Monday 21 January 2013

Kerna Waktu...


Subuh
masih enak diranjang asmara
berfoya-foya dengan waktu
jiwa berkhayal tanpa batasan
rawan masih hilang melayang
waktu hilang melangkah pergi
aku terkapai-kapai dalam keliru
siapakah aku dihadapan Rabb ku ?


Zohor
aku leka dengan kelaparan,
aku leka dengan kehausan
aku leka dengan kelesuan
mengejar pujukan duniawi
berjual beli dengan waktu
terlupa akan kerugianku
mengadaikan sebuah ketaatan
siapakah aku dihadapan Rabb ku ?


Asar
aku lupa akan rona waktu
cepat berubah bagaikan ditarik-tarik
masih dengan sebatang rokok ku
bersenda gurau dengan teman-teman ku
tentang siapa yang setia siapa yang durhaka
tentang siapa yang benar siapa yang salah
siapakah aku dihadapan Rabb ku ?


Maghrib
aku melihat akan warna kelam
aku mengintai dari balik tirainya
mencari sedikit sisa-sisa kenikmatan
dari celah-celah lorong yang hitam
berjengkit-jengkit didenai yang berliku
mencari akan sebuah jawapan
siapakah aku dihadapan Rabb ku ?


Isyak
waktunya yang panjang membuat ku alpa
ku biarkan lelah menghimpit dadaku
ku biarkan lesu mengulit ragaku
rela terlena disofa baldu ku
bercumbu rayu dengan waktu
merembes mesra dalam pelukannya
aku terbuai dengan ghairahnya
siapakah aku dihadapan Rabb ku ?




kini aku semakin celaru
sampai bila akan ku lewatkan sujudku
sampai bila akan ku biarkan hati menjadi sepi tanpa rasa
bagaimana akan ku hadapkan wajahku nanti
andainya wajahku asing dihadapan Rabb ku….




ASP : ada RASA.......





Karma ??


Aku kerap sangat dengor orang sebut pasal “What goes around comes around” atau KARMA… HUKUM KARMA sikit-sikit karma sikit-sikit karma… Album Hukum Karma Wings aku tau laaa (Karmasutra pun aku tau hehehehe….)

Persoalan mula bermain-main dalam kepala hotak, apakah wujud hukum karma dalam Islam? Boleh ke kita percaya pada hukum karma nie? Atau bolehkah kita percaya adanya hukum karma nie? Aaaah leceh sungguh sebab bila dah timbul persoalan jiwa aku mula memberontak nak tahu jawapan… banyak buku, kitab nak kene selak nak buat perbandingan …tak campur lagi nak jumpa tanya orang-orang yang ader ilmu..

Nak pendekkan citer setelah pelbagai buku, kitab diselak campur bertanya orang-orang yang mempunyai ilmu, aku dapat simpulkan bahawa Hukum Karma mengikut pandangan Agama Budhha boleh didefinasikan sebagai,

"Bagi setiap peristiwa yang berlaku akan disusuli oleh peristiwa yang lain yang berlaku akibat peristiwa pertama, dan peristiwa kedua ini akan membawa nikmat atau sebaliknya bergantung kepada sebab musabab peristiwa pertama. Sekiranya peristiwa pertama berlaku bukan disebabkan nafsu kerakusan dan sifat-sifat yang buruk maka pembuatnya akan mendapat kenikmatan dan kebahagiaan. Manakala jika peristiwa pertama adalah disebabkan nafsu dan segala sifat buruk, maka pembuatnya akan menerima padah." 

Manakala dalam Agama Hindu pula menyebut bahawa,

"Mereka yang bersifat terpuji akan dimasukkan kedalam rahim baik kaum Brahmin, Kshatriya atau Vaisya, tetapi mereka yang bersifat tercela akan masuk kedalam rahim busuk seekor anjing, babi atau Pariah."





Haaaaaaaaa panjang lebor definasinya..... hadoooiiiiii


Prinsip ini digunakan untuk seseorang itu mencapai Nirwana (syurga) atau tahap Moksha (bersatu dengan tuhan, kebebasan dari ikatan duniawi). Dan prinsip ini selalunya digunapakai dalam Agama Buddha dan Hindu. Setakat itu jer laa aku boleh paham sebab nak bukak kitab diorang nie aku tak paham tulisan Sanskrit jadi aku cuma dapat ambik terjemahan yang terbaik yang aku boleh dapat. Jadi bila kita tengok secara umum konsep nie bunyinya seakan-akan selari dengan ajaran agama Islam. Tetapi kalau kita selak dengan lebih dalam lagi dengan lebih cermat lagi, kita dapati ianya sangat jauh berbeza dengan ajaran Agama Islam.  Dalam Islam konsep yang seakan-akan ini boleh kita tengok dalam terkemahan Surah Az-Zalzalah ayat (7-8) “Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula.”



Pendapat aku yang serba kekurangan ini, dalam Islam tiada konsep KARMA yang ada adalah SEBAB dan AKIBAT yang seakan-akan konsep KARMA tapi yang membezakannya dengan konsep KARMA dalam Islam juga kita meyakini konsep UJIAN. Didalam konsep UJIAN inilah,orang yang buat baik tidak semesti mendapat balasan baik di dunia tapi dia lulus konsep ini, bersabar dengan ujian yang menimpanya, menderita mana pun dia di dunia,dia pasti mendapat balasan baik di akhirat. Disebabkan konsep UJIAN  inilah membuatkan konsep KARMA tidak dapat diterima pakai dalam ISLAM. Dalam agama Budhha dan Hindu mereka menyakini akan konsep recyle atau rebirth atau incarnation manakala dalam agama Islam konsep recyle atau rebirth atau incarnation nie ditolak dengan sekeras-kerasnya sebab kita menyakini akan Live After Death ( teringat album Iron Maiden) yakni HARI AKHIRAT.


Nak sebut haaaa karma laa tu karma la tuu, aku rasa boleh laa kot tapi meyakini karma menurut pandangan dan fahaman agama Hindu dan Budhha aku tak rasa tapi aku kata TAK BOLEH. Sebaiknya kita mencontohi bagaimana Rasulullah SAW mengajar kita tentang SEBAB dan AKIBAT (seakan-akan KARMA) dan tentang UJIAN. Ada banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari hadis-hadis sahih Baginda untuk kita mencontohinya dan beramal dengannya…. Seperti yang disebutkan oleh ALLAH SWT kepada kita semua,

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”
(Surah Al-Ahzab: 21)




ASP : errrrkkk mana laa plak aku simpan Kitab Karmasutra aku nie…..


Thursday 17 January 2013

Siri Sembang Kasi Bimbang 1.0


Kesan dari ulasan difesbuk (tu pasal aku malas nak ulas kan perot aku dah memulas) seorang sahabat lama cuba menjolok dari tirai kamar….Mula-mula sembang santai last-last terus jadi sembang kasi bimbang…

Beliau: “Bro, lu Hijau ke Biru..?”

Aku: “ Dua-dua pun OK saja. Biru OK Hijau pun OK, ada kebaikan ada kelemahan.”

Beliau: “Huh! Biru mana ada OK bro giler laaa lu?” “Kerajaan sekarang rasuah kuat, salahguna duit rakyat, taknak laksanakan hukum Islam macam maner lu leh kate OK?”

Aku: “Oh, tu semua kelemahan kerajaan laa bro dan bagi aku setiap kelemahan itu adalah satu kelaziman. Contoh kita lemah dalam ibadah so kita menzalimi diri sendiri”

Beliau : Ha betul laaa tu kerajaan sekarang nie ZALIM....

Aku: “ Eh lu ni cepat sangat melatah, maksud aku, kalau ia pun kita tukar kerajaan masa pilihanraya nanti dan akan datang dan akan datang, kerajaan-kerajaan tu semua tetap akan ada kelemahan-kelemahan yang sama.”

Beliau: “wa tak setuju bro dengan pendapat lu!”


Aku: “Takpe laaa kalau lu tak setuju tak berdosa pun, tetapi lu kena sedar  kelemahan yang sebenar terletak pada rakyat, kita nie semua nie. Kita nak pemimpin yang sempurna tapi kita sendiri tak sempurna. Kita nak pemimpin yang amanah tapi kita sendiri tak amanah. Cuber lu tengok barape banyak harta kerajaan yang kita dah salahguna dan yang kita rosakkan? Kita nak pemimpin yang adil tapi kita selalu zalim masa menilai pemimpin. Kita nak laksanakan hukum Islam tapi kita sendiri tak laksanakan hukum Islam dalam kehidupan kita hari-hari ”

Beliau: “Perghhh!  Nie first time wa dengar orang salahkan rakyat nie bro”


OK saja.....


Aku: “Haaaaippp aper plak first time ader laaa cuma kita jarang dengar jek, pendapat aku sebenarnya macam nie, kita nak kerajaan dengan rakyat, dua-dua kene laaa ada sifat berilmu, amanah, bertanggungjawab, adil dan saling membantu. Kerajaan lahir dari rakyat, dipilih oleh rakyat dan dibantu oleh rakyat. Sesebuah kerajaan negara tu sebenarnya mencerminkan siapa dan bagaimana majoriti rakyat negara tu. Kalau baik rakyatnya baik laa kerajaan tu”

Beliau: “Wa still tak setuju bro, kalau kerajaan baik, rakyat puas hati takde la bantahan xde demonstrasi.”

Aku: “Setuju ke tak tu terpulang kat lu bro, aku tak paksa lu terima pandangan aku pun, dah lu yang tanye tadi aku jawap laa. Tapi bro memang sikap kita nie manusia nie memang suka merungut, tak adil dalam menilai, dengki kelebihan orang lain, suka sebarkan gosip berbau fitnah, jahil dalam ilmu macam-macam laaa. Kerajaan baik mana pun, rungutan, tuduhan, hasad dengki, fitnah dan kejahilan still akan  wujud  punya pada rakyat. So kalau kita nak kerajaan yang baik, kita mesti jadi rakyat yang baik dulu. Mana-mana kerajaan pun tak boleh nak perintah dengan baik kalau rakyat dia tak baik. Kita terlalu fokus pada kerajaan sampai kita lupa nak tengok diri kita sendiri bro.”

Beliau: “Hurrmmmm….”

Aku: Looooorr mengeluh buat per… relax ler sap kok dulu sebalut dua ke? Camni la bro senang tak payah nak pening-peningkan  kepala bana luu tu. Rasulullah SAW banyak tinggalkan contoh tauladan kat kita nie, kita cuba try laa ikut mana yang mampu nak ikut semua memang tak mampu. Dua benda dia wasiatkan kat kita Al-Quran dengan Sunnah dia yang confirm kita tak kan sesat selamanya, yang lain-lain tu kita serah kat Allah SWT sudaah…. Amalkan sikit-sikit asalkan berterusan pastu tambah laaa bro solat tu yang paling penting kita nak kene pelihara, jangan nak gelojoh sangat amalkan semua pastu tinggal.  Kita kene prasangka baik kat orang lain bro macam mana kita nak orang lain prasangka baik kat kita, kalau nak tunggu orang lain buat susah laaa baik kita buat dulu....


ASP : perubahan bermula dari diri sendiri.... tak gitu? kan canteeek gitu....




Sunday 6 January 2013

Setahun telah berlalu....


Dah setahun aku tak menulis, kali terakhir  29-Nov-2011 bertajuk “Ramalanku Benar Belaka”
Banyak peristiwa yang berlaku dalam tempoh setahun, pelbagai pengalaman dan pengajaran yang telah aku dapat dari segi zahiriah dan rohaniah.

Akan aku cuba merungkaikannya sedikit demi sedikit…

Sehingga bertemu lagi….