Thursday 29 September 2011

Sunggoh Tak Aku Duga…………….


Semalam adalah hari yang paling sibuk, dari pagi sampai ke awal pagi berikut nya non stop aku berdiskusi dengan sahabat-sahabat aku. Dapat balik umah just untuk mandi & tukar baju. Memang macam tu la hidup seorang freelance macam aku nieh, kesana kemari mencari sesuap nasi hasil belum tentu lagi tapi kalau tak usaha try dulu dah confirm memang takde hasil. Kebetulan malam sebelum tu aku mengadu kat roommate lama aku Jipk kat Tepeng dalam group eX MRSM cibaian’s BBM  pasal minyak itam motor aku dah kering, since roommate aku ni keje kat pelantar minyak di perairan antarabangsa so aku suh la dia seludup sebotol minyak hitam hehehe… So menyampuk la sorang sahabat lama Joe Strogel yang bekerja di sebuah syarikat minyak terbesar negara. “ esok mengeteh ngan aku, ambik sample minyak 4T motor try test tengok perbezaannya”

"makin power motor aku"
So kitaorang meet up kat Pelita KLCC, sembang punya sembang aku terbuka citer pasal aku buat freelance marketing kat bengkel kete German Garage (http://www.germangarage.com.my) classmate aku kat Tepeng Sham Pailang. Sebab ape aku buat freelance kat bengkel ni bukan sebab dia classmate aku tapi aku suke service bengkel ni really professional, telus, jujur & berintegreti, jarang aku jumpa bengkel bumiputera macam ni, korang patut cuba if tinggal area Batu Caves.  Rupernya dunia nie kecik Boss Joe Strogel kenal Sham Pailang ni walaupun satu maktab Joe Strogel tak berapa kenal dengan Sham Pailang masa belajo dulu. Nak dijadikan citer Sham Pailang memang nak jumpe Boss Joe Strogel sebab dia nak ambik letter offer bukak bengkel kete baru kat Bangi, so aku roger Sham Pailang suh datang mengeteh dulu. Sambil tunggu Sham Pailang sampai, aku berdiskusi dengan Joe Strogel pasal lubricant since dia ni orang minyak dia bagi aku crash course pasal minyak nie. Kebetulan  classmate aku dari Tepeng gak Mafia suh aku tolong market kan minyak dia kat Melaka so amat bersesuaian lah timing nyer.

Then tanpa aku duga Joe Strogel cakap kat kat aku, “ Ko buat sales  ngan aku jer la… nanti email CV ko”…. Triiingggg….. otak aku terus blank,  peluang bekerja & berkongsi experience dengan teknokrat-teknokrat berpengalaman membuat aku teruja, aku teringat sorang lagi sahabat aku dari Maktab Tepeng gak Mie Ketil, sebab aku tengah buat business proposal dengan dia pasal software development. Amat kurang beradap sopan kalau aku tak berbincang dengan dia dulu, so aku cakap kat Joe Strogel “nanti aku pikirkan dulu bro”. Sham Pailang pun sampai pas minum ala kadar, dia heret aku sekali ke Menara Berkembar KLCC ambil letter offer dia. Joe Strogel daah naik opis lepas bagi aku sample minyak itam 4T. So pas dia ambik letter offer kitaorang pun melepak kat Setabak KLCC, aku pun tanye pendapat dia tentang business proposal & offer Joe Strogel tadi. Dia cakap, “ offer Joe Strogel tu ko ambik bro aku ader plan untuk ko lepas ni bila ko dapat keje tu yang ko tak kan lepaskan serius, pasal business proposal tu idea bagus tapi unproven susah nak yakinkan orang tapi jangan berhenti buat plak” ( teringat aku kat abang encem yang menyuarakan pendapat yang sama pasal proposal aku). To be honest plan dia nie memang sangat menarik yang membuat aku tertarik. Then tanpa aku duga langsung Sham Pailang bukak mulut “ Bro tolong aku buat marketing untuk company advertising aku bro, right dah dapat cuma takde orang nak follow up untuk marketing & sales”. Triiiingg lagi sekali otak aku blank kejap sebab dah bertimbun dah job freelance yang aku ambik bulan ni, aku tolong carikan client untuk uncle aku untuk auction kenderaan, vessel & such… tu belum campur market kan minyak hitam classmate aku lagi, Tapi itu laa kelemahan aku, aku tak berapa suka nak hampakan permintaan sahabat-sahabat aku mana yang termampu aku tolong walaupun diaorang tak janji apa-apa pulangan lagi, so aku cakap “jap bro let me make a few call 1st and see how..”

"Choc ice blended"

Aku call a few kawan aku yang memang antara network yang aku jaga & pelihara selama ini, aku citer basic pasal permintaan Sham Pailang and one of them kata “no hal bro lu punya pasal no hal I will work something for u and make it done successfully just for u bro….” Another kawan aku yang aktif dalam ANSARA cakap “ meet me at Bukit Antarabangsa tonite bro”…  So aku cakap kat Sham Pailang baik kita balik jap mandi kang malam kita jumpa balik kat Bukit Antarabangsa.

So pas menyupirkan SiDia gedebak gedebuk balik mandi , makan , solat semua aku terus ke Bukit Antarabangsa. Kat sana lepas mengutuk ala kadar budak-budak MCKK, STAR & Izzuddin (marah abang encem nie hehehe) yang diaorang tu semua gay, discussion, idea, how to implement, whose who yang nak kene approach, contact number mula bertukar tangan, Mie Ketil pun join sama coz we all are came from the same Maktab after all…. So dah jadi macam mini reunion plak. So as this entry is written, I’m fully occupied with appointment for the whole month!!!”


RBK cakap : teringat kata-kata sahabat RBK 
Raja Rosli, “cuba buat 10 malam terakhir Ramadhan jangan miss solat malam & doa, dan tengok kesannya”. 
Chip, "Berundur bukan mengalah tapi menyusun kekuatan....."
RBK dah mula rasa kesan 10 Ramadhan terakhir & mula menyusun kekuatan....



Tuesday 27 September 2011

NZ Curry House KLCC


Pagi tadi aku BBM ex jiran lama aku kat kota kecil metropolitan Telok Ensen dulu  Tuti ajak lunch sekali. Tuti ON jek dia suggest ajak blogger tersohor abang encem sekali, aku setuju sebab ade hal pun nak tanye kat abangencem ni since dia sorang banker. Aku pun BBM abang encem nak set kan lunch kat mana & jam berapa, abang encem suggest lunch dekat NZ Curry House KLCC sebelah Bangunan Public Bank… aku pelik naper la abang encem ni suke sangat la kat NZ ni mungkin sebab ramai awek-awek cun ala-ala K-Pop yang lunch kat sini. Aku OK jek since boleh cuci mata sekali kaaannnn………

Lepas sembang ala kadar pasal kete KIA & diaorang mentedarah makanan masing-masing, aku pun mulakan persoalan utama aku kat abang encem since dia seorang banker yang dah biasa sangat berhadapan dengan orang yang buat business proposal. Since aku nak bawak proposal aku ni pada a group of financier aku rase better aku dapat pandangan & nasihat dari kacamata seorang banker. “Lu tengok proposal wa ni beb”…. Abang encem pun belek proposal aku sambil misai dia bergerak-gerak, aku ngan Tuti layan borak.  Dengan muka separa serius abang encem menyuarakan pendapat dia dari pandangan seorang banker. “Bro … wa rasa banyak lagi lu kene taruk dalam proposal lu ni sebab kalau lu bawak ke bank tak lepas ni”. Aku tanye balik “ menatang aper yang aku missed out?? “Lu kene taruk Cashflow. P&L, ROI ratio lagi canteek kalau lu letak SWOT & PEST”. Perghhh menatang aper plak SWOT dengan PEST ni, citer SWAT dengan PEST control tau ler aku. Tuti kasi aku nasik tambah kuah asing… “cer ko Google nanti….”

"abang encem & Tuti"


So just for the sake of argument aku explain why proposal aku macam tu, abang encem & Tuti macam paham je explaination aku but still aku rasa diaorang punya pandangan tu betul. Since masa pun agak suntuk untuk aku ubah proposal aku, nampak gayanya aku terpaksa gunakan skill art of convincing people aku yang selama ini menjadi strength kejayaan aku dalam kerjaya sales & masa aku buat business presentation aku depan ex boss aku  & depan end user aku dulu. Jarang skill art of convincing people aku ni menghampakan aku in my past experience. Apa pun aku banyak belajar dari diaorang ni yang dah berjaya dalam karier masing-masing, abang encem seorang Banker, Blogger tersohor merangkap jutawan dalam bidang hartanah & Tuti seorang HSE Engineer di sebuah syarikat Oil & Gas terkemuka antarabangsa, so apa yang aku dapat dari diaorang hari ni adalah experience diaorang yang very valuable yang aku tak akan dapat dari mana-mana pusat pengajian tinggi awam atau swasta.


RBK cakap : TQ guys… you make my day laaahhhhhh……………

Monday 26 September 2011

KUDA KAKI DUA……


Memandangkan pagi ni aku takde nak buat ape sambil menunggu appointment aku pukul 2 petang. Aku pun singgah kedai motor kat pekan Ampang. Masuk jer kedai aku ternampak Yamaha 135 LC perghhhh memang menarik kau memang debob…aku pun gatal mulut tanye cino tu harga bape, kalau cino meniaga paham-paham la marketing dia macam mana kaaaan…. Dari aku nak tanye terus digoda suruh beli, tapi memang aku nak cari motor baru pun sebab motor KRISS 110SE aku macam dah hilang daya kuasa kuda kalau orang ler motor aku ni kira macam dah xde nafsu sex lagi, hidup sekadar nak beramal jek dalam kes aku ni kira motor aku ni leh jalan just sebab aku pakse dia jalan.

"Jentera yang bakal merajai lorong-lorong sesak di Kolumpo"

Aku kenal dunia permotoran sejak aku darjah enam kot tahun 1986 kat kota kecil metropolitan Telok Ensen, masa tu aku curik-curik bawak motor Honda Fame arwah pakcik aku. Tapi yang betul-betul aku belajo bawak motor bila kawan aku Mat Kundor bagi pinjam motor Honda kapcai C60 yang bila nak masuk gear kene tekan belakang dulu, giler classic motor ni. Lepas tu aku upgrade belajo bawak motor clutch plak, habis belajo kat Tepeng aku ambik lesen motor dengan kete sekali maka bermulalah penglibatan aku dalam dunia permotoran walaupun aku kene repeat ambik lesen motor 3 kali & lesen kete 2 kali namun aku puas!!! Bab-bab racing ni memang dari dulu  lagi aku dah tengok  walaupun aku bukan kaki racing, aku ingat lagi sahabat lama aku Man Gemok (skrg dah jadi Man Kurus) racing dengan arwah Putu , (Abang Encem kenal la ni)  melakukan aksi ala-ala superman tukar gear guna tangan depan sekolah aku. Setakat aksi wheely dengan weekang tu memang dah lama aku tengok so aku tak heran bila mat-mat rempit sekarang dok buat semua tu. Maklum laaa kota kecil metropolitan Telok Ensen ni pernah melahirkan jaguh sukan permotoran bertaraf dunia macam Shahrol Yuzy dan Jamal Abdillah haaa jangan ingat Jamal terror nyanyi dengan hisap dadah jer racing pun dia terror.

"ni la tunggangan aku buat masa ni"

Motor pertama yang aku miliki masa aku study kat Shah Alam adalah motor Yamaha Sport itupun sebab abang aku bagi sebab dia tukor motor Yamaha TZM. Banyak kenangan dengan motor aku ni selain dari transport utama untuk dating dengan SiDia, motor ni jugak jadi transport untuk aku gi study dan berhuhaa huhaa dengan kawan-kawan sepelesit aku. Bila aku start keje mula la aku dok gatai pungkok nak tukor motor lain sebab motor Yamaha Sport aku ni asyik meragam & kene tinggal dengan macha-macha yang bawak motor Honda EX5. Tanpa persetujuan abang aku (dia tak kisah pun sebab dia dah start giler kete), aku pun gi trade in motor Yamaha Sport aku & beli motor Honda EX5…. Ternyata pilihan aku amat tepat!!  Honda EX5 motor yang paling cool pernah aku ada jarang meragam asal tukar minyak hitam on time OK la motor tu. Motor paling aku sayang, manjakan & jaga, jarang tak berkilat motor ni, namun biasa laaa kaaan sifat manusia mana pernah puas dengan apa yang kita miliki. Hati aku mula tertarik dengan kete plak, semakin hari kasih sayang aku pada EX5 aku kian pudar… kebajikan dan kesihatan dia aku abaikan. Aku ambik keputusan menjual EX5 aku sebab nak tambah accessories kete aku, Arggghhhhh!!! Kejam sunggoh aku!!!! Tapi apa nak buat kaaaannn…..

"Dah dekat 4 tahun takde road tax huhuhu"
Memang lumrah kehidupan dunia ni ibarat pusingan roda, langit tak selalu cerah…. 
Kemelesetan ekonomi dunia melanda negara dan aku pun terheret sama, aku mula menyesali perbuatan aku menjual EX5 aku tapi apakan daya nasik dah jadi hasil buangan dah pun….. Namun Allah tu Maha Berkuasa, Dia tak pernah membebankan hamba Dia melebihi apa yang hamba Dia mampu tanggung. Aku dapat keje baru dan dengan pantas aku sambar Modenas KRISS 110SE. Maka melekat laaa aku dengan motor ni sampai laaa sekarang, nak kate motor ni power sangat taak la tapi jasa dia pada aku memang tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata…. Namun aku rasa motor aku ni dah sampai ke akhir karier dia walaupun  masih mampu lagi bagi sisa-sisa tenaga dia kat aku tapi aku rase tak adil untuk aku memerah tenaga dia lagi……


RBK cakap : Semoga motor RBK dapat tuan baru yang akan menjaga & memberi kasih sayang lebih dari RBK berikan…..

Sunday 25 September 2011

Wataniah.


"Lambang Wataniah"

Masa balik dari open house umah makcik malam semalam, aku singgah jap kat Petronas Ampang Jaya konon nak ambik angin tapi manusia punya la banyak layan game EPL. Aku pun layan gudang garam surya aku jap, masa dok menyedut aku ternampak sorang mamat pakai baju celoreng. Dan dan aku teringat bila la aku nak start training Wataniah rase lambat sangat.

Yaaaaa!!! Wataniah. Entah hantu ape yang masuk dalam badan aku ni aku pun tak tau, tetiber nak join Wataniah. Sebenornya aku teringin nak rase macam mana kehidupan tentera bukan pasal banyak artis cun join Wataniah semua tu kebetulan jek. Bukan takde peluang masa aku study kat ITM Shah Alam dulu tapi masa tu aku belajo atas tajaan Yayasan Perak so aku kene concentrate study dulu (sebenornye aku maleh nak bangun pagi-pagi buta berkawad). So bila dah ade banyak masa free sekarang ni aku decide nak join Wataniah ni. Aku tanye gak kat kawan-kawan aku bekas sojar pencen Wataniah ni & kawan-kawan aku yang lain, banyak yang cakap “tak payah ler cari pasal ko bukan fit pun” ade gak yang bagi sokongan moral terutama bekas sojar pencen wataniah. Aku lagi orang cakap aku tak boleh lagi ler aku nak “prove they all wrong & make them eat back their own word”.

Lepas bincang dengan SiDia (SiDia cakap : suke hatilah), aku pun terus pergi kem Wataniah 515 kat MINDEF, pas ambik form semua dia suruh aku buat medical check up kat Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Wangsa Maju. Jenuh aku pusing cari hospital ni, 1st time dengor nasib baik ader google maps. Masuk-masuk je hospital aku terus ambik no, nurse dia perghhhh tak payah nak citer laaaa cun giler dah la pakai uniform tentera buat jantung aku dup dap dup dap… Nurse tu kata hari ni tak sempat nak buat Xray kene datang esok, hari ni buat test darah & air kencing jek, dalam hati aku cakap kalau macam ni punya cun la hari-hari suh datang pun aku sanggup. Sambil tunggu no aku naik, aku usha awek-awek tentera yang beruniform keluar masuk, jantung aku start balik dup dap dup dap. Triiiingggg!! no aku naik, aku pun berjalan la masuk ke bilik ujian darah. Ya Allah!!! Berderau darah aku, jantung start lagi sekali dup dap dup dap tapi kali ni lagi laju sebab kat dalam bilik ni ader 6 orang nurse yang pakai uniform tentera semua dalam kategori cun giler. Aku dah cuak jangan la diapa-apakan aku, diaorang ni tentera aku ni apa la sangat kalau diaorang nak buat bende tak elok kat aku tak berdaya aku nak menolak kaaan. Selamat…. takde apa pun yang berlaku semua tu hanya khayalan aku jek. Sorang nurse yang cun (aku rase dia ni budak Sarawak) ambik darah aku pastu bagi aku botol dia kata kencing dalam botol ni, aku ni plak bila jumpa awek cun aku jadi lurus bendol konon nak cover macho. Aku cakap kat nurse tu “kencing kat sini ke?”, nurse tu jawap “ko ni pehal ko pergi kencing kat toilet luar tu”, tu diaaa sekali dia marah makin cun la pulak aku tengok…. Hari-hari kene marah pun takpe kalau macam ni.

"Kat sini banyak nurse cun-cun"


2nd day aku datang lagi kat Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, untuk buat Xray plak macam 1st day lagi sekali jantung aku dup dap dup dap sebab lagi sekali nurse yang cun attend aku. Nurse tu cakap “OK masuk bilik kat situ & bukak baju”. Aku pun masuk la dalam bilik, kat dalam bilik aku nampak ade baju kaler purple macam baju pesakit, penyakit was was aku datang nie angkara nurse cun tadi la ni. Aku confuse bukak baju ke salin baju….. Aku pilih jalan susah so aku salin baju, keluar jer dari bilik tu nurse cun tu cakap “ laaaa yang ko tukar baju ni kenapa?? Aku suruh bukak baju jer”… lagi sekali aku rasa bila nurse-nurse cun ni marah makin bertambah cun jadinya… lantaklah nak marah ke aper janji aku bahagia tengok muka diaorang yang cun melecun ni. 

"alamak kuning ler"


Pas abis buat Xray nurse tu suh datang next week ambik result. So next week nyer aku pun datang nak ambik result tapi nurse tu kate result aku dah hantar kat kem Wardieburn aku kene ambik kat sane ermmm xper laa janji aku dapat jumpa nurse-nurse yang cun ni. Aku terus merempit ke kem Wardieburn kat sana baru la aku nampak kehidupan tentera yang sebenarnya, aku selalu dengar orang cakap askar ni suke buang masa  melepak je keje makan gaji buta, tapi aku nampak diaorang nie non stop training, disiplin tip top & bertindak atas arahan tanpa ragu-ragu. Pas ambik result Sarjan Medic tu suh aku datang 3 hari lagi untuk buat fizikal check up, aku pernah dengar kawan aku bekas sojar pencen wataniah cakap masa fizikal check up ni diorang suh bogel & batuk, dalam hati aku cakap kalau ader nurse-nurse yang cun OK jer bukan setakat batuk bersin pun boleh..

Tapi lagi sekali itu semua hanya khayalan aku jer, sampai-sampai je pagi tu untuk fizikal check up aku dah kene jemur menunggu 2 jam no tak naik-naik. Triiinngggg!! At last no aku naik, aku pun masuk ke dalam bilik, kat dalam bilik ade sorang Dr pompuan dengan sorang lelaki aku syak mamat ni fizikal trainer. Dr suh aku bukak baju check dada, nafas semua peh tu dia cakap kat mamat tu “bawak dia ni kat luar buat fizikal test”… Mamat ni bawak aku ke padang yang sebesar court futsal standard FIFA, dia cakap “ OK ko bagi aku 50” aku jawap “ Encik saya ade 30 hengget jer ni”, dia jawap balik” Isshhh ko ni, ko lari 50 pusingan kat padang ni!!!” Maaak aihhhhh dah ler jenuh menunggu dekat 2 jam belom bekpes lagi peh tu kene lari plak, nasib baik ler tiap pagi selasa ngan khamis aku memang jog 3km kat area umah aku so aahhhh ni sonang jek no haaal nie… Lari punye lari tercungap gak la aku, masuk pusingan ke 40 mamat tadi suh aku stop….nasib baik aku dah nak terkulai dah sebenornyer. “ OK sekarang ko pumping 50 kali” adoooiii giler ke aper???? Dalam terpakse aku pun pumping masuk pumpingan ke 30 aku dah tak boleh dah giler lesu… Aku cakap “ encik saya dah tak larat” dia jawap “ aikkk baru sikit dah tak larat macam mana nak masuk tentera ni?? Daah ko bagi aku 50 lompat bintang plak!!”…. dalam hati aku cakap ape masalah mamat ni dengan 50 nie asyik mintak 50 jer. Lagi sekali dalam keadaan terpakse aku buat gak tapi kali ni aku tak boleh blah, masuk lompatan ke 10 aku memang tak larat langsung, aku cakap kat mamat tu aku dah tak boleh lagi daaah rase nak mampos pun ader dah niee. Mamat tu tarik aku bawah pokok dia man to man talk dengan aku, “ ko ni betul-betul ke nak join army? Nie baru sikit je aku bagi ko dah tak larat, banyak lagi ni nak kene buat” aku jawap “ betul la encik tak kan nak main-main plak, kalau umur saya muda boleh la saya buat semua exercise tu tadi” Dia tanye” umor ko nie bape?”     “37 lagi 3 tahun nak masuk 40” jawap aku. Dia buat muka terkejut  “ Ye ke 37? “ Ye laa encik kan kat form tu ader tulis” aku balas. “Kalau macam ni aku bagi lulus laaa ni budak umur 20 pun belum tentu lepas ni ko 37 dah boleh buat lebih dari separuh, asal ko nampak muda eh ko pakai petua ape??” Aku tak jawap aku cuma sengih jer sebab sebenornyer aku dah penat giler tak boleh nak jawap.

"Akhirnyaaaa!!!"


Akhirnya aku lulus, aku berjaya buktikan yang dalam umur 37 nie aku boleh bagi sisa-sisa tenaga aku kat tanah tumpah darah aku ni. Keesokan hari aku pergi balik kat kem Wataniah 515 sebab nak bagi result medical & fizkal check up, lepas isi segala form sebagainya sembang-sembang bodoh ala-ala lucah dengan jurulatih & pegawai waren. Diaorang cakap aku akan dipanggil melaporkan diri lepas Chinese New Year 2012 sebab tahun ni kemasukan dah penuh….. Canteeek ader masa lagi untuk aku mengeFITkan diri aku  sebab aku dah serik kene masa fizikal check up hari tu.


RBK cakap : tak sabar nak pakai baju celoreng, pasti nampak tampan, segak lagi bergaya!!!

Saturday 24 September 2011

Jamban


Balik dari MidValley pagi tadi aku terserempak dengan cousin aku dengan kawan-kawan dia kat Ampang Point, so we all pun bekpes la sekali. Time bekpes kitaorang sembang-sembang ler then terkeluar laa citer pasal berak sebab memang time tu aku terasa nak berak pun. Aku terperasan sorang kawan cousin aku ni muka berubah bila citer pasal berak ni, aku lagi orang buat muka lagi aku kasi nasik tambah kuah asing, at last pompuan tu tak tahan dia cakap        “hello excuse me I tengah makan ni u citer pasal berak plak”. Aikkkk aku citer ngan cousin aku pasal berak bukannya aku descripe pasal taik secara terperinci. Jijik sangat ke berak ni?? Aku pun tak paham macam ler pompuan tu tak pernah berak. Mungkin pompuan ni muda lagi kot dia hanya kenal jamban moden, duduk teran flush mudahhh…… tak pernah ada pengalaman gunakan jamban tradisional.

Macam aku ni dah try macam-macam jenis jamban dari jamban moden sampai la jamban tradisional. Banyak jenis jamban sebenarnya kat Malaysia rugi kalau tak pernah merasa jamban-jamban ni, diaorang tak ajar bende-bende ni kat sekolah malah kat U pun takde tapi ader gak jamban yang dah semakin pupus. Aku ingat lagi masa aku kecik kat umah arwah atuk sedara aku ada jamban angkut (ade orang panggil jamban tong), jamban ni sungguh simple & praktikal tapi kene bersusah payah dulu sebelum masuk jamban kene bawak sebaldi air untuk beristinja. Masuk jamban je kene tolak sekeping papan yang cover lubang ermm pas tu teran jer laaa, kalau jiwa kental masa nak tolak papan tu tengok le bawah. Bau tak yah nak citer laaa kan SUPERB!!!!! Jamban ni lebih kurang macam jamban lubang, jamban lubang dia takde tong tapi ader lubang dalam tanah, so boleh dengar hasil buangan jatuh ke dasar lubang… xde la boring sangat dalam jamban, yer laa dulu mana ader smartphone nak bersms or berbbm.

"Jamban Tradisional"

 Jamban paling cool yang aku pernah try jamban sungai perghhhhh dia punya irama bila hasil buangan jatuh cerrplushhhh!!! plop!! Kalau M.Nasir guna jamban nie mesti dia dapat banyak ilham buat lagu. Best giler tapi kene pastikan hasil buangan keras & padat kalau cair irama dia pasti  sumbang, tapi hati-hati dengan sang buaya yaaa. Peh tu sambil hisap rokok layan tengok ikan makan hasil buangan, nampak kaaaan bende yang kita rase jijik tapi rezeki untuk mahkluk lain peh tu kita tangkap makhluk tu kita goreng plak buat makan kaaan . Sebab aper aku kate cool sebab masa nak beristinja cedok jer air dari sungai tu cool as ice beb especially waktu pagi.

"Jamban paling cool"

 Lagi satu jamban yang paling adventurous aku pernah try jamban DIY (Do It Yourself). Ni masa aku camping kadet polis kat Cameron Highland, pagi-pagi perot dah memulas… berak dah jadi 1st priorty makan dah jatuh no 2, last-last aku ngan kawan aku jumpa satu parit macam terowong aper lagi takde pikir panjang lagi terus je cangkung. Pastu baru perasan yang kitaorang mengadap sama sendiri kimek tul!!! Tak payah nak cakap banyak macam tau-tau je masing-masing mengubah posisi dengan rela hati. 2nd day perot memulas lagi, kali ni kita orang target kebun sayur kobis sebab dah usha dari 1st day lagi. Kawan aku ni baik hati sikit kot dia siap korek lubang, aku tak boleh nak tahan tak sempat nak korek lubang, aku niat dalam hati nak suburkan sayur kobis tu dengan baja asli aku fresh  tanpa bahan kimia. Tu la 1st time aku beristinja dengan daun, dalam kes ni daun kobis. Banyak lagi sebenarnya jamban yang aku pernah try jamban temporary yang selalu ader kat construction site & carnival tu, tension guna jamban ni asal baru nak start meneran jamban kene gegar adeeeeh potong stim tul…


"boleh jadi jamban bila diperlukan"


Jamban paling aku tak boleh nak tahan jamban beg plastic, aku tak pernah try tapi kawan aku pernah. Jamban beg plastic ni sunggoh unik sebab boleh guna kat mana-mana tanpa mengira waktu asal rasa tak tahan nak berak boleh guna, dalam kes aku dalam kete masa sangkut dalam traffic jammed. Tak payah nak citer korang bayangkan sendiri sudaaahhhhhh…..






Itu yang aku heran bila orang jijik pasal berak ni, padehal berak ni satu nikmat kurniaan ALLAH patutnya kita bersyukur, menghargai dan menikmati waktu berak ni. Cuba bayangkan kalau kita tak boleh nak berak sebulan..

Amacam boleh ?? Masih tak mau bersyukur dan jijik lagi kah??


RBK cakap : patutnya jamban-jamban tradisional ni dijadikan khazanah negara supaya generasi akan datang dapat tahu kepayahan nenek moyang kita masa nak berak……

Friday 23 September 2011

HUDUD... again???


Pagi tadi lepas menyupirkan SiDia macam biasa aku melepak bekpes kat kedai mamak fav aku, sambil belik-belik paper aku terbaca pasal negeri Kelantan nak laksanakan Hudud. Ramai gak otai-otai politik dari latarbelakang politik yang berbeza kat kedai mamak  bertukar-tukar pandangan secara sihat, aku dengor jer la. Ader yang kata gimik dekat-dekat nak PRU ni, ada yang kate betul macam-macam la keluor…

Tapi pandangan peribadi, aku yakin kerajaan Kelantan tak main-main dalam isu Hudud ni sebab dari awal penubuhan PAS memang  ini hasrat utama diaorang cuma akhir-akhir ni agak tenggelam semenjak join PKR & DAP diorang ni agak lembut sikit. Aku bukan pakar undang-undang apatah lagi undang-undang Islam yang basic boleh laaa tapi pernah gak laaa baca buku pasal Hudud ni. Hudud ni memang terbaik sebab dia mencegah bukan menghukum sebenarnya tapi nak laksanakan memang payah. Prinsip utama hudud ni adalah Keadilan & Kemasyarakatan, keadilan perlu diwujudkan dulu sebelum nak dilaksanakan hudud ni, maksudnya keadilan tanpa batasan kaum, agama dan pangkat. Bukan aku nak kata tak boleh langsung nak dilaksanakan tak kaaan la ALLAH tak tahu pasal ni kan giler aperrr. Takder seorang pun orang Islam yang aku rasa akan menentang hudud nie melainkan orang Islam yang pura-pura Islam jer koot.

Maksud aku syarat keadilan perlu diwujudkan terlebih dahulu tu bukan maksud aku menolak hudud ni tapi nak pastikan tujuan hudud sebenar tercapai iaitu mencegah dan memelihara masyarakat baik dari segi harta atau jiwa. Kalau tujuan sebenar tak tercapai bukan ke akan menjerumus kearah ketidakadilan dan penganiayaan. Kita tak nak hudud ni dipersendakan macam ader orang kata “haaaa nanti kalau nak makan sup tangan mu gi laaa Kelate”. Banyak ayat Quran & Hadith pasal hudud ni, aku tak nak cut and paste kat sini sebab aku bukan ahli tafsir takut tersalah tafsir plak nanti.

"Kalimah Suci"


Kalau kita baca Sirah Nabi tentang hudud ni kita akan tahu Baginda sebelum melaksanakan hudud ni, Baginda mewujudkan terlebih dahulu suasana keadilan secara total dalam masyarakat ketika itu. Pemimpin dan rakyat sama taraf disisi undang-undang, tiada diskriminasi kaum dan agama, jaminan rakyat terpelihara, suasana halal yang mudah contoh senang nak berkahwin takde banyak sangat syarat dan birokrasi jadi tiada alasan lagi untuk berzina, amalan Islam praktikkan secara keseluruhan. Jadi bila wujud suasana halal yang mudah takde alasan lagi masyarakat nak memilih yang haram kaaaan, tapi kalau pilih jugak yang haram then layak laaa diaorang ni dihukum. Sebab itu dalam Islam hudud ni bukan matlamat utama dalam negara Islam. Kalau masyarakat belum praktikkan Islam, perlaksanaan  hudud tak akan mencapai matlamatnya yang sebenar. Akan lebih banyak buruk dari baiknya. Sebab nanti tak kan ada orang yang nak memaafkan orang yang bersalah dengannya, tak kan ada pesalah yang bila dimaafkan akan insaf, tak kan ada penjahat yang mudah ditakut-takutkan dengan hukuman yang dijatuhkan pada orang lain, tak kan ada saksi yang adil, hakim yang tegas etc etc.


Apa pun aku rasa kerajaan Kelantan dah mainkan peranan untuk mempromosikan hudud ni tapi aku harap sangat sebelum dilaksanakan diaorang patutnya menerangkan tentang hudud ni sejelas-jelasnya kepada masyarakat umum baik yang bukan Islam dan Islam khususnya. Adakan dialog, seminar & roadshow ape-ape laaa yang patut. Sebab dalam hudud ni terkandung juga Ta’zir yang boleh berubah-ubah mengikut keadaan setempat dan penilaian pemerintah tak macam hukuman hudud yang tak boleh diubah. Sebab banyak lagi orang yang tak paham dan keliru termasuk la aku, kalau aku yang muslim ni dah tak bape paham & keliru cuba bayangkan orang bukan muslim. Ijtihad para-para ulama & kerjasama pemerintah  kene ambik kira gak sebab selagi tak dapat kerjasama dari Pusat jangan harap nak laksanakan hudud ni, nak salahkan pemerintah pun tak boleh jugak sebab diaorang terikat dengan undang-undang British. So kene la duduk semeja kalau betul-betul ikhlas nak laksanakan hudud ni kat Kelantan, tak semua dari UMNO yang menentang hudud ni, asyik nak bergaduh je keje … cer lepak sekali layan teh tarik bincang baik-baik. Yang menentang hudud ni orang yang tak faham pasal hudud yang nampak dari segi negative je, jadi kalau diaorang ni paham tujuan hudud ni aku rase diaorang tak menentang malah mengalakkan hudud ni sebab hak-hak diorang dijamin terpelihara

Aaaah agak berat entry hari OK laaah masing-masing entitled for their opinion kaaan, so sekian tazkirah sebelum Jumaat hehehe……


RBK cakap : “Lebih baik melepaskan sepuluh orang yang bersalah daripada menghukum seorang yang tidak bersalah.”

Wednesday 21 September 2011

FAM Do Something laaahhh !!!!!


Petang tadi kul 7 waktu tempatan  aku tengok Harimau Muda lawan Young Samurai di Tosu Stadium, Fukuoka via Astro kat kedai mamak adoooiii sedih sebak pilu. Bila cakap pasal bolasepak tempatan ni kadang-kadang letih gak, bila dah elok-elok bagi sokongan dan dan jek main cam budak sekolah. Bukan aku nak kondem bolasepak tempatan or nak kata there’s no good player in Malaysia tapi itulah hakikat sebenarnya, cuba gak nak tipu diri sendiri tapi tak boleh beb!!. Aku rindukan game bola zaman Azizol Abu Haniffa, Karim Pin, Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh just to name a few, masa era semi pro dulu. Boleh dikatakan tiap minggu aku ngan sahabat aku adik gi stadium Perak layan game kat sana. Time tu Malaysia kalau setakat Korea dgn Jepun mmg xde hal langsung nak pulun tapi sekarang ni adeeeh jenuuh aku rase bukan Singapore jer kita payah nak balun silap-silap lawan skuad Papua New Guinea pun terkial-kial kot.

"Complete Player"
Nak salahkan player susah gak sebab ramai player yang bagus kan sini, aku biasa tengok game amatur petang-pteang kat Padang HKL mmg best!! Ader player yang lagi bagus dari yang main dalam Super League tapi diorang ni tak dapat peluang nak main atas sebab birokrasi FAM. Even kalau tgk player youth kita pun ramai yang talented tapi langsung tak dipupuk untuk berjaya sebab takde saper yang berkaliber nak bimbing diaorang ni. Aku rasa FAM nie kene buat something yang radikal untuk baiki mutu bolasepak negara. Tak salah mintak pandangan orang lain jangan laaa nak berlagak sombong dah laa bodoh pastu berlagak plak kaaaan… Lagi baik kalau rombak terus pengurusan FAM top to bottom.



"Harimau Muda"





Aku pernah buat satu kertas kerja tentang macam mana nak mempertingkatkan mutu bolasepak negara tapi aku tak submit pun kat FAM sebab aku tau kertaskerja aku akan ditongsampahkan tanpa was-was sebab saper la aku kan, kalau dalam bahasa kasar “who the fuck are u?”. Dalam kertas kerja tu aku kenal pasti kelemahan utama adalah sistem liga kita adalah sebab liga kita berteraskan negeri jadi pool player kita tak banyak. So aku suggest kita rombak sistem liga untuk banyakkan lagi pool of player, kita ambik contoh mcm mana Korea dan Jepun meningkat dengan mendadak bila diaorang rombak sistem liga mereka. Aku suggest liga kat sini dijalankan dalam sistem kelab tapi mengikut kawasan Parlimen, aku ambik contoh satu negeri Perak.




"Harimau Malaya"
                                                 


PERAK ada 24 kawasan parlimen jadi boleh ader 24 kelab dari Perak, itu aku tak campur negeri lain lagi so total kawasan parlimen ade 222 so bayangkan berapa divisyen yang kita boleh buat untuk cari player yang bermutu berkualiti . Mungkin ada yang cakap banyak sangat tu 222 kelab ya betul !! tapi ada kawasan parlimen yang kecik macam Perlis, Melaka, N.Sembilan, WP Labuan, WP Putrajaya & WP KL so kawasan parlimen yang kecik ni boleh bergabung. Tentang pembangunan remaja plak aku ambik contoh Perak lagi so bawah kawasan parlimen ade DUN plak total DUN kat Perak ader 59, jadi boleh wujudkan liga amatur/reserved/U18/U15 untuk kawasan DUN nieh dan yang bertanggungjawap untuk tugas ni adalah Persatuan Bolasepak Negeri atau kelab masing-masing. Jumlah keseluruhan DUN ni plak ader 576, cuba bayangkan . Tentang sokongan confirm orang kelahiran Telok Anson akan sokong Telok Anson kaaan tak kan nak sokong Labuan giler aper… Baru la sukan bolasepak ni boleh jadi satu industri yang berdaya saing tinggi.

But orang akan still bertanya uiiikssss mana nak dapat duit jana Liga besar macam ni?? Itulah fungsi yang sepatutnya dijalankan oleh FAM mencari sponsor kalau Astro boleh sponsor dekat 11 juta kenapa Petronas tak boleh nak sponsor 20 juta bila nampak potensi Liga akan menarik perhatian penaja-penaja lain. Airasia boleh taja QPR OK good tapi lebih elok if diaorang taja liga tempatan, Kerajaan negeri pun boleh bagi pinjamaan atau geran untuk pembangunan bolasepak negeri dan juga individu-individu yang nak ada kelab bolasepak sendiri…. So every kelab akan diuruskan dengan cara pengurusan syarikat, mana-mana kelab yang bangkrap so pull out terus dari liga. Jadi focus boleh bagi kat kelab-kelab yang baik dalam sistem pengurusan. Kan ramai orang-orang bijak pandai dalam FAM tu tak kan tak boleh nak piker & think outside the box….

Liga Inggeris ambik masa lebih kurang 100 tahun untuk berjaya, liga Jepun dan Korea ambik masa 10 tahun je dengan copycat liga Inggeris, German, Sepanyol & Perancis. Diaorang ni copycat keseluruhan, baik dari pengurusan, pembangunan, pelaburan, pemasaran etc etc…

FAM nak tunggu lagi 100 tahun lagi kah???


RBK cakap : Selamatkan lah skuad Harimau Malaya……

Tuesday 20 September 2011

MUZIK


Aku memang peminat muzik tidak syak lagi, mungkin masa aku baby mak aku dodoikan aku dengan irama lagu-lagu  nusantara. Aku ingat-ingat lupa bila aku betul-betul minat muzik niii tapi yang pasti tiap-tiap pagi masa aku kat tadika aku nyanyi lagu Negaraku sampai la baru-baru ni kat stadium masa Harimau Malaya lawan Singapore.

Genre muzik yang aku paling minat of course laaa rock baik dari ballad, slow, heavy, thrash, black termasuk la juga death. Tapi tak bermakna aku tak dengar genre muzik lain, aku layan gak Pop (especially K-Pop hehehe bukan ape awek-awek K-Pop ni comey-comey belaka), R&B, Blues, Jazz, Rap, Indon Pop, Dangdut, Hindustan, Arabic, Nasyid, Classical, Acoustic etc etc. Kalau aku nak listdown semua genre muzik ni memang banyak giler, Rock jer dah banyak cabang dia inikan pulak kalau nak huraikan pasal Blues, Jazz etc etc…

Instrument muzik yang aku boleh main satu pun tarak hahahaha masa sekolah dulu boleh la main flute sikit-sikit tapi dah lupa. Pernah belajar main gitar tapi jari jemari dah keras kematu setakat chord basic boleh la kot, so aku lebih suka pegang microphone dan melontarkan vocal aku jek.. Banyak gak bilik-bilik karaoke yang menjadi mangsa bila aku menyumbang vocal aku.

"antara bilik karaoke yang sering menjadi mangsa lontaran vokal  aku"


Tapi ade gak puak-puak ekstrimis yang kata muzik ni haram, pelik gak aku sebab zaman nabi pun ader orang main muzik (macam diorang ni pernah hidup zaman nabi kaaan). Aku bukan pandai sangat pasal hukum hakam ni tapi kalau ikut logic aku laaa (walaupun dalam Islam logic tak boleh nak pakai sangat) sesuatu yang tak melalaikan kita pada ALLAH kira boleh la layan kaaan. So suddenly aku came across satu topic pasal hukum muzik nie dekat FB Sham Kamikaze pandangan dari imam-imam tersohor dan ulama terkenal. Aku tampalkan kat bawah nanti so boleh la baca yaaa kalau ader masa nanti………..

RBK cakap : meminjam kata-kata sahabat RBK Ejam aka Lat  (ayahanda Jajahan Batu Caves)  “ Rock will never die but you will”


Dipetik dari FB Sham Kamikaze,

HUKUM MUZIK

a) Pandangan Imam al-Ghazali

- tidak terdapat keterangan yang jelas dari sunnah Rasulullah yang melarang   penggunaan alat-alat muzik
- sebahagian instrumen muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang
- seni muzik yang dilarang ialah seni muzik yang berada di dalam keadaan yang bersekongkol dengan kumpulan pemabuk, perzinaan dan perbuatan dosa yang lain
- mendengar lagu itu ada 5 hukum iaitu harus, sunat, wajib, makruh dan haram
Imam al-Ghazali mengklasifikasikan lagu-lagu kepada 7 jenis iaitu :
• Lagu-lagu yang membangkitkan kerinduan untuk menziarahi tempat-tempat suci seperti Mekah dan Madinah
• Lagu yang mengobarkan semangat untuk berjuang mempertahankan aqidah dan negara
• Lagu yang memperihalkan pertarungan dan sikap kelelakian yang pantang mengalah di saat-saat genting
• Lagu yang mengenang peristiwa lampau yang menimbulkan kesedihan yang positif. Mengingatkan diri terhadap hakikat hidup yang sebenar.
• Lagu yang menyifatkan keadaan ketika rela dan sukacita untuk menghargai suasana tersebut dan menikmati kenangannya selama yang mungkin
• Lagu bercorak ghazal yang sopan : memperihalkan kisah cinta dan membayangkan harapan untuk bertemu dan pertautan yang lebih erat di masa yang akan dating
• Lagu yang memperihalkan keagungan sifat-sifat Tuhan, memuji serta mentahmidkan kebesarannya


b) Pandangan Imam Shafi’i

- Menyatakan bahawa nyanyian itu adalah makruh dan melalaikan di dalam kitabnya, Adab al-Qada’
- Ia menyamai kebatilan dan sesiapa yang mendengarnya maka dia adalah seorang safih dan penyaksiannya ditolak
- Mendengar nyanyian dari wanita yang bukan mahram tidaklah harus dalam apa jua keadaan samada di tempat terdedah atau di tempat tertutup, samada wanita yang merdeka atau hamba
- Jika tuan kepada hamba abdi wanita mengumpulkan orang ramai agar mendengar nyanyian abdinya itu, maka dia juga seorang safih dan penyaksiannya ditolak
- Memakruhkan penggunaan seruling kerana menurutnya itu adalah perbuatan kaum Zindik untuk memesongkan orang dari mendengar al- Quran


c) Pandangan Imam Malik

- Melarang mendengar nyanyian
- Menyatakan bahawa barangsiapa ingin membeli seorang abdi wanita dan diketahuinya wanita tersebut seorang penyanyi, maka janganlah dibeli wanita tersebut


d) Pandangan Ibn Taimiyyah

- Membezakan antara mendengar nyanyian dan muzik yang bermanfaat pada agama dan antara apa yang diberi pengecualian untuk mengelakkan dosa, dan antara pendengaran muqarrabin dan pendengaran orang-orang biasa
- Diharuskan mereka mendengar apa yang disyariatkan kepada para hamba Allah iaitu mendengar ayat-ayat Allah : dapat membaiki hati dan menyucikan jiwa


e) Pandangan Dr.Yusuf al-Qaradawi

- Membuktikan mengenai hukum seni muzik yang pada asalnya bersifat harus tetapi boleh berubah kepada hukum-hukum lain berdasarkan beberapa syarat iaitu :
• Bukan semua lagu itu harus. Isi kandungannya hendaklah bertepatan dengan kesopanan Islam serta ajarannya. Nyanyiannyanyian yang menyanjung pemerintah yang zalim, taghut dan fasiq adalah bertentangan dengan ajaran Islam kerana Islam melaknat para pelaku kezaliman dan para pengampunya.
• Cara persembahannya juga mesti diambilkira. Kadangkala tajuk lagunya tidak menjadi masalah tetapi cara penyampaian penyanyinya itu yang boleh menyebabkan hukumnya haram, syubhah atau makruh. Ini termasuklah cara nyanyian yang memberangsangkan ghairah seks para pendengar melalui tematema cinta berahi.
• Hendaklah nyanyian itu tidak diiringi dengan perkara yang haram seperti meminum arak, mendedahkan aurat atau bercampur diantara lelaki dan perempuan tanpa batas dan had.
• Seperti perkara-perkara harus yang lain, nyanyian hendaklah tidak dilebih-lebihkan terutama nyanyian yang menyentuh perasaan dan kerinduan yang berlebihan. Sekiranya unsur-unsur yang berlebihan ini tidak dikawal, ianya akan mengabaikan hak akal, rohani dan kehendak seseorang, masyarakat dan agama.
• Sekiranya terdapat unsure nyanyian yang menaikkan nafsu syahwat, mendorong ke arah kejahatan, menjadi lalai dan leka untuk mengerjakan ibadah maka menjadi kewajipan ke atas pendengar untuk menjauhinya, menutup pintu fitnah tersebut demi memelihara dirinya dan agama.


f) Fatwa Sheikh Mahmud Shaltut

- Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama hukumnya dengan merasa makanan yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat pemandangan yang cantik atau mencapai pengetahuan yang tidak diketahui. Semuanya memberi kesan untuk menenangkan fikiran apabila jasmani penat dan memberi kesan dalam memulihkan semula tenaga.
- Al-Quran yang mendasari segala peraturan dan perundangan yang begitu sempurna adalah bertujuan untuk menjaga supaya tidak berlaku keterlaluan di pihak yang tidak menggunakan muzik dan pihak yang menggunakan muzik secara berlebihan. Apatah lagi Islam menuntut kepada kesederhanaan.
- Fuqaha’ terdahulu telah membenarkan penggunaan seni muzik apabila mempunyai tujuan yang sesuai seperti muzik iringan ke medan perang, haji, perkahwinan dan hari kebesaran Islam. Mengikut fuqaha’ Hanafi, muzik yang dilarang ialah sekiranya bercampur dengan majlis yang terdapat arak, penyanyi perempuan yang mengghairahkan, unsur-unsur fasiq, perzinaan dan berhala.
- Beliau memberi amaran kepada sesiapa yang berani melarang sesuatu perkara yang tidak jelas dilarang oleh Allah.

GADGET


Bila bercakap pasal gadget ni aku rase aku ler yang paling tak tau kot, maklum la lahir zaman Latiff Ibrahim, membesar zaman rock kapak mana laaa aku nak tau pasal gadget-gadget ni… Mana la aku nak kenal handphone aper tah lagi Ipad dan seangkatan dengan nya. Dulu nak set jumpa ngan kawan-kawan kene set awal sehari tak pun call pakai public phone tapi yang pelik tu OK jer on time xde la OTW memanjang tapi batang hidung pun tak nampak macam sekarang ni puuuuiiii……

Bila start keje baru la nak ambil tau pasal gadget-gadget ni tu pun bila keje dalam industri IT kalau tak jangan harap le aku nak ambik tau. Gadget 1st  aku Nokia 3310 phone paling sempoi dalam dunia, pernah sekali aku merempit kat highway hujan lebat tak sempat nak cari tempat teduh habis lenjun luar dalam. Sampai umah nak hantar SMS la konon tengok-tengok handphone dah masuk air, aku gi hantar kedai cina repair apek stylo kedai tu cakap “ini kene ganti RM300 oooooo”, aku cakap “ tak payah!!”. Giler zaman tu RM300 makan tak habis woooo… otak aku ligat pikir camne nak buat, gelabah gak sebab kene hantar report duty kat SiDia. Last-last aku pinjam hairdryer cousin aku, bogelkan 3310 aku hairdryer sampai kering… Trriiiingggg!!! Magic!!! phone boleh on!!! Kaaaan aku dah cakap 3310 paling sempoi dalam dunia. (sial nyer apek menipu jer keje)

Gadget 2nd aku laptop Compaq aku beli sebab aku baru dapat credit card aper lagi zaaaassssss terus takde pikir 2 kali daaah. Tapi atas sebab kemelesetan ekonomi yang melanda dunia pada masa tu aku terpaksa jual laptop aku kat pasar karat Ipoh. Bila dapat keje baru dalam industri IT aku mula usha balik gadget-gadget ni, so bila boss aku promote suh buat sales aku pun mulakan modus operandi biasa aku membodek boss maka dapat la laptop Lenovo Thinkpad yang aku pakai sampai sekarang. Pas tu entah kene rasuk aper tah boss aku baik hati nak bagi Blackberry plak aper lagi kaaan aku set jer laaa lagi pun dah lama sangat aku pakai Nokia 3310 ni orang lain boleh MMS 3G aku dok terkial-kial main SMS mana boleh tahan beb…

"Gadget-gadget kesayangan aku"


So melekat la aku dengan 2 gadget aku yang paling aku sayang ni walaupun ex boss aku suh pulangkan laptop tapi jangan harap sampai la komisen sales aku dia bayor baru aku pulangkan. Blackberry ni plak aku suka sebab ader BBM paling best sebab ader group cibaian’s yang terdiri dari ex schoolmate aku MRSM Tepeng diorang ni la yang buat aku gelak sorang-sorang macam orang giler. Aku tengok sekarang ni orang berlumba-lumba nak dapatkan gadget yang paling latest tapi nak salahkan diorang pun tak boleh jugak sebab dah jadi sebahagian dari keperluan hidup kaaaaan…..

RBK cakap : tengah plan nak dapatkan Blackberry Playbook…..

Monday 19 September 2011

HARI YANG TAK PRODUCTIVE….


Pagi tadi aku bangun awal walaupun aku tido lewat sebab melayan team pojaan hatiku Red Devils menghanjingkan ChelSHIT (bosan gak asyik menang jek). Celik-celik mata hujan dah lebat adeeeh macam mana aku nak merempitkan diri macam biasa?? Nak tak nak terpaksa la bawak kete (sebab memang dah jadi rutin harian menyupirkan SiDia ke tempat kerja) selamat la jugak boxer aku dari kebasahan.

"Kolumpo yang kebasahan"

Pas selamat hantar SiDia ketempat kerja aku  pun belik-belik  BB aku tengok appointment untuk hari ni, ader la 2 orang yang patut aku jumpa untuk berdiskusi. Aku call tapi masing-masing tak dapat nak jumpa sebab masing-masing kene sindrom “Monday Blues” (aku pun tak tau apekebende sindrom ni). End up aku melepak kat kedai mamak layan repeat game Rugby World Cup via Astro SuperSport.

"RWC"

Nak kate aku minat sangat rugby ni tak la minat pun boleh la setakat layan, main pernah la sikit-sikit masa kat MRSM Tepeng dulu itupun main belasah je law rugby pun tak tau. Tapi lepas tangan aku kene pijak abis jari jemari aku bengkak aku pikir baik aku main bola jek. Yang aku tau main rugby ni satu team 15 orang, bola kene passing belakang pastu jangan bagi team lawan lepas defend kita. Main 80 minit kira satu half 40 minit laaa kan, kalau main bola kita panggil score tak pun goal tapi rugby diaorang panggil try, bila try dapat 5 point pas try dapat plak conversion dapat plak 2 point, kalau penalty or drop goal dapat 3 point. Player dia plak ade yang panggil Hooker, Flyhalf, Fullback, Scrumhalf etc etc nanti la aku ulas lebih lanjut pasal posisi player dalam entry yang lain.

"posisi dalam rugby"

Rugby World Cup ni macam bola World Cup gak main 4 tahun sekali tapi diaorang start lambat kalau tak silap aku tahun 1987 1st champion rase aku New Zealand All Black, champion yang lain macam kat bawah ni :

1991 Australia
1995 South Africa
1999 Australia
2003 England
2007 South Africa
2011 aku harap All Black laaa….

World Cup kali ni tuan rumah New Zealand ader 20 team yang main, diaorang pecahkan dalam 4 kumpulan yang dipanggil Pool (POOL tau bukan LiverFOOL). So tiap pool ade 4 team, 2 team yang teratas dalam pool akan layak ke suku akhir main kalah mati sampai la ke final. So kalau ada yang bosan layan bola boleh layan rugby ni OK gak 4 tahun sekali jek.


RBK cakap : "football is a gentleman's game played by hooligans, and rugby is a hooligan's game played by gentlemen"....... Huuurmmmm betul kah??