Pagi tadi lepas menyupirkan SiDia macam biasa aku melepak bekpes kat
kedai mamak fav aku, sambil belik-belik paper aku terbaca pasal negeri Kelantan
nak laksanakan Hudud. Ramai gak otai-otai politik dari latarbelakang politik
yang berbeza kat kedai mamak bertukar-tukar pandangan secara sihat, aku
dengor jer la. Ader yang kata gimik dekat-dekat nak PRU ni, ada yang kate betul
macam-macam la keluor…
Tapi pandangan peribadi, aku yakin kerajaan Kelantan tak main-main dalam
isu Hudud ni sebab dari awal penubuhan PAS memang ini hasrat utama diaorang cuma akhir-akhir ni
agak tenggelam semenjak join PKR & DAP diorang ni agak lembut sikit. Aku
bukan pakar undang-undang apatah lagi undang-undang Islam yang basic boleh laaa
tapi pernah gak laaa baca buku pasal Hudud ni. Hudud ni memang terbaik sebab
dia mencegah bukan menghukum sebenarnya tapi nak laksanakan memang payah.
Prinsip utama hudud ni adalah Keadilan & Kemasyarakatan, keadilan perlu
diwujudkan dulu sebelum nak dilaksanakan hudud ni, maksudnya keadilan tanpa
batasan kaum, agama dan pangkat. Bukan aku nak kata tak boleh langsung nak
dilaksanakan tak kaaan la ALLAH tak tahu pasal ni kan giler aperrr. Takder
seorang pun orang Islam yang aku rasa akan menentang hudud nie melainkan orang
Islam yang pura-pura Islam jer koot.
Maksud aku syarat keadilan perlu diwujudkan terlebih dahulu tu bukan
maksud aku menolak hudud ni tapi nak pastikan tujuan hudud sebenar tercapai
iaitu mencegah dan memelihara masyarakat baik dari segi harta atau jiwa. Kalau
tujuan sebenar tak tercapai bukan ke akan menjerumus kearah ketidakadilan dan
penganiayaan. Kita tak nak hudud ni dipersendakan macam ader orang kata “haaaa
nanti kalau nak makan sup tangan mu gi laaa Kelate”. Banyak ayat Quran &
Hadith pasal hudud ni, aku tak nak cut and paste kat sini sebab aku bukan ahli
tafsir takut tersalah tafsir plak nanti.
![]() |
| "Kalimah Suci" |
Kalau kita baca Sirah Nabi tentang hudud ni kita akan tahu Baginda
sebelum melaksanakan hudud ni, Baginda mewujudkan terlebih dahulu suasana
keadilan secara total dalam masyarakat ketika itu. Pemimpin dan rakyat sama
taraf disisi undang-undang, tiada diskriminasi kaum dan agama, jaminan rakyat
terpelihara, suasana halal yang mudah contoh senang nak berkahwin takde banyak sangat syarat dan birokrasi jadi tiada alasan lagi
untuk berzina, amalan Islam praktikkan secara keseluruhan. Jadi bila wujud
suasana halal yang mudah takde alasan lagi masyarakat nak memilih yang haram
kaaaan, tapi kalau pilih jugak yang haram then layak laaa diaorang ni dihukum. Sebab
itu dalam Islam hudud ni bukan matlamat utama dalam negara Islam. Kalau
masyarakat belum praktikkan Islam, perlaksanaan
hudud tak akan mencapai matlamatnya yang sebenar. Akan lebih banyak
buruk dari baiknya. Sebab nanti tak kan ada orang yang nak memaafkan orang yang
bersalah dengannya, tak kan ada pesalah yang bila dimaafkan akan insaf, tak kan
ada penjahat yang mudah ditakut-takutkan dengan hukuman yang dijatuhkan pada
orang lain, tak kan ada saksi yang adil, hakim yang tegas etc etc.
Apa pun aku rasa kerajaan Kelantan dah mainkan peranan untuk mempromosikan
hudud ni tapi aku harap sangat sebelum dilaksanakan diaorang patutnya
menerangkan tentang hudud ni sejelas-jelasnya kepada masyarakat umum baik yang
bukan Islam dan Islam khususnya. Adakan dialog, seminar & roadshow ape-ape
laaa yang patut. Sebab dalam hudud ni terkandung juga Ta’zir yang boleh
berubah-ubah mengikut keadaan setempat dan penilaian pemerintah tak macam
hukuman hudud yang tak boleh diubah. Sebab banyak lagi orang yang tak paham dan
keliru termasuk la aku, kalau aku yang muslim ni dah tak bape paham &
keliru cuba bayangkan orang bukan muslim. Ijtihad para-para ulama &
kerjasama pemerintah kene ambik kira gak
sebab selagi tak dapat kerjasama dari Pusat jangan harap nak laksanakan hudud
ni, nak salahkan pemerintah pun tak boleh jugak sebab diaorang terikat dengan
undang-undang British. So kene la duduk semeja kalau betul-betul ikhlas nak
laksanakan hudud ni kat Kelantan, tak semua dari UMNO yang menentang hudud ni,
asyik nak bergaduh je keje … cer lepak sekali layan teh tarik bincang baik-baik.
Yang menentang hudud ni orang yang tak faham pasal hudud yang nampak dari segi negative
je, jadi kalau diaorang ni paham tujuan hudud ni aku rase diaorang tak
menentang malah mengalakkan hudud ni sebab hak-hak diorang dijamin terpelihara
Aaaah agak berat entry hari OK laaah masing-masing entitled for their
opinion kaaan, so sekian tazkirah sebelum Jumaat hehehe……
RBK cakap : “Lebih baik melepaskan sepuluh orang yang bersalah daripada
menghukum seorang yang tidak bersalah.”

No comments:
Post a Comment