Selepas berbisik-bisik dengan diri sendiri selesai Jumaat tadi , aku telah
membuat keputusan untuk beriltizam mengenepikan segala bentuk ekspresi emosi sama
ada dalam bentuk marah, kecewa, iri hati, berputus asa, bersangka buruk
terhadap orang lain dan yang paling utama dendam.
Emosi-emosi,tersebut bagi aku kesemuanya tidak sihat dan membunuh proses
mematangkan diri rohani aku dan aku juga sangat berkeyakinan momentum ini akan
berterusan demi meningkatkan disiplin, kematangan diri, menghormati
keterbatasan diri aku sendiri.
Justeru aku juga berlapang dada untuk menjadikan diri aku dipandang
serong, dimusuhi, dikeji, dihina, hilang kepercayaan malah dikhianati oleh orang lain didalam usaha aku melakukan transformasi emosi ini. Kerana
semua itu bagi aku tidak penting, yang paling penting adalah dengan sedikit
ruang dan masa yang ada ini sahaja lah peluang aku untuk membetulkan segala kesilapan
& kekhilafan diri dan memaafkan kesalahan orang terhadap diri aku.
Semua ini bagi aku merupakan suatu proses yang biasa dalam sebuah kehidupan
makhluk yang bernama Insan dan ianya tidak lain terbit dari percikan sanubari…..
SP : Kadangkala ketika duduk seorang diri dan berbicara dengan diri
sendiri, dapat kita membetulkan kesilapan diri sendiri…..

No comments:
Post a Comment