Pagi tadi aku BBM ex jiran lama aku kat kota kecil metropolitan Telok
Ensen dulu Tuti ajak lunch sekali. Tuti ON jek dia suggest ajak blogger
tersohor abang encem sekali, aku
setuju sebab ade hal pun nak tanye kat abangencem ni since dia sorang banker. Aku pun BBM abang encem nak set kan lunch kat mana & jam berapa, abang encem suggest lunch dekat NZ Curry
House KLCC sebelah Bangunan Public Bank… aku pelik naper la abang encem ni suke sangat la kat NZ ni
mungkin sebab ramai awek-awek cun ala-ala K-Pop yang lunch kat sini. Aku OK jek
since boleh cuci mata sekali kaaannnn………
Lepas sembang ala kadar pasal kete KIA & diaorang mentedarah makanan
masing-masing, aku pun mulakan persoalan utama aku kat abang encem since dia
seorang banker yang dah biasa sangat berhadapan dengan orang yang buat business proposal. Since aku nak bawak proposal aku ni pada a
group of financier aku rase better aku dapat pandangan & nasihat dari
kacamata seorang banker. “Lu tengok proposal
wa ni beb”…. Abang encem pun belek proposal aku sambil misai dia
bergerak-gerak, aku ngan Tuti layan
borak. Dengan muka separa serius abang encem menyuarakan pendapat dia
dari pandangan seorang banker. “Bro … wa rasa banyak lagi lu kene taruk dalam proposal
lu ni sebab kalau lu bawak ke bank tak lepas ni”. Aku tanye balik “ menatang
aper yang aku missed out?? “Lu kene
taruk Cashflow. P&L, ROI ratio
lagi canteek kalau lu letak SWOT &
PEST”. Perghhh menatang aper plak SWOT
dengan PEST ni, citer SWAT dengan PEST control tau ler aku. Tuti
kasi aku nasik tambah kuah asing… “cer
ko Google nanti….”
![]() |
| "abang encem & Tuti" |
So just for the sake of argument aku explain why proposal aku macam tu, abang encem & Tuti macam paham je explaination
aku but still aku rasa diaorang punya
pandangan tu betul. Since masa pun
agak suntuk untuk aku ubah proposal
aku, nampak gayanya aku terpaksa gunakan skill art of convincing people aku yang selama ini menjadi strength kejayaan aku dalam kerjaya sales & masa aku buat business presentation aku depan ex boss aku & depan end user aku dulu. Jarang skill art
of convincing people aku ni menghampakan aku in my past experience. Apa pun aku banyak belajar dari diaorang ni
yang dah berjaya dalam karier masing-masing, abang encem seorang Banker,
Blogger tersohor merangkap jutawan
dalam bidang hartanah & Tuti
seorang HSE Engineer di sebuah
syarikat Oil & Gas terkemuka
antarabangsa, so apa yang aku dapat dari diaorang hari ni adalah experience diaorang yang very valuable yang aku tak akan dapat
dari mana-mana pusat pengajian tinggi awam atau swasta.
RBK cakap : TQ guys… you make my
day laaahhhhhh……………

No comments:
Post a Comment