Sunday, 25 September 2011

Wataniah.


"Lambang Wataniah"

Masa balik dari open house umah makcik malam semalam, aku singgah jap kat Petronas Ampang Jaya konon nak ambik angin tapi manusia punya la banyak layan game EPL. Aku pun layan gudang garam surya aku jap, masa dok menyedut aku ternampak sorang mamat pakai baju celoreng. Dan dan aku teringat bila la aku nak start training Wataniah rase lambat sangat.

Yaaaaa!!! Wataniah. Entah hantu ape yang masuk dalam badan aku ni aku pun tak tau, tetiber nak join Wataniah. Sebenornya aku teringin nak rase macam mana kehidupan tentera bukan pasal banyak artis cun join Wataniah semua tu kebetulan jek. Bukan takde peluang masa aku study kat ITM Shah Alam dulu tapi masa tu aku belajo atas tajaan Yayasan Perak so aku kene concentrate study dulu (sebenornye aku maleh nak bangun pagi-pagi buta berkawad). So bila dah ade banyak masa free sekarang ni aku decide nak join Wataniah ni. Aku tanye gak kat kawan-kawan aku bekas sojar pencen Wataniah ni & kawan-kawan aku yang lain, banyak yang cakap “tak payah ler cari pasal ko bukan fit pun” ade gak yang bagi sokongan moral terutama bekas sojar pencen wataniah. Aku lagi orang cakap aku tak boleh lagi ler aku nak “prove they all wrong & make them eat back their own word”.

Lepas bincang dengan SiDia (SiDia cakap : suke hatilah), aku pun terus pergi kem Wataniah 515 kat MINDEF, pas ambik form semua dia suruh aku buat medical check up kat Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Wangsa Maju. Jenuh aku pusing cari hospital ni, 1st time dengor nasib baik ader google maps. Masuk-masuk je hospital aku terus ambik no, nurse dia perghhhh tak payah nak citer laaaa cun giler dah la pakai uniform tentera buat jantung aku dup dap dup dap… Nurse tu kata hari ni tak sempat nak buat Xray kene datang esok, hari ni buat test darah & air kencing jek, dalam hati aku cakap kalau macam ni punya cun la hari-hari suh datang pun aku sanggup. Sambil tunggu no aku naik, aku usha awek-awek tentera yang beruniform keluar masuk, jantung aku start balik dup dap dup dap. Triiiingggg!! no aku naik, aku pun berjalan la masuk ke bilik ujian darah. Ya Allah!!! Berderau darah aku, jantung start lagi sekali dup dap dup dap tapi kali ni lagi laju sebab kat dalam bilik ni ader 6 orang nurse yang pakai uniform tentera semua dalam kategori cun giler. Aku dah cuak jangan la diapa-apakan aku, diaorang ni tentera aku ni apa la sangat kalau diaorang nak buat bende tak elok kat aku tak berdaya aku nak menolak kaaan. Selamat…. takde apa pun yang berlaku semua tu hanya khayalan aku jek. Sorang nurse yang cun (aku rase dia ni budak Sarawak) ambik darah aku pastu bagi aku botol dia kata kencing dalam botol ni, aku ni plak bila jumpa awek cun aku jadi lurus bendol konon nak cover macho. Aku cakap kat nurse tu “kencing kat sini ke?”, nurse tu jawap “ko ni pehal ko pergi kencing kat toilet luar tu”, tu diaaa sekali dia marah makin cun la pulak aku tengok…. Hari-hari kene marah pun takpe kalau macam ni.

"Kat sini banyak nurse cun-cun"


2nd day aku datang lagi kat Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, untuk buat Xray plak macam 1st day lagi sekali jantung aku dup dap dup dap sebab lagi sekali nurse yang cun attend aku. Nurse tu cakap “OK masuk bilik kat situ & bukak baju”. Aku pun masuk la dalam bilik, kat dalam bilik aku nampak ade baju kaler purple macam baju pesakit, penyakit was was aku datang nie angkara nurse cun tadi la ni. Aku confuse bukak baju ke salin baju….. Aku pilih jalan susah so aku salin baju, keluar jer dari bilik tu nurse cun tu cakap “ laaaa yang ko tukar baju ni kenapa?? Aku suruh bukak baju jer”… lagi sekali aku rasa bila nurse-nurse cun ni marah makin bertambah cun jadinya… lantaklah nak marah ke aper janji aku bahagia tengok muka diaorang yang cun melecun ni. 

"alamak kuning ler"


Pas abis buat Xray nurse tu suh datang next week ambik result. So next week nyer aku pun datang nak ambik result tapi nurse tu kate result aku dah hantar kat kem Wardieburn aku kene ambik kat sane ermmm xper laa janji aku dapat jumpa nurse-nurse yang cun ni. Aku terus merempit ke kem Wardieburn kat sana baru la aku nampak kehidupan tentera yang sebenarnya, aku selalu dengar orang cakap askar ni suke buang masa  melepak je keje makan gaji buta, tapi aku nampak diaorang nie non stop training, disiplin tip top & bertindak atas arahan tanpa ragu-ragu. Pas ambik result Sarjan Medic tu suh aku datang 3 hari lagi untuk buat fizikal check up, aku pernah dengar kawan aku bekas sojar pencen wataniah cakap masa fizikal check up ni diorang suh bogel & batuk, dalam hati aku cakap kalau ader nurse-nurse yang cun OK jer bukan setakat batuk bersin pun boleh..

Tapi lagi sekali itu semua hanya khayalan aku jer, sampai-sampai je pagi tu untuk fizikal check up aku dah kene jemur menunggu 2 jam no tak naik-naik. Triiinngggg!! At last no aku naik, aku pun masuk ke dalam bilik, kat dalam bilik ade sorang Dr pompuan dengan sorang lelaki aku syak mamat ni fizikal trainer. Dr suh aku bukak baju check dada, nafas semua peh tu dia cakap kat mamat tu “bawak dia ni kat luar buat fizikal test”… Mamat ni bawak aku ke padang yang sebesar court futsal standard FIFA, dia cakap “ OK ko bagi aku 50” aku jawap “ Encik saya ade 30 hengget jer ni”, dia jawap balik” Isshhh ko ni, ko lari 50 pusingan kat padang ni!!!” Maaak aihhhhh dah ler jenuh menunggu dekat 2 jam belom bekpes lagi peh tu kene lari plak, nasib baik ler tiap pagi selasa ngan khamis aku memang jog 3km kat area umah aku so aahhhh ni sonang jek no haaal nie… Lari punye lari tercungap gak la aku, masuk pusingan ke 40 mamat tadi suh aku stop….nasib baik aku dah nak terkulai dah sebenornyer. “ OK sekarang ko pumping 50 kali” adoooiii giler ke aper???? Dalam terpakse aku pun pumping masuk pumpingan ke 30 aku dah tak boleh dah giler lesu… Aku cakap “ encik saya dah tak larat” dia jawap “ aikkk baru sikit dah tak larat macam mana nak masuk tentera ni?? Daah ko bagi aku 50 lompat bintang plak!!”…. dalam hati aku cakap ape masalah mamat ni dengan 50 nie asyik mintak 50 jer. Lagi sekali dalam keadaan terpakse aku buat gak tapi kali ni aku tak boleh blah, masuk lompatan ke 10 aku memang tak larat langsung, aku cakap kat mamat tu aku dah tak boleh lagi daaah rase nak mampos pun ader dah niee. Mamat tu tarik aku bawah pokok dia man to man talk dengan aku, “ ko ni betul-betul ke nak join army? Nie baru sikit je aku bagi ko dah tak larat, banyak lagi ni nak kene buat” aku jawap “ betul la encik tak kan nak main-main plak, kalau umur saya muda boleh la saya buat semua exercise tu tadi” Dia tanye” umor ko nie bape?”     “37 lagi 3 tahun nak masuk 40” jawap aku. Dia buat muka terkejut  “ Ye ke 37? “ Ye laa encik kan kat form tu ader tulis” aku balas. “Kalau macam ni aku bagi lulus laaa ni budak umur 20 pun belum tentu lepas ni ko 37 dah boleh buat lebih dari separuh, asal ko nampak muda eh ko pakai petua ape??” Aku tak jawap aku cuma sengih jer sebab sebenornyer aku dah penat giler tak boleh nak jawap.

"Akhirnyaaaa!!!"


Akhirnya aku lulus, aku berjaya buktikan yang dalam umur 37 nie aku boleh bagi sisa-sisa tenaga aku kat tanah tumpah darah aku ni. Keesokan hari aku pergi balik kat kem Wataniah 515 sebab nak bagi result medical & fizkal check up, lepas isi segala form sebagainya sembang-sembang bodoh ala-ala lucah dengan jurulatih & pegawai waren. Diaorang cakap aku akan dipanggil melaporkan diri lepas Chinese New Year 2012 sebab tahun ni kemasukan dah penuh….. Canteeek ader masa lagi untuk aku mengeFITkan diri aku  sebab aku dah serik kene masa fizikal check up hari tu.


RBK cakap : tak sabar nak pakai baju celoreng, pasti nampak tampan, segak lagi bergaya!!!

No comments:

Post a Comment