Friday 8 November 2013

HOLIER THAN THOU ….



Manusia memang tak pernah lari dari melakukan kesalahan & kesilapan termasuk laa diri aku sendiri. Tapi lately nie aku tengok laa ramai yang lebih HOLIER THAN THOU dalam usaha dan niat baik diorang nie nak memperbetulkan kesilapan orang lain. Nak salahkan diorang seratus peratus pun susah gak mungkin niat diorang nie baik cuma maybe laa maybe ilmu tu kurengs sikit.  Aku terpanggil nak mention pasal tegur menegur nie sebab aku berhadapan dengan situasi yang sama dengan dua RASA yang berbeda.

Situasinya aku melakukan kesilapan  & kesalahan, ditegur oleh dua orang dengan cara yang berbeda.

Pertama :  seorang sahabat  menegur aku dengan cara berbicara secara berdepan walaupun dia berkemampuan untuk menegur aku dikhalayak ramai malah beliau mampu untuk menegur aku dan disaksikan oleh satu dunia..

Kedua : seorang sahabat menegur aku dengan cara disaksikan oleh satu dunia sedangkan dia berkemampuan untuk menegur aku secara berdepan tak kisah la guna medium aper pun…

Hasilnya dari teguran pertama : aku rasa terpanggil untuk memperbaiki kesilapan dan kesalahan aku dan berazam tidak mengulanginya..

Hasil dari teguran kedua : aku rasa nak pijak jer perut dia sampai lumat…

Persoalan yang timbul disini  ialah adakah seseorang itu boleh menegur sesuatu kesalahan dengan begitu sahaja tanpa memperdulikan adab-adab persaudaraan sesama muslim sewaktu menegur?

Bagi aku laaa teguran nie ada kaitannya dengan penerimaan hati dan jiwa. Manusia nie selalu berhubungan dengan perasaan jadi  perlu ada tulus dan ikhlas. Lainnya, perlu banyak sabar dan bersangka baik terhadap orang yang ditegur. Jelas dahulu dengan kekusutannya, baru disusun kata dalam nasihat yang lemah lembut….


Sebagai orang Muslim, kita semua nie DAIE yakni Penyeru dan sebagai daie, kita bertanggungjawab menyeru manusia ke jalan yang diredhai dan untuk menyeru manusia ke jalan yang diredhai, kita kena laaa tau  cara yang betul, tak kira laaa nak sampaikan dakwah keeer  atau nak membetulkan kesilapan orang lain. Dalam usaha dan niat baik kita nak menyeru atau membetulkan kesilapan orang nie Rasulullah SAW dah bagi tips.

Antara cara yang pernah dipraktikkan oleh Rasulullah SAW adalah:

1. Membetulkan anggapan yang menjadi penyebab berlakunya kesilapan
2. Membetulkan kesilapan dengan nasihat dan mengkhabarkan ancaman bahaya kesilapan
3. Belas kasihan terhadap pelaku kesilapan
4. Tidak cepat menyalahkan seseorang
5. Menerangkan fitnah daripada kesilapan yang dilakukan
6. Memberi panduan supaya tidak meneruskan kesilapan
7. Membuat teguran secara umum dan bukan dikhalayak ramai
8. Mengembalikan hak kepada tuannya dan menjaga maruah pelaku kesilapan
9. Meminta pelaku kesilapan memohon maaf kepada pihak yang dizalimi, jika ianya tidak mendatangkan kemudharatan kepada pelaku kesilapan
10. Menzahirkan kemarahan terhadap kesilapan yang dilakukan bukan kepada pelaku kesalahan
11. Meninggalkan pelaku kesilapan serta perdebatannya agar kesilapan disedari
12. Melemahkan pengaruh mereka yang sombong
13. Berbincang dengan pihak yang bermasalah
14. Menghormati tabiat semulajadi manusia
15. Menghindari fitnah syaitan


Rasulullah SAW dah bagi contoh adab menegur namun kita sering lupa nak amalkan sebab terlalu HOLIER THAN THOU...  Yelah menegur tu perkara baik jadi kenapa perlu disakiti hati orang lain? Cuba pikir kejap adakah dia/mereka akan berubah jika begitu?



SP : : BUDAYAKAN LAH AMALAN MENEGUR SECARA LEMAH-LEMBUT DAN BIJAKSANA….

Monday 30 September 2013

Waktu, Ruang dan Jarak…


Lama rasanya tak mencoret apa yang aku rasa, nie semua angkara terleka mengejar  duniawi. Makin dihambat lagi cepat plak dia lariiikkkk, masa aku tak kejar dia main caaak caaak depan muka. Mula-mula boleh sabar tak hambat tapi ibarat  kucing laa kan kalau dah hadap depan dia ikan goreng hari-hari last-last dihauup gak  ikan goreng tu.

Now I’m stuck in the middle yang dihambat tak terhambat yang aku gendong dah tercicir. So a man got to do what a man go to do laa patah balik pick up  yang tercicir tu, but the fuckin problem is aku tak tau aku tercicir yang aku gendong tu kat mana…So masa nak patah balik cari yang tercicir nie yang seksa sebab aku kena tempoh once again benda-benda yang aku hadap masa nak mengendong yang penah aku gendong.

But that what life is…

Masa dok patah balik nie la aku sedar dah berapa banyak waktu, ruang dan jarak yang aku dah bazirkan semata-mata nak kejar duniawi. Bukan nak kata duniawi nie tak penting, kan ke dunia nie jambatan ke akhirat kalau takde dunia macam mana nak ke akhirat kaan…Cuma aku agak leka sampai terlupa yang lebih penting, kaan ke canteek kalau dua-dua dapat seiring dan sejalan. Than something trigger in my mind, berapa nilai waktu yang masih tinggal untuk aku habiskan? Berapa luas ruang lagi yang ada untuk aku ? Berapa jarak yang harus aku perlu redah lagi ?



Jadi aku mula membuat pengiraan, perbandingan dan andaian antara dunia dan akhirat berdasarkan informasi yang amat terbatas namun dari sumber yang sangat tepat lagi benar. Kajian matematik aku terhadap waktu, ruang dan jarak bermula apabila aku terjumpa 2 ayat dibawah,

"Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janji-Nya. Sesungguhnya SEHARI di sisi Tuhanmu adalah seperti SERIBU menurut perhitunganmu." (Al Qur'an, 22:47)

"Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya dalam SATU HARI yang kadarnya adalah SERIBU TAHUN menurut perhitunganmu." (QS. Al Qur'an, 32:5)


Dengan hitungan matematik mudah aku pun mula membuat pengiraan, (budak sekolah rendah pun tau kira)

1 hari di akhirat = 1,000 tahun di dunia
1 tahun di dunia = 365 hari
1 hari di akhirat = 365 x 1000 = 365,000

Ini bermakna satu hari di akhirat adalah 365,000 hari di dunia.

Aku andaikan, ( biasa laaa Math kan selalu buat andaian)  1 hari akhirat  ada 24 jam macam kat bumi jugeks.

1 hari di akhirat = 1,000 tahun di dunia
1 hari = 24 jam
1 jam di akhirat = 1000/24 = 41.7

jadi setiap jam di akhirat adalah sama dengan 41.7 tahun di dunia.

Aku buat andaian lagi nieh, umur umat nabi Muhammad plus minus lebih kurang 60 tahun. Maka oleh itu  jika aku bandingkan dengan kehidupan akhirat,

1 jam di akhirat = 41.7 tahun
60 tahun/41.7 tahun = 1.4 jam

conclusion yang aku dapat, aku hidup kat dunia nie plus minus baru 1.4 jam berdasarkan pengiraan aku. Dan ayat dibawah maybe boleh menguatkan lagi conclusion aku.

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan main-main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu adalah terlebih baik bagi orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" [Al-An’am ayat 32]









OK maybe nak kira waktu nie agak straight forward tapi nak kira ruang buat aku pening, resah dan gelisah… mungkin ruang kat bumi nie aku boleh kira la kot tapi ruang kat akhirat acener aku nak kira ? tengok pun tak penah.  Ok again macam biasa la math aku terpaksa membuat andaian lagi, so aku andaikan akhirat nie sebuah planet macam bumi. Pengiraannya lebih kurang berbentuk sebegini,

Diameter bumi adalah 12,700 km ß (yang nie aku google jek plus minus) dan bumi berputar diatas paksinya dalam satu hari selama 24 jam.

1 hari di bumi = 1000 tahun di akhirat
1 tahun = 8760 jam
1000 tahun = 8,760,000 jam

Dengan menggunakan rumus perbandingan yang sederhana dapat aku merumuskan bahawa,

12,700/24 = x/8,760.000
x = 4,635,500,000

dari rumusan ini boleh laa aku mengatakan  bahwa plus minus diameter "Planet Akhirat” adalah 4,635,500,000 km. Sabar-sabar ini baru diameter saja, untuk menentukan luas aku harus menggunakan rumus untuk menghitung luas lingkaran.        ( yang nie aku kene hati-hati sikit sebab Add Math aku masa SPM  dapat 9 nasib baik Calculus aku OK masa kat ITM)

Rumus Luas lingkaran = phi x r x r
diameter akhirat = 4,635,500,000 km
jari-jari (r) akhirat = 2,317,75,000 km
jari-jari di kuadratkan = 2,317,750,000 x 2,317,750,000
= 5,371,96,.062,500,000,000

Luas akhirat = 22/7 x 5,371,965,062,500,000,000
= 1,686,797,029,625,000,000 km persegi


Untuk perbandingan luas bumi = 127,798,204 km persegi (plus minus). So bumi yang luas dia lebih kurang 500 juta km persegi masih banyak lagi tempat nak letak manusia yang dah dekat  6 billion mungkin lebih. Bayangkan akhirat yang luasnya  bertrillion kali luas bumi, mungkin boleh letak semua manusia dari mulai umat Nabi Adam sampai umat Nabi Muhammad campur plak binatang dengan mahkluk ghaib and such….


Alang-alang aku dah syok mengira waktu & ruang agak tak adil kalau aku tinggalkan jarak, tapi sebelum aku membuat pengiraan aku perlukan sesuatu untuk aku sandarkan pengiraan aku macam aku buat pengiraan waktu dan ruang. Yer laa dah tau masa dan luas “Planet Akhirat” mesti nak tahu kat mana & bape jauh dari bumi kan…So back to menggodek sumber yang tepat lagi benar dan hasilnya adalah seperti dibawah,

“Malaikat-malaikat dan Roh naik kepada-Nya (kepada Allah) dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun”. (Al Qur'an, 70:4)


Normally untuk mengukur jarak antara sesebuah planet orang akan menggunakan kecepatan pergerakan cahaya sebab cahaya nie merupakan asas kepada ukuran meter dimana 1 meter bersamaan dengan jarak dilalui cahaya melalui vakum yang ditakrifkan pada kelajuan lebih kurang 300,000 meter sesaat (plus minus), jadi pengiraan aku adalah lebih kurang seperti berikut dengan informasi yang terbatas dan ilmu matematik aku yang agak menjengkelkan…

kecepatan cahaya dalam satu saat adalah 300,000 km
jarak antara bumi dan akhirat adalah 50,000 tahun

kalau 50 ribu tahun aku tukarkan dalam kiraan saat maka:
50,000 tahun x 365 = 18,250,000 hari
18,250,000 hari x 24 = 438,000,000 jam
438,000,000 jam x 60 = 26,280,000,000 minit
26,280,00,.000 minit x 60 = 1,576,800,000,000 saat

Pastu aku kalikan jarak kecepatan cahaya pada setiap satu saat
1,576,800,000,000 saat x 300,000 km = 473,040,000,000,000,000 kilometer

maka aku dapati bahawa jarak bumi dan “planet akhirat” adalah lebih kurang 473,040 trillion kilometer, itupun dengan menggunakan kenderaan yang kelajuan dia menggunakan kecepatan cahaya selama 50 ribu tahun. (Suratan atau kebetulan malaikat dicipta dari cahaya menajadi satu topik baik untuk aku pikirkan)




So just to wrapped up all the calculation and such,walaupun pengiraan aku  mungkin ada ralat atau khilaf  sebab aku membuat andaian maka aku boleh simpulkan masa yang ada untuk aku habiskan terlalu singkat untuk menempuh jarak yang amat  jauh ke perkampungan yang sangat luas….



SP : Aku Pandang..Dipandang..Memandang…..

Friday 31 May 2013

FAM is JOKE !!!


Last week disebabkan EPL dah habis demi untuk melepaskan kegianan aku kepada bolasepak maka dengan penuh rasa  keterpaksaan aku tengok laa game semi final FA Cup Liga Malaysia Pahang lawan JDT, takde luarbiasa pun sebenornya Pahang dengan JDT nie biasa-biasa jer taraf permainan tapi yang luarbiasanya game cancel. Sebab apa cancel sebab penyokong ramai sangat masuk stadium.

Aku tak bias kat JDT ke Pahang ke tapi apa yang aku nampak kat sini adalah satu tahap KEBODOHAN yang sangat BANGANG dari pengurusan FAM sampai la ke pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang. Jadi kali nie aku terpanggil untuk MENGHINA FAM nie yang makin lama makin teruk aku tengok bukannya makin bagus, dulu aku ada buat satu entry pasal FAM nie  tapi aku tak HINA laaa sangat.  Kalau kita sorot kembali kejadian yang berlaku di Stadium Darul Makmur tempoh hari siapa yang harus dipersalahkan ?? Dah sah sah laaa kesalahan kat pihak yang bertanggungjawap mengeluarkan tiket dan yang menganjurkan perlawanan. Mana boleh nak salahkan JDT sebab diaorang nie team pelawat so tuan rumah laa kene bertanggungjawap atas keselamatan team pelawat dgn penyokong-penyokong diorang tapi JDT pun 2X5 gak bila dia main kat home, mana-mana home team pun sama. Tapi kesalahan paling besar sepatutnya dihumbankan kat KEPALA BANA FAM, FAM nie langsung tak monitor Pengurusan Persatuan Negeri kalau diaorang monitor takan jadi nyer kejadian macam kat Stadium Darul Makmur. Suruh orang datang stadium sokong bolasepak tempatan tapi keselamatan orang tak nak bertanggungjawap haaa tu yang dinamakan KEPALA BANA…Mana boleh nak salahkan penyokong, tak pernah berlaku dalam sejarah bolasepak negara penyokong merusuh sampai bunuh-bunuh, sikit-sikit nak salahkan penyokong, setakat baling-baling botol air, burger, nasi lemak, batu and such tu normal laaa.




Nak jadi professional konon phuuuuiii…. Nak urusan kan satu stadium pun terkial-kial, nie belum lagi citer pasal ulat tiket lagi, boleh masuk stadium free lagi pasal mutu permainan lagi and such… Belajar laa dari Europe macam mana nak uruskan stadium alaaa tak payah gi jauh-jauh gi belajar kat Jepun dengan Korea pun dah cukup, kalau malas jugak nak belajar haaa pergi belajar kat Papua New Guinea. Pastu yang paling lawak dia punya hukuman denda adeeehhhh PBNP kene denda RM 100K, PBNJ kene denda RM 20K laaa asal plak PBNJ yang denda tak paham aku… Yang patut kene denda PBNP laa sebab selaku tuan rumah gagal memastikan game berlangsung dan gagal menjamin keselamatan penyokong tuan rumah & pelawat, nampak kan tahap  KEBODOHAN LAGI BANGANG FAM nie... lagi satu the best thing FAM KEPALA BANA nie, dia buat plak game ulangan kat Bukit Jalil konon boleh isi ramai penyokong , woooiii nie denda ke apa nie FAM?? Hangpa gheti ke idak nie ?? Masih dalam tahap KEBODOHAN yang sangat BANGANG FAM nie, kalau kat liga professional Europe jangan kata penyokong merusuh penyokong maki berbau perkauman pun kene denda kaw-kaw, point kene tarik, pastu main kat stadium kosong !! hang baru la betul denda, lu kene bayor denda pastu lu tak dapat untung hasil duit penjualan tiket
Baru laa rasa tahap kerugian sikit, mari kita buat matematik mudah,

Assuming,
Kapasiti Maksimum Bukit Jalil : 100,000
Jumlah tiket terjual : 30,000 @ RM 12 = RM 360,000
Tolak : (assuming laa)
20% kepada FAM = RM 72,000
10% pada Pengurusan Stadium Bukit Jalil = RM 36,000
Untung Penjualan tiket PBNP sebelum ditolak perbelanjaan lain,
RM 360,000 – ( RM72,000 + RM 36,000 )
= RM 252,000
RM 252,000 - denda (RM 100,000) = RM152,000

Rasa-rasa laaa denda tu berkesan ke tak ?


Pastu aku terbaca plak pasal FAM nie lewat hantar surat penggantungan player Selangor sebab kekangan pegawai tertinggi sekretariat yang terlalu sibuk… Hadeeeeh nie KEPALA BANA apa lagi nie woiiii FAM ?? Pegawai hangpa MENGANGKANG kat mana pulak nie sampai nak taip surat pun takde masa ??  BODOH tahap BANGANG !!! Professional KEPALA BANA lu … Bukan nak salahkan Selangor dah diorang dapat surat lambat nak buat macam mana kan kalau aku pun aku buat macam Selangor, persoalannya mana keadilan pada team Terengganu… 

Sepatutnya sebagai badan induk yang bertanggungjawap pada bolasepak negara baik dari segi mutu, pentadbiran, pengurusan and such, FAM sepatutnya menjadi pentadbir adil, telus, ihklas dan amanah. Tapi apa yang aku nampak FAM nie dah jadi bahan jenaka…. Kalau berterusan macam nie sampai kiamat laa bolasepak negara tak maju. Letih nak bercakap pasal FAM nie dah macam kata pepatah “Hidup segan mati tak mahu, kecik-kecik taknak mampos dah beso menyusahkan orang”


SP : kasi tukarlah KJ….

Sunday 12 May 2013

Hari Ibu



Malam minggu, aku ambik risiko merayau sorang-sorang kat kedai mamak yang jarang aku lepak macam selalu saja laa tukar angin nak rasa sedap ke tak teh tarik dia, risiko what … haaa buatnya tak sedap  ke per ke kaaan. Baru tengah syok layan blues sambil menyedut tembakau gudang garam surya tetiber aku lihat penampakan sosok tubuh sahabat aku adeehhh dia pun nampak aku jugeks, nak buat macam mana dah rezeki aku laaa jumpa dia. (haissshhh baru nak layan blues)

Macam biasa laa sesi sembang kasi bimbang dari citer Ini kali laaah sampai laa ke citer janji dichapti, last-last sampai la citer hari ibu. “ Laaa, lu tak sambut Hari Ibu ngan mak lu ke kat kampung?” Aku jawap, “ Aku tak sambut Hari Ibu laa bai aku cal mak aku jer tadi, wa tak bape suke nak spesifik kan hari-hari tertentu untuk mak aku.. hari-hari yang aku lalui tu semua untuk mak aku”. Ohhh lu mesti tengok youtube UAI pasal dosa kan sambut Hari Ibu nie kan”. Aku jawap lagi, Haissshh lu nie, idak lerr dari dulu lagi aku tak sambut Hari Ibu nie tapi kalau orang lain nak sambut tu OK laaa aper hal nak dosa nyer diaorang hargai mak diorang bukannya diaorang hargai Mother Teresa ke Mother Mary ke”. “ Eeehh so lu kater UAI tak betul laa nie eekk”. Aku jawap lagi, “ Woooiii bila masa plak aku kater macam tu, saper la aku nak kater dia tak betul…UAI cakap macam tu berdasarkan ilmu yang ader kat dia, kalau lu rasa nak ikut ikut laa kalau lu rasa dia ader khilaf, tak salah nak sambut Hari Ibu lu sambut laa”“Huurrmmm ader asas gak lu cakap nie bai tapi mak wa dah meninggal, lu untung laa leh lagi hargai mak lu… call dia sembang ngan dia, bawak dia jalan-jalan and such….”.

Kata-kata sahabat aku tu membuat aku terdiam jap, balik umah aku terpikir…. Ada kebenaran gak kata-kata sahabat aku tu, yang ada mak boleh laa nak hargai mak tapi kalau mak dah takde macam mana kaan… Tapi bila aku teringat pesan mak aku, “Laaa, mak tak nak duit ko, mak tak nak ko cal mak hari-hari, mak tak nak ko mengadap mak hari-hari… yang mak nak  kalau ko hargai mak nie ko pelihara solat ko tu jeks”. Aku rasa laaa nak hargai mak kita nie bukan dengan masa, berbual, wang ringgit and such... Sebab aku rasa mak kita bukan nak sangat pun benda-benda tu semua, lagi pun benda-benda tu sementara jeks tak kekal pun…. Lagi pun kalau laa aku lambakkan satu dunia nie dengan segala kemewahan yang ada didalamnya ditambahkan lagi dengan satu dunia yang sama lagi depan mak aku, pun aku rasa tak terbalas sikit pun pergorbanan mak aku membesarkan aku.  Aku rasa laa mungkin pendapat aku tak betul.


 



Mula-mula aku tak bape nak dapat tangkap ape mak aku nak sebenornya, aper kaitan solat dengan hargai dia nie?? Tapi bila aku kaji balik pesanan mak aku, baru aku dapat tahu aper yang tersirat dan aper yang mak aku nak sebenor-benornya dari aku, I can see a pattern, it's all about the pattern… Mak aku nak sesuatu yang kekal abadi bukan sesuatu yang sifatnya sementara. Mengikut firasat aku nie sesuatu yang kekal abadi sifatnya hanya ada dalam syurga jeks… And suddenly aku teringat satu Hadith yang pernah aku came across dulu,

Dari Mu'adz bin Jabal dan Anas ra, Rasulullah SAW pernah bersabda (lebih kurang), "Siapa saja yang membaca Surah Al Ikhlas 10 kali selepas solat 5 waktu,maka Allah SWT akan membangun untuknya sebuah istana di syurga." 

HAH !! nampak tak pattern dia, Solat - Doa - Syurga - Istana - Bidadari - Immortal - Yabeeedaaabeeedoooo !!!!

Bukan susah pun nak buat aper Rasulullah SWT suh buat nie, pas solat 5 waktu sedekah jer Surah Al Ikhlas kat mak kita. Aku yakin sangat yakin hanya Istana di syurga dan kehidupan yang immortal jeks yang layak untuk mak aku atas segala pergorbanan dia membesarkan aku. Mak aku nak kehidupan yang immortal, nak jadi muda balik tak tua-tua, nak bersenang lenang yang tak habis-habis, nak melepak dengan anak-anak dia yang tampan rupawan bersama menantu-menantu dia baik dari kalangan wanita dunia mahupun bidadari haaaa (bab nie aku tak tahan touching woooh). Tak kan laaa Rasulullah SAW nak menipu kaan Kekasih Allah SWT tuuuu Rasulullah SAW tu… Rasulullah SAW dah bagi rahsia macam mana kita nak menghargai ibu kita, baik yang masih hidup atau yang dah meninggal… Bijak mak aku nie, dia tak bagi pesanan yang straight forward dia bagi bagi pesanan yang tersirat, kalau dia bagi pesanan straight forward, aku tak akan berfikir.. so dia bagi aku pesanan yang tersirat supaya aku dapat berfikir dan mengaktifkan kembali sel-sel kepala hotak aku yang dah agak berkarats…

No wonder aku pun boleh  tahan  kebijaksanaannya jugeks, It’s in the DNA….



SP : Oh Ummi saya mahu kawin….. Kawin dengan siapa?? Dengan siapa saja Ummi….

Saturday 20 April 2013

Antara Kasih, Sayang dan Cinta….



“CINTA ITU TIDAK AKAN WUJUD TANPA SAYANG DAN SAYANG ITU TIDAK AKAN WUJUD TANPA KASIH”

Kata - kata sahabat aku yang membuat aku berfikir mencari aper yang beliau cuba maksudkan dan ape yang tersirat disebalik kata-kata beliau itu… ( aneh kawan-kawan aku nie suker bagi kata-kata yang tersirat, yang seksa aku laa)


Setelah berhempas pulas berfikir selama beberapa minggu rasernya dapat kot sikit walaupun tak banyak aper yang tersirat dalam kata-kata sahabat aku tu. Ape yang aku nak citer secara ringkas nie adalah berdasarkan pendapat aku semata-mata tanpa dipengaruhi oleh sesiapa berdasarkan penelitian, pengkajian dan pengalaman sendiri dan orang lain, kalau betul betul laaa kalau salah maka salah lah ia.

Kasih, Sayang dan Cinta….. Huuurrmmm kalau sekilas pandang sekali harung sekali hauuuppp memang seakan – akan sama. Tapi kalau kita rajin teliti secara progresif dan dinamik ia membawa kepada pengertian yang sangat berbeza, sangat halus  untuk difahami. 3 elemen yang saling berkait antara satu sama lain lalu menjadi sesuatu yang hampir-hampir sempurna (mengapa tak sempurna? Haa nanti aku citer laa jangan gelojoh sangat),

Kenapa Kasih dulu bukan Sayang atau Cinta? Errrmm pernah tak mak kita selalu  pesan mulakan setiap sesuatu dengan Bismillahirrahmanirrahim… Pernah tak kita halusi maksud Bismillahirrahmanirrahim , mengapa ALLAH SWT menggunakan perkataan Yang Maha Mengasihani dulu bukan Yang Maha Menyayangi. Bagi aku kenapa Kasih dulu sebabnya kita nie lemah maka lebih layak lah DIA mengasihi mereka - mereka yang lemah, Sifat Kasih nie lahir dari rasa Belas Kasihan. Macam kalau kita nampak kucing terjelir lidah haus nak minum lapar nak makan ke jalan terjengkit –jengkit ke, mesti rasa belas pastu rasa kasihan kan…. (contoh la nie). Dalam hubungan sesama manusia plak kasih menjadi titik (bukan tetek ya)  terbitnya  rasa sayang yang begitu kuat. Rasa belas kasihan melihat kelemahan dan kekurangan wanita-wanita dan rasa belas kasihan melihat keperitan dan kesulitan jejaka – jejaka mencari rezeki.  Macam kalau kita syok kat awek or bini kita dulu mana ader kita tetiber terus sayang cinta bagai, nipu laaa tu kalau cakap macam tu. Kalau lelaki mesti kita akan cakap “kalau dia nak kat aku akan aku jaga dia sebaik-baiknya”..  kalau pompuan mesti cakap benda yang samer pun,  kenapa nak jaga dia aper dia tak boleh jaga diri sendiri kah? Sebenarnya kita tak sedar yang kata-kata kita tu datang dari sifat belas kasihan kita sebab kita tahu dia dan kita nie tak mampu nak jaga diri sendiri. Nampak tak saling lengkap melengkapi lelaki dan perempuan  nie. Jadi aku tak merasa aneh mengapa Rasulullah SAW (contoh terbaik nie Nabi nie) sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan.


Sayang plaks agak sukar untuk aku bezakan dan terjemahkan dalam konteks hubungan sesama manusia, kalau hubungan dengan Allah SWT tu mudah straight forward jek, Allah SWT sayang lu tapi lu tak sayang Allah haaa kan mudaaah kan.. Menyayangi ni lebih luas skopnya berbanding mengasihi sebab menyayangi seseorang belum tentu lagi mencapai tahap mencintai. Sebab kita bisa saja menyayangi sahabat kita, keluarga kita, guru kita atau sesiapa saja. Tapi berbeda plak kalau kita menyayangi isteri, rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud kita mencintai pasangan kita sedalam-dalamnya. Haa nampak tak agak subjektif berserambut bila berbicara tentang sayang nie, You really can’t understand it dude…. Tapi itu semua letak tepi laaaa apa yang penting untuk kita faham rasa sayang nie sebenarnya sudah memadai untuk kita melihat pengorbanan yang dilakukan oleh orang yang menyayangi kita, ada berkorban wang ringgit, masa, tenaga, air liur and such… Pergorbanan yang kadang-kadang terkeluar dari norma-norma manusia yang waras.  Bila wujud rasa sayang nie laa yang akan bagi kesan panjang tak kira laa kita sebagai yang menyayangi atau disayangi, tapi kena ingat rasa sayang nie hanya akan terbit bila wujudnya keikhlasan. Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang walaupun mereka tak dapat bersama. Ingat tak ape aku mention kat atas tadi pasal   “3 elemen yang saling berkait antara satu sama lain lalu menjadi sesuatu yang hampir-hampir sempurna”… Haaaaa Keikhlasan laa yang akan membuat 3 elemen nie menjadi sempurna dan chanteeks melentiks….



Cinta plaks, hadoooiii nie lagi kompleks berselirat dan agak rumit nak aku huraikan. Pengertian cinta bagi setiap orang  pasti berbeda. Takde yang  sama 100% walaupun untuk kembar seiras. Cinta ini sebenarnya tidak dapat ditulis dengan kata-kata. Tidak ada definisi yang tepat rasanya untuk menjelaskan apakah itu cinta. Cukuplah sekadar aku mengatakan yang bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang. Bila mencintai seseorang, tersirat disebaliknya   rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan kita  seadanya, baik dia cun giler atau muka pecah umah. Kalau tanya aku senang jer untuk aku definasikan, Cinta nie Pekak dan Buta. Pekak untuk  menerima segala nasihat daripada orang lain, Buta untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain. Cinta juga bisa membuat seseorang melakukan sesuatu yang diluar jangka. Mungkin kita pernah dengar citer ader orang yang kawin dengan orang lain tapi mencintai orang lain, orang nak bunuh diri sebab cinta ditolak and such….. Nampak kan betapa aneh nya cinta nie, cuba tanya diri sendiri berapa kali kita penah jatuh cinta      ( haaa jangan nak menipu diri sendiri ).. ada yang  berbalas, ada jugak yang tak terbalas dan terus disimpan didalam hati. Ada yang berhasil menjalinkan hubungan hingga  melangsungkan pernikahan sampai semua kuota dipenuhi dan ada jugak yang ALLAH SWT  berkehendakan yang lain, belum mentakdirkan untuk bersatu dengan orang itu.

Cinta itu membahagiakan bila berjaya dan sangat memedihkan bila gagal.....
Itulah kelebihan dan kelemahan cinta dalam konteks HABLUMMINANNAS.








Tapi aku rasa tak kene kalau aku tak citer pasal cinta yang dapat aku cedoks dalam Al Qur’an dan juga dari Idol aku Rasulullah SAW. Ada banyak hadith Rasulullah SAW yang berbicara tentang cinta tapi aku suka ambik yang sahih jer laa, antaranya…

Dari Rasulullah SAW yang bersabda dalam satu doanya, “Ya ALLAH, berilah aku rezeki cintaMu dan cinta orang yang bermanfaat buatku cintainya di sisiMU. Ya ALLAH segala yang Engkau rezekikan untukku diantara yang aku cintai, jadikanlah itu sebagai kekuatanku untuk mendapatkan yang Engkau cintai. Ya ALLAH, apa yang Engkau singkirkan diantara sesuatu yang aku cintai, jadikan itu kebebasan untukku dalam segala hal yang Engkau cintai." (H R. Al-Tharmidzi)

Rasulullah SAW berpesan, “Cintailah sesuatu itu dengan biasa-biasa saja, karena boleh jadi suatu saat nanti dia akan menjadi sesuatu yang kamu benci, dan bencilah sesuatu yang tidak kamu ketahui dengan biasa-biasa saja, karena boleh jadi suatu saat nanti dia akan menjadi sesuatu yang kamu cintai" (H.R. Bukhari, Abu Daud, Tharmidzi, dan Ibnu Majah, dari Abu Hurairah)

Rasulullah SAW juga pernah bersabda ciri cinta sejati ada tiga :
1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai berbanding dengan yang lain
2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai berbanding dengan yang lain
3) lebih suka mengikuti kemahuan yang dicintai berbanding kemahuan  orang lain/diri sendiri

Rasulullah bersabda lagi, “orang yang sedang jatuh cinta cenderung untuk selalu mengingati dan menyebut orang yang dicintainya malah orang itu juga sering diperbudak oleh cintanya”

Bila aku dengar dan baca hadith nie hurmmm nampak agak simple tapi bila aku halusi dan fahami ternyata sangat berat untuk dilaksanakan sebab ianya berbicara tentang kefitrahan dan keagungan jiwa manusia sesama manusia. It’s true memang susah nak ikut semua amalan Rasulullah SAW tapi rasanyer tak salah kalau kita dapat ikut sikit demi sikit lama-lama jadi bukit….




Dalam Al Qur’an cinta disebut dengan kata Hubb (mahabbah) dan Wudda (mawaddah), keduanya memiliki erti yang sama yaitu menyukai, senang, menyayangi, boleh rujuk la kat surah Ali Imram (14).

Dalam Al-Qur’an cinta memiliki 8 pengertian yang berjaya aku temui dalam blog-blog, aku setelah membuat perbandingan akan kesahihannya berdasarkan kitab-kitab ulama terdahulu dan aku meminta nasihat & pendapat dari mereka-mereka yang berilmu:

1) Cinta Mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan ghairah. Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, kehendaknya selalu ingin berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia ingin mendominasikan cintanya sahaja, mempunyai perasaan cemburu yang sangat hebat ( pasal cinta pandai plak cemburu tapi bila pasal solat tak gheti plak nak cemburu ) dan hampir tak boleh berfikir perkara yang lain.

2) Cinta Rahmah adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, halus, rela berkorban, dan bersedia melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis Rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya berbanding terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan Sang Kekasih meski untuk itu ia harus menderita. Ia sangat faham dan sedar akan kekurangan diri sendiri & kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya. Mereka ini akan terus mencintai walaupun mereka sedar yang cintanya tidak dibalas mahupun tidak akan dapat bersama orang yang dicintainya.

3) Cinta Mail, adalah cinta yang  sementara sangat membara, sehingga menyerap seluruh perhatian hingga hal-hal lain  kurang diperhatikan. Cinta  ini dalam al Qur’an disebut dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda berkecenderung mengabaikan kepada yang lama.

4) Cinta Syaghaf. Adalah cinta yang sangat mendalam, mengasyikkan dan memabukkan. Orang yang diserang cinta ini selalunya macam orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak menyedari apa yang mereka lakukan. Contoh laa macam Zulaikha mencintai Nabi Yusuf AS.

5) Cinta Ra’fah, yaitu rasa kasih yang sangat mendalam hingga melampaui norma – norma kebenaran. Contoh,  cinta kepada anak sampai kesian tak sampai hati  nak kejutkan buat solat subuh  atau membela anak walaupun tahu dia salah.

6) Cinta Shobwah, Cinta buta, cinta yang mendorong terjadinya perilaku sumbang  dan hampir-hampir  tidak mampu untuk  mengelakkan nya lagi.  Contoh macam Nabi Yusuf AS berdoa agar dipisahkan dengan Zulaikha yang hari- hari menggodanya, sebab kalau tak lambat laun Nabi Yusuf  AS pasti akan tergelincir juga dalam cinta buta ini... So daripada tergelincir, Nabi Yusuf AS pun berdoa laaah masuk dalam penjara jek haaaa selamat…..

7) Cinta Kulfah, perasaan cinta yang disertai kesedaran mendidik kepada hal-hal yang menjurus kepada kebenaran meski agak sulit dan berat. Contoh macam  mak bapak kita suruh kita kemas umah, masuh baju, solat and such laaa….

8) Cinta Syauq, Cinta Rindu…. Cinta inilah yang dicari-cari, cinta yang hanya disandarkan  pada Allah Yang Esa. Rasa rindu untuk bertemu KEKASIH ABADI, rasa nikmat untuk menatap wajahNYA. Ianya  satu pengembaraan hati Sang Pencinta kepada Sang Kekasih….

Tiada sedikit pun kelemahan dalam percintaan ini,

Cinta yang tiada bersyarat
Cinta yang tiada penghujung
Cinta yang tiada mengharap balasan
Cinta yang tiada rasa putus asa
Cinta yang tiada rasa jemu
Cinta yang tiada rasa kecewa
Cinta yang tidak akan mati

Cinta yang sangat halus dan tulus
Cinta yang hanya akan terbit dengan RASA……..



Kesimpulan yang dapat aku buat,  Cinta itu didalamnya merangkumi rasa kasih, sayang dan keikhlasan. Tanpa kasih, sayang dan keikhlasan itu bukan Cinta, itu bohong namanya.  Cinta itu fitrah manusia yang diberikan oleh ALLAH SWT, perasaan ingin menyayangi, ingin melindungi, ingin memberi dan yang paling utama ingin memberikan yang baik-baik kepada sesuatu yang kita cintai. Cinta yang ikhlas dan agung itu adalah cinta yang tidak mengharapkan apa - apa balasan dari yang dicintai. Maka beruntunglah manusia yang memiliki rasa cinta yang besar. Hakikatnya  cinta itu jika kita memberi, maka kita cuba sedaya upaya  memberikan sebaik mungkin semua yang kita  miliki kepada  yang kita cintai tanpa mengharapkan balasan.  Maka beruntunglah mereka-mereka yang memiliki rasa cinta yang besar dan bersyukurlah kepada mereka-mereka  yang menerima  cinta dan bisa menyingkap rasa cinta itu dengan tepat.

Dan tanpa rasa ragu-ragu aku menyatakan bahawa Rasulullah SAW itu mempunyai rasa cinta yang sangat besar kepada kita dan Rasulullah SAW tidak pernah teragak-agak untuk berkongsi rasa cintanya kepada kita semua tanpa mengharapkan apa-apa balasan pun, hanya kita ini yang masih teragak-agak, mengira-ngira, kedekut, pentingkan diri sendiri and such untuk berkongsi rasa cinta kita . Seharusnya kita dapat mencontohi tauladan yang telah diberikan dan menyingkapi  rasa cinta Rasulullah SAW tu dengan tepat.


SP : Perasaan yang tersimpan jauh di lubuk sanubari kita itu adalah CINTA yang kita sendiri sering gagal untuk mendefinasikannya. Tapi kita tahu bila perasaan itu timbul untuk kita merasakan CINTA…..

Wednesday 17 April 2013

Kitaran



Masa dok sembang kasi bimbang dengan kawan aku pasal politik cacamarba spender kaler putih bertebaran and such…tertiber terkeluar citer dari mulut dia, “Bro kita nie lelaki nie selalu ingat kita tau semua pasal pompuan tapi yang sebenornya kita xtau bro.. diorang punya kitaran period pun kita tak tau”. Dalam hati aku berkata-kata, “mental kah kawan aku nie tertiber jek citer pasal period, apakah motif beliau?”  Aku jawap,  “ lu mmg cheelaarkees dah tak pasal-pasal lu buat wa nak mengkaji pasal kitaran period nie”

Balik umah aku pun godeks pasal kitaran period nie, huurrmmmm godeks punyer godeks maka paham laa sikit aku akan  kitaran period nie yang selama nie aku buat tak kesah (yer laa aper nak kesah aku bukan datang bulan pun). So pemahaman aku laaa berlaku kitaran period nie terjadi berbeza dari seorang pompuan dengan pompuan yang lain. Toksah tanyer laa Period tu aper, jangan nak buat-buat tak tau masa sekolah hangpa semua dah belajar pasal period nie. Aku nak berbicara tentang kitaran period bukan pasal period, hoccay sambung….. Setiap kitaran period adalah selama 3-7 hari dan tempoh antara sebuah kitaran period ke kitaran seterusnya adalah berbeza  antara 21-35 hari tapi purata selalunya 28-30 hari. Kitaran period nie pulak diukur dari hari pertama pendarahan berlaku ( haisshh agak tragis bunyi nyer ) hingga ke hari pertama tempoh berikutnya. Sesetengah pompuan mempunyai kitaran period yang pendek dalam 21 hari ada yang kitaran panjang dalam 30 hari tapi asalkan dalam lingkungan 21-35 every month maka ianya boleh dianggap normal dan teratur.




"Kitaran Period"



Hari pertama pendarahan dikira sebagai hari pertama kiraan period bermula selalunya pendarahan akan berterusan selama lebih kurang 7 hari. Diwaktu inilah pompuan-pompuan akan mengalami ketidakstabilan emosi sebab berlakunya perubahan-perubahan hormon yang penting dalam badan. Tak perlu aku ulas pasal perubahan hormon aper nanti perot aku memulas… Jadi bila aku dah paham tentang kitaran period nie maka dengan secara tak langsung aku boleh paham masa subur pompuan jugeks. Dipahamkan oleh aku sendiri laa waktu subur adalah antara 12-16  hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Atau lebih kurang 14 hari dari kitaran yang berikutnya bukan sebelumnya. Konpius?? Haaa konpius sebab tak paham kitaran period laa, xpe aku bagi contoh kiraan…


CONTOH KIRAAN PERIOD NORMAL,

Katalah kitaran period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari.
Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur.
Katalah kitaran period bulan ttu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14.
Kalau kitaran period 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya…. 
MUDAH BUKAN….


Lebih kurang laa ader la plus minus hari dia, kalau untuk pompuan yang period tak teratur plak ada cara lain plak kiraan dia kena tengok rekod kitaran period 6  bulan ke belakang, haaa jenuh nak kira kalau xde rekod.  Jadi lebih elok kalau ader buat rekod kaan ( haaisshh untung jadi lelaki tak yah susah-susah nak buat rekod bagai ). Contoh lagi nie,

CONTOH KIRAAN PERIOD TAK NORMAL,

Kena kira kitaran period yang paling panjang dan yang paling pendek.
Tolakkan 18 daripada kitaran period yang terpendek, dan dan tandakan sebagai hari pertama bagi hari pertama kesuburan. Tolakkan 11 daripada kitaran period yang terpanjang dan tandakannya sebagai hari terakhir kesuburan.

Contoh:
Mac 29 hari
April 26 hari (kitar period terpendek)
May 30 hari
Jun 31 hari (kitar period terpanjang)
Julai 30 hari

Dari contoh diatas,
Kitar period yang terpendek = 26 hari.
Kitar period yang terpanjang = 31 hari.
26 - 18 = 8 (hari subur yang pertama)
31- 11= 20  (hari subur yang terakhir).

Maka waktu subur antara hari ke 8 hingga hari ke 20 ….


Kesimpulan dia laa, penting jugak laa tau pasal kitaran period nie.. yer la bagi yang dah nikah tu boleh la try dapat anak masa time bini dok subur tu kaaan…. Bagi yang belum nikah tu jangan disalahgunakan informasi kitaran period nie, dok nak elak kan taknak lekat pulak. Risiko dia masih ada sebab kiraan nie hanya anggaran masih ada lagi faktor-faktor lain yang terlibat, faktor lain tu sperma tu OK ke tak?  kalau OK OK laa kalau tak OK lenjan laah 365 hari pun x lekat punyer… Yang dah nikah xde risiko dah…. Lekat lekat laaaa xde hal punyer yang belum nikah nie kalau lekat haiyoooohhh pening kapla woohhh…..

Akhir kata yang nak bagi lekat tak lekat tu kita serah kat DIA jer laaa kita nie hanya boleh berusaha semampu yang boleh yaa. Dapatlah jugak kita  menginsafi diri bahawa setiap kejadian adalah sesuatu yang sangat berharga & ianya hanya satu pinjaman dan akan diambil semula oleh Tuan Empunya yang asal.



SP : huuurmm aper pun SAFETY FIRST…..

Monday 8 April 2013

Mandi Bunga....



Masa lepak kat office petang tadi terdengar rungutan sahabat aku, “Haissshh hari ni buat aper pun tak jadi, nak kene mandi bunga nie”. Namun aku tau dia bukan serius pun cuma amalan mandi bunga nie dah macam sebati dengan masyarakat Melayu, asal lambat kawin mesti nak kene mandi bunga, asal bisnes slow mesti nak kene mandi bunga, asal nak PRU mesti nak kene mandi bunga, asal sakit teruk mesti nak mandi bunga and such…

Tak tau la mana asal usul mandi bunga nie tapi kalau kita tengok balik sejarah masyarakat Melayu nie sebelum kedatangan Islam, mereka berpegang kuat dengan amalan Hindu. Kalau kita tengok sekarang pun penganut Hindu nie memang suka dengan bunga pun kalau tak caya pergi lepak depan kuil Hindu dekat Sentul ke Batu Caves ke mesti ader orang anyam bunga, aper-aper mesti bunga sampai hutang pun diorang kene kan bunga. Masyarakat Melayu nie plak dikosmetiknya amalan mandi bunga  nie dengan kalimah Bismillah & Selawat pastu ditambah dengan doa dalam bahasa aper tah yang tak boleh nak paham nak cakap jawa pun bukan nak cakap tagalong pun bukan…(bijak orang Melayu nie haaa) tapi niatnya untuk tolak bala, mudahkan rezeki, baik dari sakit, cepatkan jodoh and such.. Lepas tu siap ader pantang larang la plak haaa bab pantang larang nie yang paling aku menyampah. Kan ke agak ketara sifat kebangangan mereka-mereka ini yang mengamalkan malan mandi bunga nie, aku tak nampak langsung hubungkait bunga dengan nak dapatkan rezeki,kesihatan, jodoh and such...


"Hah !!! Kalau mandi bunga dengan dia nie aku nak laa naaakss"


Aku tak nafikan la dari segi saintifik ada bukti menyatakan mandi bunga nie dapat menyihatkan tubuh badan dan menyegarkan badan tapi kalau kata mandi bunga nie dapat mencepatkan jodoh, menolak bala, datangkan rezeki and such memang over my hairy ass laa jawapan aku. Ada jugak sesetengah pusat rawatan Islam yang mengamalkan amalan mandi bunga nie tapi diselawatkan terlebih dahulu dan kemudian di masukkan ke dalam air secara tertib. Ramuan dia plak akan dibacakan dengan ayat-ayat Al-Quran dan Zikir terpilih dan didoakan/diniatkan untuk menyembuhkan penyakit/masalah atau memelihara serta mempertingkatkan kesihatan dengan izin kehendak dan kuasa Allah SWT jua. Yang nie aku tak bape jelas samada kosmetik ke aper ke tapi at least kita paham la jugak maksud ayat-ayat Al Quran tu dengan Zikir tu.

Jadi kesimpulannya aku nak kata amalan nie salah tak boleh jugeks sebab aper yang aku nampak pelaksanaan yang dibuat masa amalan ini dijalankan menjadikan amalan ini salah. Contoh kalau semata-mata dilakukan nak tolak bala, dapat rezeki, mudahkan jodoh and such aku berani melabelkan mereka-mereka ini sebagai syirik. Kalau sekadar nak freshkan badan dan minda errmmmm go ahead laa nak syirik pebender nya…. Sebab bukan setakat mandi bunga jeks hatta setiap perkara kita nak buat tu itu kena laa kita buat  sebaik mungkin dengan mengambil kira hukum-hukum, garis panduan dalam Islam bukan aper cuma risau syirik jeks ( tak ampun woohhh dosa syirik nie). Bagi aku laaa setiap amalan yang kita buat itu boleh mendatangkan pahala dan keberkatan Allah SWT kalau kita buat dengan sebaik mungkin sebab setiap amalan yang kita buat tu semuanya akan berbalik semula kepadaNYA.

SP : Baik aku gi mandi susu dari mandi bunga…..