Tuesday, 11 October 2011

EKSTRIMIS,FANATIK & TERORIST!!!!


Agak lama aku tak menulis entry sebab terlalu sibuk dengan kerja-kerja freelance aku, masa tak mengizinkan sebab sampai umah aku dah terkulai layu lepas layan kucing-kucing aku buummm terus terlentoks…

Tapi aku gagahkan hari ni nak tulis entry sebab kejadian yang berlaku waktu Zohor tadi (masjid dirahsiakan demi menjaga maruah kariah lain) yang membuat aku panas membara menggelegak… Sebab hari ini aku kene pergi beberapa tempat so aku rase better aku pakai T shirt jer so aku sambar la T shirt Metallica aku. Lepas habis discussion kat Kg Attap, Jalan TAR & KL Sentral aku bergegas le ke masjid yang berhampiran sebab waktu Zohor dah masuk. Masuk-masuk masjid jemaah dah rokaat ke 3 so aku pun menyelit laa kat saf last, so bila jemaah lain dah bagi salam aku masih melayan rokaat yang aku tertinggal laa kan. Lepas aku bagi salam jer datang sorang mamat pertengahan umur terus sound aku “ Wooii ni ape pakai baju macam nie ko ingat ni konsert ker??” Aikkkk aku baru habis salam dah kene sound apekebende nieh??? Aku dok terkebil-kebil tengok muka mamat ni kalau ikut hati yang bara ni memang aku nak sound balik, sebab aku piker yang aku belum start doa lagi ni & respect kat jemaah lain lagi pun aku orang luar, aku buat muka selamba angkat tangan doa jer la aper yang patut. Time aku doa ni mamat ni masih dok membebel kat aku cakap entah ape-ape, kurang ajar la, mak bapak tak ajar laa bla bla bla yang boleh menyebabkan kaki aku masuk dalam mulut dia…. Sebab tak nak kejadian tak elok terjadi dalam masjid yang mulia lepas doa aku angkat beg & terus belah, mamat ni dok follow aku sampai pintu masjid masih lagi menyalak cakap "lain kali jangan datang masjid, HARAM pakai baju nieh…" Perghhhhh serius aku rase nak hempok je kepala mamat ni dengan helmet kura-kura aku, masa aku nak start motor ader satu pakcik datang sembang ngan aku dia cakap “ anak jangan ambik hati ya dia ahli tetap masjid ni dia memang macam tu agak keras dan kasar” aku pun jawap “ hurmmm hermmm kalau macam ni pakcik caranya nak tegur orang saya rase tak kan ader la anak muda kat luar tu nak datang masjid silap sikit kene tengking, mana ajaran Islam yang suruh kita tegur menegur dengan kasih sayang dan senyuman”, Pakcik tu tak jawap dia mengangguk jer.. (kesian pakcik ni aku tersekolahkan dia la plak).

"lucah sangat ke T shirt nieh"

Atas motor masa merempit aku terpikir, kalau macam ni la orang yang mengaku ahli masjid & selalu beriktikaf dalam masjid tapi akhlak tak ader, nak tegur orang pun tak pandai so macam mana la kita nak ajak anak-nak muda datang ke masjid. Kenapa perlu marah untuk mengajak orang kearah kebaikan?? Kenapa perlu marah bila orang lain melakukan kesilapan?? Bukan kah Nabi Muhammad itu diutuskan untuk menyempurnakan akhlak kepada umatnya… Kenapa perlu bersikap Ekstrimis? Fanatik? Aku rasa laaa orang-orang yang macam ni laa berpotensi nak menjadi Terrorist, silap sikit bunuh, bom takpe kalau ader collateral damage pun, takpe orang lain yang tak berdosa mati asalkan matlamat tercapai…..Bahaya sungguh kalau tak dibendung. No wonder kita tak boleh nak pikat orang lain kepada Islam, bukan sebab Islam tu tak cantik tapi orang yang menganut Islam tu yang buat Islam tak cantik. Aku terkenang pesan ustaz aku, “Allah tak memandang kita dari segi wajah, pakaian & harta benda”, ”jaga solat walau dalam apa keadaan sekali pun Insyallah solat kita itu akan menjaga kita diakhirat kelak, sebab yang pertama disoal nanti adalah solat kalau bab solat tu gagal bab lain tak kira dah walau macam mana baik kita sekali pun” “lakukan solat dengan whuduk, rukun, thomakninah & khusyuk yang sempurna” “jangan dipikirkan sangat samada solat kita diterima sebab bimbang akan membuatkan kita malas nak solat, solat aje dengan ikhlas sebagai hambaNYA bila masuk waktu ”. Tak pernah la plak ustaz aku  pesan pakai T shirt Metallica tu HARAM, cuma ade la dia pesan jangan la pakai T shirt yang berbaur lucah, tapi kalau dah takde baju lain pakai jer baju ape pun asalkan menutup aurat dan bersih, kenapa sebab baju kita nak tinggalkan solat kaaan.


Kadang aku puji gak usaha ahli Masjid kawasan aku macam mana cara diaorang nak mengajak anak-anak muda datang ke masjid, diaorang buat aktiviti karnival, konsert, futsal etc etc. Tak pernah aku nampak diaorang nak marah bila budak-budak buat bising, main kejar-kejar dalam masjid & pakai T shirt rock. Pernah sekali aku tanye kat AJK masjid kalau kat kampong budak-budak buat bising tok imam dah marah ni kenapa sini tak marah pun, dia kata “ biarlah sekurang-kurang nya kita dapat biasakan diaorang dengan suasana masjid & kita doakan saja semoga Allah bukakan hati mereka agar sentiasa rindukan suasana masjid”… aduusss skima sungguh kata-kata AJK masjid ni tapi memamg banyak betul  cakap AJK tu. Ehhhh Asar dah  masuk aku gerak duluuu…………

RBK cakap : esok nak repeat ke masjid yang sama pakai T shirt Anthrax....

2 comments:

  1. Sabar bro, betul ape bro ckp, kalau dlm pun suryh kita tegur scara berhikmah, sbb ia m'cerminkan kebikjasanaan kite

    ReplyDelete