa sebenarnya terjadi.

So macam biasa aku rujuk pada yang lebih arif Al Ustaz aku lah, tanya punya tanya dia cakap laaa lebih kurang macam nie, dia kata mimpi nie adalah pengalaman minda separa sedar yang melibatkan penglihatan, pendengaran, pemikiran, perasaan atau pergerakan lain-lain panca indera manusia masa tidur. Mimpi nie berlaku tanpa kawalan oleh orang yang mengalaminya sebab masa tidur tu roh kita dalam genggaman Allah SWT. Walaupun ada sesetengah pihak mengatakan mereka boleh mengawal mimpi mereka.




Dia kata dalam Al Quran menyatakan mimpi  ada dalam 3 keadaan,

Pertama, mimpi yang benar
Kedua, mimpi dari gangguan syaitan
Ketiga,  mimpi khayalan dan mainan tidur yang selalu jadi kat kita bila terbawa-bawa perkara di waktu siang atau apa yang dilalui oleh kita ke dalam mimpi akibat kelesuan otak.

Mimpi pertama selalu terjadi pada para Nabi, Rasul, Wali dan orang-orang yang soleh, kita nie selalu dapat mimpi yang kedua dengan yang ketiga jer la. Dia tambah lagi tak semua mimpi itu boleh dipercayai dan boleh didustakan sebaliknya ia amat bergantung kepada peribadi orang yang bermimpi dan keadaan mimpi yang berlaku kepada diri orang yang bermimpi. Para ulama menyebut bahawa mimpi itu dinilai berdasarkan keperibadian seseorang yang bermaksud jika orang yang bermimpi itu ialah orang yang soleh dan dipercayai maka mimpinya itu juga boleh dipercayai tetapi jika yang bermimpi itu ialah seorang yang agak tak berapa soleh maka mimpinya adalah dusta dan tidak boleh dipercayai. Jadi mimpi nie tak boleh nak dijadikan sebagai hujah agama atau pegangan dalam aqidah. Sebaliknya mimpi yang baik  itu adalah lebih kepada nasihat  dan rezeki daripada Allah SWT secara peribadi dan khusus untuk orang yang bermimpi sahaja manakala mimpi yang buruk itu adalah dari gangguan syaitan.

Al Ustaz tambah lagi, yang paling penting kita kene ingat dan yakin pada qada dan qadar. Setiap sesuatu itu telah ditakdirkan dan mimpi atau kejadian apa-apa pun tidak akan mempengaruhi nasib seseorang. Kita kena selalu bersangka baik kepada Allah SWT dan selalu yakin takde mudarat dan manfaat yang boleh diberikan oleh makhluk kepada kita tanpa izin Allah SWT kerana hanya DIA yang boleh menimpakan mudarat dan memberikan manfaat pada kita bukan selain dari NYA, termasuklah mimpi atau gangguan tidur serta jin dan syaitan.


SP : teringat citer Inception ….

Friday 8 March 2013

Transformasi EMOSI....



Selepas berbisik-bisik dengan diri sendiri selesai Jumaat tadi , aku telah membuat keputusan untuk beriltizam  mengenepikan segala bentuk ekspresi emosi sama ada dalam bentuk marah, kecewa, iri hati, berputus asa, bersangka buruk terhadap orang lain dan yang paling utama dendam.

Emosi-emosi,tersebut bagi aku kesemuanya tidak sihat dan membunuh proses mematangkan diri rohani aku dan aku juga sangat berkeyakinan momentum ini akan berterusan demi meningkatkan disiplin, kematangan diri, menghormati keterbatasan diri aku sendiri.




Justeru aku juga berlapang dada untuk menjadikan diri aku dipandang serong, dimusuhi, dikeji, dihina, hilang kepercayaan malah dikhianati oleh orang lain didalam usaha aku melakukan transformasi emosi ini. Kerana semua itu bagi aku tidak penting, yang paling penting adalah dengan sedikit ruang dan masa yang ada ini sahaja lah peluang aku untuk membetulkan segala kesilapan & kekhilafan diri dan memaafkan kesalahan orang terhadap diri aku.

Semua ini bagi aku merupakan suatu proses yang biasa dalam sebuah kehidupan makhluk yang bernama Insan dan ianya tidak lain terbit dari percikan sanubari…..



SP : Kadangkala ketika duduk seorang diri dan berbicara dengan diri sendiri, dapat kita membetulkan kesilapan diri sendiri…..

Tuesday 5 March 2013

Pakar Segera…



Sejak akhir-akhir nie aku tengok semangat patriotisma dikalangan orang ramai meningkat seiring dengan insiden Pencerobohan Di Lahad Datu. Selain dari tu ramai plak yang jadi pakar perundangan, pakar sejarah, pakar analisis politik, pakar tatikal peperangan and such dan yang paling teruk jadi pakar penyebaran maklumat dan berita palsu.  Paling aku benci adalah pakar penyebaran maklumat dan berita palsu nie, entah dari mana tah diorang godek citer aku pun tak tau… yang lain tu OK la jugak at least diorang rujuk dari fakta yang betul, sekali sekala terhibur gak baca. Tapi yang sebarkan maklumat palsu nie aku tak paham aper tujuan sebenar diorang nie, Pihak Berkuasa jenuh dah bagi tahu jangan sebar maklumat palsu yang boleh menyebabkan ketakutan pada masyarakat, dengar dan baca saja maklumat rasmi dari pihak berkuasa. Tapi diorang nie dok jugak nak sebar pembohongan demi pembohongan, paling terbaru aku baca kat Fesbuk lebih kurang macam nie bunyik citer bohong dia,

“Sesiapa yang memakai stiker kereta yang mempunyai logo Polis harap menanggalkannya dengan segera kerana puak militan mensasarkan kereta-kereta yang mempunyai logo Polis. Kejadian telah berlaku dilebuhraya Sg.Buloh – Shah Alam. Harap sebarkan “

Nie kepala bana apa punyai bodoh laa nie hadoooiiii, hormati laah pihak berkuasa jangan laaa nak ditambah beban mereka itu dengan menyebarkan berita palsu yang boleh menakutkan masyarakat. Pernah ke diorang nie tanya pada warga emas yang pernah hidup masa zaman darurat komunis dulu bagaimana berharganya maklumat dari pihak berkuasa?

Atau mereka nie semua nak merasai kembali kehidupan seperti dizaman darurat komunis??

SP : kalau tak mampu nak bantu mereka dimedan pertempuran, bantulah mereka dengan TIDAK menyebarkan maklumat dan berita palsu…..

Monday 4 March 2013

Ini tidak ADIL……



Ahad lepas terjumpa sahabat lama hampir-hampir tak cam sebab wajahnya agak serabai dan messy, seakan akan ada sesuatu yang masih dipendam dan tak dapat nak dilepaskan lagi, senang cerita nak bagi mudah paham wajahnya seumpama seorang yang beronani namun tak mampu nak mencapai klimaks.. Macam biasa laa aku menggunakan Modus Operandi yang sama sembang kasi bimbang akhirnya terukir jugak la secebis senyuman dari wajahnya itu… Lepas dia agak selesa terkeluar laa soalan yang membuat aku berfikir,

“ Bai kenapa dunia nie tak adil ?” Aku jawap laaa “Dunia nie memang tak adil bro, tak payah nak pikir sangat pasal tu” Itupun sekadar aku bergurau sebab malas nak serius sangat sebab bukan masa dan tempatnya untuk aku nak serius bagai sangat…sebab sahabat aku tu baru ditimpa musibah Bisnes merudum and such, jadi tak elok laa nak serius sangat lagipun dia tengah berserabut. Lepas dia meluahkan segala-galanya maka paham la aku apa yang dia rasa sebab aku pun pernah lalui dan rasa apa yang dia rasa walaupun apa yang aku lalui tak sehebat yang dia tengah lalui, so aku cakap “Bro nanti-nanti kita sembang kasi bimbang balik laa bila lu free ke aper ke buat masa nie lu sabar jer kayuh pelan-pelan mana yang boleh”. Lepas salam, hugs, high 5 semua bagai masing-masing beredar mengikut haluan masing-masing. Tapi persoalan sahabat aku tu bermain-main dalam kepala hotak aku, “Bai kenapa dunia nie tak adil ?”

Aku tak tahu laa pendapat orang lain tapi bagi aku segala-galanya tu adalah ketetapan yang telah DIA tetapkan, baik perkara yang baik atau perkara yang buruk. Aku pernah lalui macam mana sahabat aku lalui tu dan YA dulu aku pun pernah bertanya sama seperti yang sahabat aku tanya tu tapi aku lagi teruk kot sebab aku letakkan ketidakadilan tu pada DIA sedangkan aku tahu DIA tu Maha Adil. Bila aku dah sedar kesilapan diri aku sendiri, aku cuba cari apa sebenarnya erti keadilan yang patut aku pegang dan yakin. Aku mencari sendiri disamping dibantu oleh sahabat-sahabat dan kenalan aku yang lain dan akhirnya aku berjumpa jawapan. Aku tak tahu laa samada jawapan aku nie yang terbaik tapi aku amat yakin dengan jawapan yang aku temui.

"...And Justice for All...."


Konsep keadilan bagi aku nie bergantung pada persepsi dan tanggapan kita sendiri. Bila sesuatu yang baik datang kat kita maka pada masa tu kita akan kata DIA adil tapi bila musibah datang satu persatu berturut turut menimpa kita, kita secara membabi buta mengatakan yang DIA tu tak adil dan zalim sedangkan kita percaya padaNYA, orang lain yang tak yakin malah menghinaNYA tak pulak ditimpa musibah. Sebenarnya kita lupa pada konsep berterima kasih dan berserah, kita lupa yang DIA Maha Adil lagi Maha Sempurna. Sifat KeadilanNYA  meliputi tiap sesuatu meliputi setiap saat, DIA tak mengira kaum, bangsa, keturunan, jantina, dan agama, semua dapat bernafas dangan udara yang sama, semua dapat hidup di bumi yang sama, Nikmat dan RahmatNYA menyeluruh meliputi tiap sesuatu.

Lagi satu yang selalu kita terlepas pandang dan lupa adalah Sifat Maha SempurnaNYA, boleh saja kalau dia nak buat semua orang kaya, semua orang sihat, semua orang handsome dan cun giler and such…Tapi kalau itu saja yang DIA boleh buat maka hilanglah Sifat Maha Sempurna DIA, mana mungkin DIA tak Maha Sempurna. Jadi untuk menzahirkan pada kita semua nie yang DIA Maha Sempurna maka DIA buat bila ada yang kaya ada pulak yang miskin, bila ada yang indah ada pulak yang hodoh, bila ada yang sihat ada pulak yang sakit and such….  Yang Muslim pun sakit yang tak Muslim pun sakit, yang Muslim kaya yang tak Muslim pun kaya, yang Muslim hodoh yang tak Muslim pun hodoh and such jugeks..

Jadi bila kita sentiasa ingat dan faham Sifat Maha Adil dan Sifat Maha Sempurna DIA, dengan secara automatiknya kita akan tahu berterima kasih dan berserah, baik yang datang pada kita tu perkara yang baik ataupun yang buruk. Kita sebenarnya tiada daya upaya melakukan apa pun melainkan segala apa  yang kita lakukan adalah dari DIA yang DIA telah tetapkan dan pilih  tanpa dipengaruhi oleh sesiapa pun. DIA menetapkan tiap sesuatu itu  mengikut kemahuanNYA berdasarkan IlmuNYA dengan adil dan saksama Baik atau buruk itu  telah dirancang dan disusun atur sejak azali lagi mengikut kehendakNYA.

Jadi bila kita dah sedar, faham dan mengerti maka bila yang baik datang pada kita, kita akan bersyukur dan berterima kasih. Bila yang buruk menimpa kita, kita akan redha dan bersyukur  sebab endingnya kita akan kembali kepada NYA jugeks…


SP : Hamba seharusnya patuh, akur, taat dan menurut perintah ….



Sunday 3 March 2013

SULU, Sebuah Kerajaan Yang Hilang….


Kita dikejutkan dengan insiden di Lahad Datu, dimana kronologi insiden ini berlarutan hampir 4 minggu. Macam-macam cerita, segala teori konspirasi and such timbul.  Ader yang cakap Puak Sulu dihasut, ader yang cakap ader Mastermind dibelakang insiden ni, ader yang cakap Kerajaan lalai menjaga keselamatan negara, ader yang cakap Kerajaan Filipina terbabit sekali macam-macam laaaa, bukak jer internet  bukan setakat cerita siap dengan video, gambo semua ader… Pandai-pandai laa nak tafsir, nak terima yang mana satu betul… aku bukan pro kerajaan apatah lagi pro pembangkang jadi aku baca jer kenyataan kedua-dua belah pihak.

Tapi bagi aku kenyataan yang pasti dan nyata, ADA NYAWA YANG TERKORBAN…

Mengapa harus ada nyawa terkorban? Seakan nyawa yang dipertanggungjawapkan oleh ALLAH SWT kepada kita ini seolah-olah tiada nilai lagi? Siapakah penceroboh dari SULU nie?? Apakah yang mereka perjuangkan sehingga beriktikad untuk mengorbankan nyawa walaupun menentang saudara Islam sendiri ?
Aku pun mengodek laa segala info tentang Sulu nie, mana asal usul nya dan apa yang mereka mahu sebenarnya.. Godek punya godek dapat laa aku paham serba sedikit pasal Sulu nie, panjang sebenarnya tapi aku cuba pendekkan seberapa yang boleh yang selebih nya pandai-pandai la korang godek sendiri. Sulu nie terletak lebih kurang diselatan Filipina dan kekuasaan kerajaan dia melangkaui utara Sabah, tapi nie dulu laa zaman The White Rajah James Brooke dulu. Serumpun seagama dengan kita pun, tapi telah pun tercatit dalam sejarah Rumpun Melayu nie sudah dan telah dijajah oleh kuasa-kuasa Barat, British, Belanda, Portugis, Sepanyol dan Amerika… semua nie fakta sejarah dan tak boleh kita nak nafikan. Kalau kita baca sejarah, kebanyakan sultan-sultan diRumpun Melayu nie telah memberi kuasa dan juga tanah kepada kuasa-kuasa Barat , penjajah nie pun aper lagi galak laaa macam kata orang dulu kala “ibarat Belanda dapat tanah “. Jadi macam-macam perjanjian diwujudkan, macam yang pernah kita belajar dalam sejarah dulu laa kan..


SULU sebuah sejarah yang hilang...


Pendekkan citer lagi kira macam fast forward la nie, tiap Rumpun Melayu nie mula mendapat kemerdekaan, mula-mula Indon last sekali kalau tak silap aku Timor Leste.. ada jugak yang xdapat kemerdekaan dan terpaksa duduk dalam wilayah negara yang telah pun merdeka, contoh  Pattani, Acheh, Mindanao dan termasuk laa Sulu nie. Jadi yang tak dapat merdeka nie mesti laa nak merdeka so macam kita dah sedia maklum pemberontakanlah bila adanya pemberontakan hasilnya pasti kematian dan huru hara.

Dah jadi lumrah manusia bila cara berdamai ditolak mungkin atas alasan berat sebelah memihak kepada satu pihak saja maka jalan kekerasan diambil. Sayang sekali satu rumpun yang mempunyai umat  penduduk  jika dikumpulkan hampir mencecah 400 juta, mempunyai agama yang sama dan yang mengangkat junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin tak nak dan tak mahu mengambil ikhtibar dan contoh yang Rasulullah SAW telah tinggalkan. Mengapa mereka ini tak mengambil contoh ikhtibar dari Kisah Perjanjian Hudaibiyah? Kalau dilihat Perjanjian Hudaibiyah nie sangat-sangat berat sebelah sehingga Saidina Umar RA hampir-hampir mempertikaikan kenabian Rasulullah SAW sebab bersetuju menerima perjanjian tersebut. Namun Rasulullah mengambil sikap tenang dan dapat melihat dengan mata hati nurani Baginda maksud yang tersirat dan hikmah disebalik perjanjian yang berat sebelah itu.. Hasil dan kesan nya?? Semua dah tahu kan jadi tak perlu aku ulas lagi nanti perut aku memulas balik..

Acheh dan Mindanao aku nampak dah mula faham hikmah Perjanjian Hudaibiyah nie, dah dapat taraf Autonomi pun, kan mudah senang nak bangunkan wilayah sendiri, bagi pendidikan pada rakyat dan banyak lagi kebaikan yang dapat dilakukan. Pattani pun dah mula mengorak langkah yang sama tapi Sulu nie aku agak tak berapa paham, dari mana diorang belajar konsep kejiranan sesama saudara Islam nie aku tak tahu dan aku tak nak ambik tahu sebab itu tanggungjawap pemimpin diorang bukan aku. Bagi aku lebih baik membuat perjanjian untuk kebaikan ummah dari mengorbankan nyawa, ada beberapa alternative yang boleh dipilih contoh la contoh aku bukan tahu sangat pasal perundangan nie tapi tak salah mencuba, antaranya kekal dalam Filipina dan berjuang untuk taraf Autonomi macam Mindanao ( berapa lama diorang berperang dengan Filipina tak merdeka jugak hasilnya rakyat sendiri tersepit dalam keganasan, Alhamdulillah akhirnya diorang nampak hikmah dan kemanisan disebalik perjanjian damai.).Takpun mintak la baik-baik kemerdekaan dari Filipina pastu join Gagasan Malaysia haaaa OK gak kaan, takpun join jer Republik Indon tu..


Pendapat aku pasal dakwaan, tuduhan insiden di Lahad Datu itu direka atau didramakan  agak melampau, lebih baik kita diam dari mebicarakan sesuatu yang kita tak tahu, apa perasaan keluarga mangsa dengan tuduhan melampau nie. Tentang kerajaan lalai menjaga keselamatan negara mungkin ada kebenaran, tapi apa yang patut kita lakukan sepatutnya bukan mengutuk kerajaan tapi bagi laaa sokongan moral walaupun kita tak sokong kerajaan sepenuhnya sebab yang terkorban tu rakyat negara kita sendiri yang mempertahankan tanahair. Lagipun bukan senang nak mentadbir sesebuah negara, kita tak mentadbir memang mudah untuk kita melontarkan kata-kata, bila beli kapal terbang pejuang, kapal selam, beli radar, beli kapal persisir pantai dilemparkan dengan tuduhan membazir, bila  wujudkan Agensi Penguatkuasaan Maritim pun dikatakan membazir sebab dah ader TLDM, sedangkan Agensi Penguatkuasaan Maritim nie fungsinya untuk mengawal persisir pantai negara yang luas agar dan meringankan sedikit tanggungjawap TLDM agar TLDM dapat focus menjaga kedaulatan negara. Bila ada ISA dikatakan melanggar hak asasi manusia, ISA terbukti sangat berkesan membenteras kegiatan komunis, ISA dirangka untuk mencegah barah sebelum ia dapat merebak. Malaysia adalah satu-satunya negra diAsia Tenggara yang dapat membenteras kegiatan komunis sehinnga komunis menyerah diri dan membuat perjanjian damai. Ya betul ISA telah disalahgunakan tapi bukan ISA yang bersalah jadi mengapa pasal nyamuk kelambu plak yang nak kene bakar? Lagi pun akta ISA itu juga dirangka agar ia boleh dipinda jadi kenapa tak gunakan ruang yang ada untuk membuat pindaan? Banyak sangat sikap menunding jari kebelakangan ini tanpa mahu melihat kelemahan diri sendiri.

Kerajaan ada kelemahan mana ader kerajaan yang sempurna kecuali kerajaan ALLAH SWT, jadi pembangkang kene la tampung kelemahan tu barulah negara aman sentosa rakyat hidup saling hormat menghormati, bukannya menyerang kelemahan yang ada sebab yang menderita nanti rakyat jelata.


SP : Sultan Sulu lupa mengenal diri sendiri…..