Friday 8 November 2013

HOLIER THAN THOU ….



Manusia memang tak pernah lari dari melakukan kesalahan & kesilapan termasuk laa diri aku sendiri. Tapi lately nie aku tengok laa ramai yang lebih HOLIER THAN THOU dalam usaha dan niat baik diorang nie nak memperbetulkan kesilapan orang lain. Nak salahkan diorang seratus peratus pun susah gak mungkin niat diorang nie baik cuma maybe laa maybe ilmu tu kurengs sikit.  Aku terpanggil nak mention pasal tegur menegur nie sebab aku berhadapan dengan situasi yang sama dengan dua RASA yang berbeda.

Situasinya aku melakukan kesilapan  & kesalahan, ditegur oleh dua orang dengan cara yang berbeda.

Pertama :  seorang sahabat  menegur aku dengan cara berbicara secara berdepan walaupun dia berkemampuan untuk menegur aku dikhalayak ramai malah beliau mampu untuk menegur aku dan disaksikan oleh satu dunia..

Kedua : seorang sahabat menegur aku dengan cara disaksikan oleh satu dunia sedangkan dia berkemampuan untuk menegur aku secara berdepan tak kisah la guna medium aper pun…

Hasilnya dari teguran pertama : aku rasa terpanggil untuk memperbaiki kesilapan dan kesalahan aku dan berazam tidak mengulanginya..

Hasil dari teguran kedua : aku rasa nak pijak jer perut dia sampai lumat…

Persoalan yang timbul disini  ialah adakah seseorang itu boleh menegur sesuatu kesalahan dengan begitu sahaja tanpa memperdulikan adab-adab persaudaraan sesama muslim sewaktu menegur?

Bagi aku laaa teguran nie ada kaitannya dengan penerimaan hati dan jiwa. Manusia nie selalu berhubungan dengan perasaan jadi  perlu ada tulus dan ikhlas. Lainnya, perlu banyak sabar dan bersangka baik terhadap orang yang ditegur. Jelas dahulu dengan kekusutannya, baru disusun kata dalam nasihat yang lemah lembut….


Sebagai orang Muslim, kita semua nie DAIE yakni Penyeru dan sebagai daie, kita bertanggungjawab menyeru manusia ke jalan yang diredhai dan untuk menyeru manusia ke jalan yang diredhai, kita kena laaa tau  cara yang betul, tak kira laaa nak sampaikan dakwah keeer  atau nak membetulkan kesilapan orang lain. Dalam usaha dan niat baik kita nak menyeru atau membetulkan kesilapan orang nie Rasulullah SAW dah bagi tips.

Antara cara yang pernah dipraktikkan oleh Rasulullah SAW adalah:

1. Membetulkan anggapan yang menjadi penyebab berlakunya kesilapan
2. Membetulkan kesilapan dengan nasihat dan mengkhabarkan ancaman bahaya kesilapan
3. Belas kasihan terhadap pelaku kesilapan
4. Tidak cepat menyalahkan seseorang
5. Menerangkan fitnah daripada kesilapan yang dilakukan
6. Memberi panduan supaya tidak meneruskan kesilapan
7. Membuat teguran secara umum dan bukan dikhalayak ramai
8. Mengembalikan hak kepada tuannya dan menjaga maruah pelaku kesilapan
9. Meminta pelaku kesilapan memohon maaf kepada pihak yang dizalimi, jika ianya tidak mendatangkan kemudharatan kepada pelaku kesilapan
10. Menzahirkan kemarahan terhadap kesilapan yang dilakukan bukan kepada pelaku kesalahan
11. Meninggalkan pelaku kesilapan serta perdebatannya agar kesilapan disedari
12. Melemahkan pengaruh mereka yang sombong
13. Berbincang dengan pihak yang bermasalah
14. Menghormati tabiat semulajadi manusia
15. Menghindari fitnah syaitan


Rasulullah SAW dah bagi contoh adab menegur namun kita sering lupa nak amalkan sebab terlalu HOLIER THAN THOU...  Yelah menegur tu perkara baik jadi kenapa perlu disakiti hati orang lain? Cuba pikir kejap adakah dia/mereka akan berubah jika begitu?



SP : : BUDAYAKAN LAH AMALAN MENEGUR SECARA LEMAH-LEMBUT DAN BIJAKSANA….