Monday, 21 January 2013

Karma ??


Aku kerap sangat dengor orang sebut pasal “What goes around comes around” atau KARMA… HUKUM KARMA sikit-sikit karma sikit-sikit karma… Album Hukum Karma Wings aku tau laaa (Karmasutra pun aku tau hehehehe….)

Persoalan mula bermain-main dalam kepala hotak, apakah wujud hukum karma dalam Islam? Boleh ke kita percaya pada hukum karma nie? Atau bolehkah kita percaya adanya hukum karma nie? Aaaah leceh sungguh sebab bila dah timbul persoalan jiwa aku mula memberontak nak tahu jawapan… banyak buku, kitab nak kene selak nak buat perbandingan …tak campur lagi nak jumpa tanya orang-orang yang ader ilmu..

Nak pendekkan citer setelah pelbagai buku, kitab diselak campur bertanya orang-orang yang mempunyai ilmu, aku dapat simpulkan bahawa Hukum Karma mengikut pandangan Agama Budhha boleh didefinasikan sebagai,

"Bagi setiap peristiwa yang berlaku akan disusuli oleh peristiwa yang lain yang berlaku akibat peristiwa pertama, dan peristiwa kedua ini akan membawa nikmat atau sebaliknya bergantung kepada sebab musabab peristiwa pertama. Sekiranya peristiwa pertama berlaku bukan disebabkan nafsu kerakusan dan sifat-sifat yang buruk maka pembuatnya akan mendapat kenikmatan dan kebahagiaan. Manakala jika peristiwa pertama adalah disebabkan nafsu dan segala sifat buruk, maka pembuatnya akan menerima padah." 

Manakala dalam Agama Hindu pula menyebut bahawa,

"Mereka yang bersifat terpuji akan dimasukkan kedalam rahim baik kaum Brahmin, Kshatriya atau Vaisya, tetapi mereka yang bersifat tercela akan masuk kedalam rahim busuk seekor anjing, babi atau Pariah."





Haaaaaaaaa panjang lebor definasinya..... hadoooiiiiii


Prinsip ini digunakan untuk seseorang itu mencapai Nirwana (syurga) atau tahap Moksha (bersatu dengan tuhan, kebebasan dari ikatan duniawi). Dan prinsip ini selalunya digunapakai dalam Agama Buddha dan Hindu. Setakat itu jer laa aku boleh paham sebab nak bukak kitab diorang nie aku tak paham tulisan Sanskrit jadi aku cuma dapat ambik terjemahan yang terbaik yang aku boleh dapat. Jadi bila kita tengok secara umum konsep nie bunyinya seakan-akan selari dengan ajaran agama Islam. Tetapi kalau kita selak dengan lebih dalam lagi dengan lebih cermat lagi, kita dapati ianya sangat jauh berbeza dengan ajaran Agama Islam.  Dalam Islam konsep yang seakan-akan ini boleh kita tengok dalam terkemahan Surah Az-Zalzalah ayat (7-8) “Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula.”



Pendapat aku yang serba kekurangan ini, dalam Islam tiada konsep KARMA yang ada adalah SEBAB dan AKIBAT yang seakan-akan konsep KARMA tapi yang membezakannya dengan konsep KARMA dalam Islam juga kita meyakini konsep UJIAN. Didalam konsep UJIAN inilah,orang yang buat baik tidak semesti mendapat balasan baik di dunia tapi dia lulus konsep ini, bersabar dengan ujian yang menimpanya, menderita mana pun dia di dunia,dia pasti mendapat balasan baik di akhirat. Disebabkan konsep UJIAN  inilah membuatkan konsep KARMA tidak dapat diterima pakai dalam ISLAM. Dalam agama Budhha dan Hindu mereka menyakini akan konsep recyle atau rebirth atau incarnation manakala dalam agama Islam konsep recyle atau rebirth atau incarnation nie ditolak dengan sekeras-kerasnya sebab kita menyakini akan Live After Death ( teringat album Iron Maiden) yakni HARI AKHIRAT.


Nak sebut haaaa karma laa tu karma la tuu, aku rasa boleh laa kot tapi meyakini karma menurut pandangan dan fahaman agama Hindu dan Budhha aku tak rasa tapi aku kata TAK BOLEH. Sebaiknya kita mencontohi bagaimana Rasulullah SAW mengajar kita tentang SEBAB dan AKIBAT (seakan-akan KARMA) dan tentang UJIAN. Ada banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari hadis-hadis sahih Baginda untuk kita mencontohinya dan beramal dengannya…. Seperti yang disebutkan oleh ALLAH SWT kepada kita semua,

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”
(Surah Al-Ahzab: 21)




ASP : errrrkkk mana laa plak aku simpan Kitab Karmasutra aku nie…..


1 comment: