Agak lama aku tak
menulis entry sebab terlalu sibuk dengan kerja-kerja freelance aku, masa tak
mengizinkan sebab sampai umah aku dah terkulai layu lepas layan kucing-kucing aku
buummm terus terlentoks…
Tapi aku gagahkan hari
ni nak tulis entry sebab kejadian yang berlaku waktu Zohor tadi (masjid
dirahsiakan demi menjaga maruah kariah lain) yang membuat aku panas membara
menggelegak… Sebab hari ini aku kene pergi beberapa tempat so aku rase better
aku pakai T shirt jer so aku sambar la T shirt Metallica aku. Lepas habis
discussion kat Kg Attap, Jalan TAR & KL Sentral aku bergegas le ke masjid
yang berhampiran sebab waktu Zohor dah masuk. Masuk-masuk masjid jemaah dah rokaat
ke 3 so aku pun menyelit laa kat saf last, so bila jemaah lain dah bagi salam
aku masih melayan rokaat yang aku tertinggal laa kan. Lepas aku bagi salam jer
datang sorang mamat pertengahan umur terus sound aku “ Wooii ni ape pakai baju
macam nie ko ingat ni konsert ker??” Aikkkk aku baru habis salam dah kene
sound apekebende nieh??? Aku dok terkebil-kebil tengok muka mamat ni kalau ikut
hati yang bara ni memang aku nak sound balik, sebab aku piker yang aku belum start
doa lagi ni & respect kat jemaah lain lagi pun aku orang luar, aku buat muka selamba angkat tangan
doa jer la aper yang patut. Time aku doa ni mamat ni masih dok membebel
kat aku cakap entah ape-ape, kurang ajar la, mak bapak tak ajar laa bla bla bla
yang boleh menyebabkan kaki aku masuk dalam mulut dia…. Sebab tak nak kejadian
tak elok terjadi dalam masjid yang mulia lepas doa aku angkat beg & terus
belah, mamat ni dok follow aku sampai pintu masjid masih lagi menyalak cakap "lain kali jangan datang masjid, HARAM pakai baju nieh…" Perghhhhh serius aku
rase nak hempok je kepala mamat ni dengan helmet kura-kura aku, masa aku nak
start motor ader satu pakcik datang sembang ngan aku dia cakap “ anak jangan
ambik hati ya dia ahli tetap masjid ni dia memang macam tu agak keras dan kasar”
aku pun jawap “ hurmmm hermmm kalau macam ni pakcik caranya nak tegur orang
saya rase tak kan ader la anak muda kat luar tu nak datang masjid silap sikit
kene tengking, mana ajaran Islam yang suruh kita tegur menegur dengan kasih
sayang dan senyuman”, Pakcik tu tak jawap dia mengangguk jer.. (kesian pakcik ni aku tersekolahkan dia la plak).
![]() |
| "lucah sangat ke T shirt nieh" |
Atas motor masa
merempit aku terpikir, kalau macam ni la orang yang mengaku ahli masjid &
selalu beriktikaf dalam masjid tapi akhlak tak ader, nak tegur orang pun tak
pandai so macam mana la kita nak ajak anak-nak muda datang ke masjid. Kenapa
perlu marah untuk mengajak orang kearah kebaikan?? Kenapa perlu marah bila
orang lain melakukan kesilapan?? Bukan kah Nabi Muhammad itu diutuskan untuk menyempurnakan
akhlak kepada umatnya… Kenapa perlu bersikap Ekstrimis? Fanatik? Aku rasa laaa orang-orang yang macam ni laa berpotensi nak menjadi Terrorist, silap sikit bunuh,
bom takpe kalau ader collateral damage pun, takpe orang lain yang tak berdosa mati asalkan matlamat tercapai…..Bahaya sungguh kalau tak dibendung. No
wonder kita tak boleh nak pikat orang lain kepada Islam, bukan sebab Islam tu
tak cantik tapi orang yang menganut Islam tu yang buat Islam tak cantik. Aku
terkenang pesan ustaz aku, “Allah tak memandang kita dari segi wajah, pakaian
& harta benda”, ”jaga solat walau dalam apa keadaan sekali pun Insyallah
solat kita itu akan menjaga kita diakhirat kelak, sebab yang pertama disoal
nanti adalah solat kalau bab solat tu gagal bab lain tak kira dah walau macam
mana baik kita sekali pun” “lakukan solat dengan whuduk, rukun, thomakninah &
khusyuk yang sempurna” “jangan dipikirkan sangat samada solat kita diterima
sebab bimbang akan membuatkan kita malas nak solat, solat aje dengan ikhlas
sebagai hambaNYA bila masuk waktu ”. Tak pernah la plak ustaz aku pesan pakai T shirt Metallica tu HARAM, cuma ade
la dia pesan jangan la pakai T shirt yang berbaur lucah, tapi kalau dah takde
baju lain pakai jer baju ape pun asalkan menutup aurat dan bersih, kenapa sebab
baju kita nak tinggalkan solat kaaan.
Kadang aku puji gak
usaha ahli Masjid kawasan aku macam mana cara diaorang nak mengajak anak-anak
muda datang ke masjid, diaorang buat aktiviti karnival, konsert, futsal etc
etc. Tak pernah aku nampak diaorang nak marah bila budak-budak buat bising,
main kejar-kejar dalam masjid & pakai T shirt rock. Pernah sekali aku tanye
kat AJK masjid kalau kat kampong budak-budak buat bising tok imam dah marah ni
kenapa sini tak marah pun, dia kata “ biarlah sekurang-kurang nya kita dapat
biasakan diaorang dengan suasana masjid & kita doakan saja semoga Allah
bukakan hati mereka agar sentiasa rindukan suasana masjid”… aduusss skima
sungguh kata-kata AJK masjid ni tapi memamg banyak betul cakap AJK tu.
Ehhhh Asar dah masuk aku gerak duluuu…………
RBK cakap : esok nak repeat ke masjid yang sama pakai T shirt Anthrax....

Sabar bro, betul ape bro ckp, kalau dlm pun suryh kita tegur scara berhikmah, sbb ia m'cerminkan kebikjasanaan kite
ReplyDeletetengah bersabar la niee bro...
ReplyDelete