Sunday, 18 September 2011

Open House….

Tengahari tadi aku dijemput ke majlis rumah terbuka Masjid Bukit Indah Ampang sebagai ahli kariah masjid so aku pun hadirkan laaaa diri nanti apa plak ahli-ahli masjid cakap kaaan....

" Jemputan"

Apa yang menarik masjid ni banyak aktiviti yang diadakan selain ceramah agama, ada aktiviti untuk kanak-kanak, remaja & of course orang dewasa. Pernah sekali ader konsert muzik band Al-Farabi yang perform kalau tak silap aku, masjid dah macam jadi pusat aktiviti masyarakat setempat bukan sekadar untuk solat jer. Kat sini jugak laa aku berjinak-jinak dengan ilmu agama yang aku rase aku agak ketinggalan bukan sebab tak belajar masa kecik dulu tapi sebab kedegilan aku sendiri.. Ramai jugak ahli kariah yang aku berkesempatan bertukar-tukar pendapat tentang agama dan kehidupan seharian antaranya Dr Sam Rasputin yang selalu jemaah kat sini. Antara tokoh-tokoh agama & pemimpin yang aku sempat jumpa masa diorang bagi ceramah agama plak Dr Badrul Amin, Datuk Seri Mohammad Nizar (bekas MB Perak) & Ustaz Azhar Idrus (pecah perot gelak dengar ceramah dia ni ).

"Masjid ku"


"antara tetamu yang datang"



So masa Open House tadi terjumpa la muka-muka yang biasa datang masjid & muka-muka yang nak makan free hehehe tapi takpe la aku rasa usaha AJK masjid untuk tarik orang datang masjid tercapai. Nak suruh orang datang masjid ni bukan senang, so kalau dah dapat tarik orang datang ke perkarangan masjid pun dah kira OK lama-lama nanti jinak la hati diorang nak masuk & solat kat masjid kaaaaaan.....


RBK cakap : besar peranan masjid ni kalau betul-betul dapat diuruskan dengan cekap dan bijaksana.....









No comments:

Post a Comment