Friday, 16 September 2011

Happy Birthday Malaysia !!!

Hari ni 16 September Hari Malaysia, apa beza dengan 31 Ogos ??
Memang ada  beza pun 31 Ogos Tanah Melayu mendapat kemerdekaan, 16 September Malaysia ditubuhkan gabungan antara Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak. Tujuan penubuhan gagasan Malaysia ni kalau tak silap aku untuk menyekat pengaruh komunis, mengimbangi jumlah penduduk dan juga untuk mempercepatkan kemerdekaaan untuk Singapura,Brunei, Sabah dan Sarawak.

  
                                                                    "Jalur Gemilang"


Hasil dari penubuhan Malaysia (Burnei tarik diri saat akhir kenapa aku pun tak tau) lepas penubuhan Suruhanjaya Cobblod, kalau tak silap aku mencetuskan Konfantrasi dengan Indonesia, dah la masa tu tak habis lagi dengan ancaman komunis Indon plak cari gaduh Pak Karno la ni…. So untuk menghadapi ancaman dari Indon nie British bawak masuk pasukan keselamatan dari Negara-negara Komanwel tolong Malaysia yang baru jadi ni sebab tentera & polis kita dok sibuk lawan komunisAlhamdulillah ancaman dari Indon dapat dipatahkan bila Pak Suharto ambil alih Indon dan ancaman Komunis pun dapat diatasi oleh tentera dan polis kita. Memang kita xdapat nak balas jasa anggota keselamatan kita ni harap kerajaan dapat naik kan pencen pada diorang ni ( Pak Jib pernah terpikir tak??). Jadi baru-baru ni bila kecoh pasal Bukit Kepong aku pun pelik, kenapa sampai tahap tu nak pertikaikan pengorbanan anggota keselamatan. Naper nak ungkit pasal tu semua diorang pun dah xde biarlah roh diorang tu aman sikit kat sana patut kita doakan diorang tu tak payah nak perikaikan diaprang dah mengadap Tuhan biarlah Tuhan tentukan yang betul atau salah saper kita nak judge diorang ni kita Tuhan kah?? Kadang-kadang aku pelik gak dgn gelagat ahli politik ni baik dari BN or PR, dok keluar statement entah apa-apa  macam rakyat bodoh sangat… (dulu boleh la sekarang tak payah la kot)


Politik kat Malaysia ni lain macam sikit suka sangat serang peribadi baik dari belah BN baik dari belah PR habis ditelanjangkan nya, baik yang mengaku pemimpin bersih baik yang mengaku ulama 2X5, dok marahkan Yahudi tapi peragai lebih kurang, bukannya dok nak duduk semeja pikir macam mana nak bangunkan ekonomi, nak bagi rakyat hidup selesa. Aku frust gak dgn 2 parti politik utama Melayu ni UMNO & PAS, satu dok mengaku bela kaum Melayu satu lagi dok mengaku bela Islam. Dua-dua dok bergaduh jer dari dulu tak nak langsung nak berdamai masing-masing keras kepala mengaku masing-masing betul. Aku tak salahkan Melayu or Islam tapi aku salahkan pemimpin 2 parti ni.

Bukannya diorang ni tak tahu dalam perlembagaan Malaysia setiap orang yang berbangsa Melayu di Malaysia ni adalah Islam, tapi xnak juga cari jalan perdamaian.
UMNO dok kata kita mesti bela Melayu, PAS plak kata bangsa tak penting Islam yang harus dibela. UMNO nak kekalkan undang-undang sekular sebab kata negara majmuk, PAS plak nak undang-undang Islam sebab Islam tak memandang bangsa…….. Adoooiiii betul la tu dua-dua pun penting jadi tak kan tak boleh cari jalan tengah jalan penyelesaian., yang merana ni rakyat terutama bangsa Melayu beragama Islam.

Kalau la jadi apa-apa kat Malaysia ni ingat rakyat macam RBK ni nak gi mana?? Lari oversea kah??

RBK cakap :
kalau RBK la PM  :
                    
1) bubarkan hak keistimewaan Melayu RBK gantikan dengan hak  keistimewaan Islam. Bior ramai bangsa lain berebut  anuti Islam sebab nak hak istimewa tu saper taknak kuota beli umah, masuk U, beli tanah etc etc. Pastu nak implement undang-undang Islam mudah sikit sebab majoriti dah Islam. Jadi takyah kecoh-kecoh nak bela bangsa tu bangsa ni bela je Islam semua bangsa terbela kaaannn….

2) bubarkan Kementerian Pertahanan, tentera terus direct dibawah pemerintahan Yang Dipertuan Agong. Baru bangsa lain or puak-puak ekstrimis pikir dua kali nak buat kacau dalam Negara. Yang paling penting institusi diraja kembali disegani dan kedaulatan bangsa terjamin.

No comments:

Post a Comment