Lepas bekpes tadi kat area Pasar Keramat aku didatangi oleh seorang
lelaki yang aku rase just saje nak isi kan masa lapang dia berborak kot, so macam biasa
aku layan kan saje walaupun perut aku memulas mulas nak ke jamban. Mamat nie
dok borak dari citer asal usul aku, kerja aku sampai la cerita sensasi termasuk
la politik, agama dan lain-lain. Aku bantah pun tak sokong pun tak aku
angguk-angguk kepala jek hurrmmm ahhhh ya betul laaa tu…
![]() |
| "tempat bekpes" |
So aku cakap kat mamat tu aku nak gerak sebab sakit perut actually
memang aku mencari jamban yang berdekatan pun nak memulakan proses perkumuhan badan aku. Dalam jamban aku teringat masa
aku sembang dengan sahabat lama aku dulu yang boleh la dikatakan agak alim & warak,
tak payah nak cerita banyak kalau tengok muka dengan perwatakan pun boleh tahu
dia nie memang alim & warak orangnya. Dia berniaga sendiri & berjaya
pulak tu, so bila aku terbaca satu hadis yang ada cakap orang miskin lebih dulu
masuk syurga dari orang kaya & orang kaya banyak masuk ke neraka, so aku
usik la dia, “Bai lu kaya nak mampos lu tak takut ke masuk neraka hehehe” Dia
senyum jek, “sape plak yang tak takut masuk neraka bro, ko ni pun satu confirm
ke masuk syurga kalau miskin?” Pastu dia ulas laaa pasal jadi kaya &
keinginan nak jadi kaya ni… Dia kata sebelum dia jadi kaya dia pun sama gak
miskin just cukup duit makan untuk diri sendiri & family je kadang-kadang
pinjam kat kawan-kawan, ape yang membuat dia berazam nak jadi kaya bila ade
satu hari sorang makcik OKU minta tolong kat dia sebab lapar, sangat dia tak dapat
nak tolong dapat bagi 5 hengget jer sebab masa tu dia ader 10 hengget. So dia
agak terkilan bila dia tak dapat nak tolong makcik OKU tu yang betul-betul berharap kat dia. Dia cakap dia jeles bila tengok orang kaya dapat
buat korban tiap tahun, pergi umrah tiap tahun, pergi haji, berzakat bukan
setakat zakat fitrah jek, bersedekah bila-bila masa tak payah nak pikir hujung
bulan aku nak makan ape??
![]() |
| "bila la nak dapat duit berkepok camni" |
Ada betul kata sahabat aku ni, kenapa kita perlu hina orang kaya dah rezeki
dia macam tu ALLAH nak bagi biarlah patut kita pun berazam nak jadi macam tu
supaya mudah kita nak bantu orang-orang miskin. Allah bagi kelebihan orang kaya
yang bertaqwa ni mudah beramal & beribadat kat dunia so kat akhirat dia
bagi plak orang miskin yang bertaqwa mudah masyuk syurga, so masing-masing ade
kelebihan masing-masing. Yang kita kat tengah-tengah ni jangan la cepat sangat
nak judge orang lain siapalah kita ni nak judge orang didunia nie sedangkan ALLAH
pun judge orang masa akhirat nanti, kat dunia nie DIA banyak kasi kita chance lagi……
RBK cakap : dalam proses mengkayakan diri sendiri berkat doa ibu &
sahabat-sahabat
Sepotong Hadis untuk direnungi…
Abu Hurairah
r.a. berkata: Bahwasanya para fakir miskin dari sahabat Muhajirin datang
mengeluh kepada Rasulullah saw: Ya Rasulullah, orang-orang kaya telah memborong
semua pahala dan tingkat-tingkat yang tinggi serta kesenangan yang abadi. Nabi
saw bertanya: Mengapa demikian? Jawab mereka: Mereka sembahyang sebagaimana
kami, dan puasa sebagaimana kami, dan mereka bersedekah sedang kami tidak dapat
bersedekah, dan mereka memerdekakan budak, sedang kami tidak dapat memerdekakan
budak. Rasulullah bersabda: Sukakah saya ajarkan kepada kamu amal perbuatan
yang dapat mengejar mereka, dan tiada seseorang yang lebih utama dari kami
kecuali yang berbuat seperti perbuatanmu? Jawab mereka: Baiklah ya Rasulullah.
Bersabda Nabi: Membaca Tasbih dan takbir dan tahmid tiap selesai sembahyang 33
kali. Kemudian sesudah itu para fakir miskin itu kembali mengeluh kepada
Rasulullah saw: Ya Rasulullah, saudara-saudara kami orang kaya, mendengar
perbuatan kami, maka mereka berbuat sebagaimana perbuatan kami. Maka sabda
Nabi: Itulah kurnia Allah yang diberikannya kepada siapa yang dikehendaki-Nya.
Bukhary-Muslim


Nak jadi kaya bukan dgn makan gaji tapi dengan bisnes. Itulah yg saya percaya drpd dulu sampailah sekarang =)
ReplyDelete