Wednesday 21 September 2011

FAM Do Something laaahhh !!!!!


Petang tadi kul 7 waktu tempatan  aku tengok Harimau Muda lawan Young Samurai di Tosu Stadium, Fukuoka via Astro kat kedai mamak adoooiii sedih sebak pilu. Bila cakap pasal bolasepak tempatan ni kadang-kadang letih gak, bila dah elok-elok bagi sokongan dan dan jek main cam budak sekolah. Bukan aku nak kondem bolasepak tempatan or nak kata there’s no good player in Malaysia tapi itulah hakikat sebenarnya, cuba gak nak tipu diri sendiri tapi tak boleh beb!!. Aku rindukan game bola zaman Azizol Abu Haniffa, Karim Pin, Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh just to name a few, masa era semi pro dulu. Boleh dikatakan tiap minggu aku ngan sahabat aku adik gi stadium Perak layan game kat sana. Time tu Malaysia kalau setakat Korea dgn Jepun mmg xde hal langsung nak pulun tapi sekarang ni adeeeh jenuuh aku rase bukan Singapore jer kita payah nak balun silap-silap lawan skuad Papua New Guinea pun terkial-kial kot.

"Complete Player"
Nak salahkan player susah gak sebab ramai player yang bagus kan sini, aku biasa tengok game amatur petang-pteang kat Padang HKL mmg best!! Ader player yang lagi bagus dari yang main dalam Super League tapi diorang ni tak dapat peluang nak main atas sebab birokrasi FAM. Even kalau tgk player youth kita pun ramai yang talented tapi langsung tak dipupuk untuk berjaya sebab takde saper yang berkaliber nak bimbing diaorang ni. Aku rasa FAM nie kene buat something yang radikal untuk baiki mutu bolasepak negara. Tak salah mintak pandangan orang lain jangan laaa nak berlagak sombong dah laa bodoh pastu berlagak plak kaaaan… Lagi baik kalau rombak terus pengurusan FAM top to bottom.



"Harimau Muda"





Aku pernah buat satu kertas kerja tentang macam mana nak mempertingkatkan mutu bolasepak negara tapi aku tak submit pun kat FAM sebab aku tau kertaskerja aku akan ditongsampahkan tanpa was-was sebab saper la aku kan, kalau dalam bahasa kasar “who the fuck are u?”. Dalam kertas kerja tu aku kenal pasti kelemahan utama adalah sistem liga kita adalah sebab liga kita berteraskan negeri jadi pool player kita tak banyak. So aku suggest kita rombak sistem liga untuk banyakkan lagi pool of player, kita ambik contoh mcm mana Korea dan Jepun meningkat dengan mendadak bila diaorang rombak sistem liga mereka. Aku suggest liga kat sini dijalankan dalam sistem kelab tapi mengikut kawasan Parlimen, aku ambik contoh satu negeri Perak.




"Harimau Malaya"
                                                 


PERAK ada 24 kawasan parlimen jadi boleh ader 24 kelab dari Perak, itu aku tak campur negeri lain lagi so total kawasan parlimen ade 222 so bayangkan berapa divisyen yang kita boleh buat untuk cari player yang bermutu berkualiti . Mungkin ada yang cakap banyak sangat tu 222 kelab ya betul !! tapi ada kawasan parlimen yang kecik macam Perlis, Melaka, N.Sembilan, WP Labuan, WP Putrajaya & WP KL so kawasan parlimen yang kecik ni boleh bergabung. Tentang pembangunan remaja plak aku ambik contoh Perak lagi so bawah kawasan parlimen ade DUN plak total DUN kat Perak ader 59, jadi boleh wujudkan liga amatur/reserved/U18/U15 untuk kawasan DUN nieh dan yang bertanggungjawap untuk tugas ni adalah Persatuan Bolasepak Negeri atau kelab masing-masing. Jumlah keseluruhan DUN ni plak ader 576, cuba bayangkan . Tentang sokongan confirm orang kelahiran Telok Anson akan sokong Telok Anson kaaan tak kan nak sokong Labuan giler aper… Baru la sukan bolasepak ni boleh jadi satu industri yang berdaya saing tinggi.

But orang akan still bertanya uiiikssss mana nak dapat duit jana Liga besar macam ni?? Itulah fungsi yang sepatutnya dijalankan oleh FAM mencari sponsor kalau Astro boleh sponsor dekat 11 juta kenapa Petronas tak boleh nak sponsor 20 juta bila nampak potensi Liga akan menarik perhatian penaja-penaja lain. Airasia boleh taja QPR OK good tapi lebih elok if diaorang taja liga tempatan, Kerajaan negeri pun boleh bagi pinjamaan atau geran untuk pembangunan bolasepak negeri dan juga individu-individu yang nak ada kelab bolasepak sendiri…. So every kelab akan diuruskan dengan cara pengurusan syarikat, mana-mana kelab yang bangkrap so pull out terus dari liga. Jadi focus boleh bagi kat kelab-kelab yang baik dalam sistem pengurusan. Kan ramai orang-orang bijak pandai dalam FAM tu tak kan tak boleh nak piker & think outside the box….

Liga Inggeris ambik masa lebih kurang 100 tahun untuk berjaya, liga Jepun dan Korea ambik masa 10 tahun je dengan copycat liga Inggeris, German, Sepanyol & Perancis. Diaorang ni copycat keseluruhan, baik dari pengurusan, pembangunan, pelaburan, pemasaran etc etc…

FAM nak tunggu lagi 100 tahun lagi kah???


RBK cakap : Selamatkan lah skuad Harimau Malaya……

2 comments:

  1. Aku setuju sangat la dengan pendapat bro nie...semoga team perak dapat masuk final piala malaysia

    ReplyDelete
  2. sekadar pendapat bro dah letih tengok mutu bolasepak kita ni... dari aku kecik samapi dah nak tua ni sama jeekkk
    Kene ade perubahan drastik.. FAM kene berani berubah!!!

    ReplyDelete