Sunday 3 March 2013

SULU, Sebuah Kerajaan Yang Hilang….


Kita dikejutkan dengan insiden di Lahad Datu, dimana kronologi insiden ini berlarutan hampir 4 minggu. Macam-macam cerita, segala teori konspirasi and such timbul.  Ader yang cakap Puak Sulu dihasut, ader yang cakap ader Mastermind dibelakang insiden ni, ader yang cakap Kerajaan lalai menjaga keselamatan negara, ader yang cakap Kerajaan Filipina terbabit sekali macam-macam laaaa, bukak jer internet  bukan setakat cerita siap dengan video, gambo semua ader… Pandai-pandai laa nak tafsir, nak terima yang mana satu betul… aku bukan pro kerajaan apatah lagi pro pembangkang jadi aku baca jer kenyataan kedua-dua belah pihak.

Tapi bagi aku kenyataan yang pasti dan nyata, ADA NYAWA YANG TERKORBAN…

Mengapa harus ada nyawa terkorban? Seakan nyawa yang dipertanggungjawapkan oleh ALLAH SWT kepada kita ini seolah-olah tiada nilai lagi? Siapakah penceroboh dari SULU nie?? Apakah yang mereka perjuangkan sehingga beriktikad untuk mengorbankan nyawa walaupun menentang saudara Islam sendiri ?
Aku pun mengodek laa segala info tentang Sulu nie, mana asal usul nya dan apa yang mereka mahu sebenarnya.. Godek punya godek dapat laa aku paham serba sedikit pasal Sulu nie, panjang sebenarnya tapi aku cuba pendekkan seberapa yang boleh yang selebih nya pandai-pandai la korang godek sendiri. Sulu nie terletak lebih kurang diselatan Filipina dan kekuasaan kerajaan dia melangkaui utara Sabah, tapi nie dulu laa zaman The White Rajah James Brooke dulu. Serumpun seagama dengan kita pun, tapi telah pun tercatit dalam sejarah Rumpun Melayu nie sudah dan telah dijajah oleh kuasa-kuasa Barat, British, Belanda, Portugis, Sepanyol dan Amerika… semua nie fakta sejarah dan tak boleh kita nak nafikan. Kalau kita baca sejarah, kebanyakan sultan-sultan diRumpun Melayu nie telah memberi kuasa dan juga tanah kepada kuasa-kuasa Barat , penjajah nie pun aper lagi galak laaa macam kata orang dulu kala “ibarat Belanda dapat tanah “. Jadi macam-macam perjanjian diwujudkan, macam yang pernah kita belajar dalam sejarah dulu laa kan..


SULU sebuah sejarah yang hilang...


Pendekkan citer lagi kira macam fast forward la nie, tiap Rumpun Melayu nie mula mendapat kemerdekaan, mula-mula Indon last sekali kalau tak silap aku Timor Leste.. ada jugak yang xdapat kemerdekaan dan terpaksa duduk dalam wilayah negara yang telah pun merdeka, contoh  Pattani, Acheh, Mindanao dan termasuk laa Sulu nie. Jadi yang tak dapat merdeka nie mesti laa nak merdeka so macam kita dah sedia maklum pemberontakanlah bila adanya pemberontakan hasilnya pasti kematian dan huru hara.

Dah jadi lumrah manusia bila cara berdamai ditolak mungkin atas alasan berat sebelah memihak kepada satu pihak saja maka jalan kekerasan diambil. Sayang sekali satu rumpun yang mempunyai umat  penduduk  jika dikumpulkan hampir mencecah 400 juta, mempunyai agama yang sama dan yang mengangkat junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin tak nak dan tak mahu mengambil ikhtibar dan contoh yang Rasulullah SAW telah tinggalkan. Mengapa mereka ini tak mengambil contoh ikhtibar dari Kisah Perjanjian Hudaibiyah? Kalau dilihat Perjanjian Hudaibiyah nie sangat-sangat berat sebelah sehingga Saidina Umar RA hampir-hampir mempertikaikan kenabian Rasulullah SAW sebab bersetuju menerima perjanjian tersebut. Namun Rasulullah mengambil sikap tenang dan dapat melihat dengan mata hati nurani Baginda maksud yang tersirat dan hikmah disebalik perjanjian yang berat sebelah itu.. Hasil dan kesan nya?? Semua dah tahu kan jadi tak perlu aku ulas lagi nanti perut aku memulas balik..

Acheh dan Mindanao aku nampak dah mula faham hikmah Perjanjian Hudaibiyah nie, dah dapat taraf Autonomi pun, kan mudah senang nak bangunkan wilayah sendiri, bagi pendidikan pada rakyat dan banyak lagi kebaikan yang dapat dilakukan. Pattani pun dah mula mengorak langkah yang sama tapi Sulu nie aku agak tak berapa paham, dari mana diorang belajar konsep kejiranan sesama saudara Islam nie aku tak tahu dan aku tak nak ambik tahu sebab itu tanggungjawap pemimpin diorang bukan aku. Bagi aku lebih baik membuat perjanjian untuk kebaikan ummah dari mengorbankan nyawa, ada beberapa alternative yang boleh dipilih contoh la contoh aku bukan tahu sangat pasal perundangan nie tapi tak salah mencuba, antaranya kekal dalam Filipina dan berjuang untuk taraf Autonomi macam Mindanao ( berapa lama diorang berperang dengan Filipina tak merdeka jugak hasilnya rakyat sendiri tersepit dalam keganasan, Alhamdulillah akhirnya diorang nampak hikmah dan kemanisan disebalik perjanjian damai.).Takpun mintak la baik-baik kemerdekaan dari Filipina pastu join Gagasan Malaysia haaaa OK gak kaan, takpun join jer Republik Indon tu..


Pendapat aku pasal dakwaan, tuduhan insiden di Lahad Datu itu direka atau didramakan  agak melampau, lebih baik kita diam dari mebicarakan sesuatu yang kita tak tahu, apa perasaan keluarga mangsa dengan tuduhan melampau nie. Tentang kerajaan lalai menjaga keselamatan negara mungkin ada kebenaran, tapi apa yang patut kita lakukan sepatutnya bukan mengutuk kerajaan tapi bagi laaa sokongan moral walaupun kita tak sokong kerajaan sepenuhnya sebab yang terkorban tu rakyat negara kita sendiri yang mempertahankan tanahair. Lagipun bukan senang nak mentadbir sesebuah negara, kita tak mentadbir memang mudah untuk kita melontarkan kata-kata, bila beli kapal terbang pejuang, kapal selam, beli radar, beli kapal persisir pantai dilemparkan dengan tuduhan membazir, bila  wujudkan Agensi Penguatkuasaan Maritim pun dikatakan membazir sebab dah ader TLDM, sedangkan Agensi Penguatkuasaan Maritim nie fungsinya untuk mengawal persisir pantai negara yang luas agar dan meringankan sedikit tanggungjawap TLDM agar TLDM dapat focus menjaga kedaulatan negara. Bila ada ISA dikatakan melanggar hak asasi manusia, ISA terbukti sangat berkesan membenteras kegiatan komunis, ISA dirangka untuk mencegah barah sebelum ia dapat merebak. Malaysia adalah satu-satunya negra diAsia Tenggara yang dapat membenteras kegiatan komunis sehinnga komunis menyerah diri dan membuat perjanjian damai. Ya betul ISA telah disalahgunakan tapi bukan ISA yang bersalah jadi mengapa pasal nyamuk kelambu plak yang nak kene bakar? Lagi pun akta ISA itu juga dirangka agar ia boleh dipinda jadi kenapa tak gunakan ruang yang ada untuk membuat pindaan? Banyak sangat sikap menunding jari kebelakangan ini tanpa mahu melihat kelemahan diri sendiri.

Kerajaan ada kelemahan mana ader kerajaan yang sempurna kecuali kerajaan ALLAH SWT, jadi pembangkang kene la tampung kelemahan tu barulah negara aman sentosa rakyat hidup saling hormat menghormati, bukannya menyerang kelemahan yang ada sebab yang menderita nanti rakyat jelata.


SP : Sultan Sulu lupa mengenal diri sendiri…..

No comments:

Post a Comment