Friday 31 May 2013

FAM is JOKE !!!


Last week disebabkan EPL dah habis demi untuk melepaskan kegianan aku kepada bolasepak maka dengan penuh rasa  keterpaksaan aku tengok laa game semi final FA Cup Liga Malaysia Pahang lawan JDT, takde luarbiasa pun sebenornya Pahang dengan JDT nie biasa-biasa jer taraf permainan tapi yang luarbiasanya game cancel. Sebab apa cancel sebab penyokong ramai sangat masuk stadium.

Aku tak bias kat JDT ke Pahang ke tapi apa yang aku nampak kat sini adalah satu tahap KEBODOHAN yang sangat BANGANG dari pengurusan FAM sampai la ke pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang. Jadi kali nie aku terpanggil untuk MENGHINA FAM nie yang makin lama makin teruk aku tengok bukannya makin bagus, dulu aku ada buat satu entry pasal FAM nie  tapi aku tak HINA laaa sangat.  Kalau kita sorot kembali kejadian yang berlaku di Stadium Darul Makmur tempoh hari siapa yang harus dipersalahkan ?? Dah sah sah laaa kesalahan kat pihak yang bertanggungjawap mengeluarkan tiket dan yang menganjurkan perlawanan. Mana boleh nak salahkan JDT sebab diaorang nie team pelawat so tuan rumah laa kene bertanggungjawap atas keselamatan team pelawat dgn penyokong-penyokong diorang tapi JDT pun 2X5 gak bila dia main kat home, mana-mana home team pun sama. Tapi kesalahan paling besar sepatutnya dihumbankan kat KEPALA BANA FAM, FAM nie langsung tak monitor Pengurusan Persatuan Negeri kalau diaorang monitor takan jadi nyer kejadian macam kat Stadium Darul Makmur. Suruh orang datang stadium sokong bolasepak tempatan tapi keselamatan orang tak nak bertanggungjawap haaa tu yang dinamakan KEPALA BANA…Mana boleh nak salahkan penyokong, tak pernah berlaku dalam sejarah bolasepak negara penyokong merusuh sampai bunuh-bunuh, sikit-sikit nak salahkan penyokong, setakat baling-baling botol air, burger, nasi lemak, batu and such tu normal laaa.




Nak jadi professional konon phuuuuiii…. Nak urusan kan satu stadium pun terkial-kial, nie belum lagi citer pasal ulat tiket lagi, boleh masuk stadium free lagi pasal mutu permainan lagi and such… Belajar laa dari Europe macam mana nak uruskan stadium alaaa tak payah gi jauh-jauh gi belajar kat Jepun dengan Korea pun dah cukup, kalau malas jugak nak belajar haaa pergi belajar kat Papua New Guinea. Pastu yang paling lawak dia punya hukuman denda adeeehhhh PBNP kene denda RM 100K, PBNJ kene denda RM 20K laaa asal plak PBNJ yang denda tak paham aku… Yang patut kene denda PBNP laa sebab selaku tuan rumah gagal memastikan game berlangsung dan gagal menjamin keselamatan penyokong tuan rumah & pelawat, nampak kan tahap  KEBODOHAN LAGI BANGANG FAM nie... lagi satu the best thing FAM KEPALA BANA nie, dia buat plak game ulangan kat Bukit Jalil konon boleh isi ramai penyokong , woooiii nie denda ke apa nie FAM?? Hangpa gheti ke idak nie ?? Masih dalam tahap KEBODOHAN yang sangat BANGANG FAM nie, kalau kat liga professional Europe jangan kata penyokong merusuh penyokong maki berbau perkauman pun kene denda kaw-kaw, point kene tarik, pastu main kat stadium kosong !! hang baru la betul denda, lu kene bayor denda pastu lu tak dapat untung hasil duit penjualan tiket
Baru laa rasa tahap kerugian sikit, mari kita buat matematik mudah,

Assuming,
Kapasiti Maksimum Bukit Jalil : 100,000
Jumlah tiket terjual : 30,000 @ RM 12 = RM 360,000
Tolak : (assuming laa)
20% kepada FAM = RM 72,000
10% pada Pengurusan Stadium Bukit Jalil = RM 36,000
Untung Penjualan tiket PBNP sebelum ditolak perbelanjaan lain,
RM 360,000 – ( RM72,000 + RM 36,000 )
= RM 252,000
RM 252,000 - denda (RM 100,000) = RM152,000

Rasa-rasa laaa denda tu berkesan ke tak ?


Pastu aku terbaca plak pasal FAM nie lewat hantar surat penggantungan player Selangor sebab kekangan pegawai tertinggi sekretariat yang terlalu sibuk… Hadeeeeh nie KEPALA BANA apa lagi nie woiiii FAM ?? Pegawai hangpa MENGANGKANG kat mana pulak nie sampai nak taip surat pun takde masa ??  BODOH tahap BANGANG !!! Professional KEPALA BANA lu … Bukan nak salahkan Selangor dah diorang dapat surat lambat nak buat macam mana kan kalau aku pun aku buat macam Selangor, persoalannya mana keadilan pada team Terengganu… 

Sepatutnya sebagai badan induk yang bertanggungjawap pada bolasepak negara baik dari segi mutu, pentadbiran, pengurusan and such, FAM sepatutnya menjadi pentadbir adil, telus, ihklas dan amanah. Tapi apa yang aku nampak FAM nie dah jadi bahan jenaka…. Kalau berterusan macam nie sampai kiamat laa bolasepak negara tak maju. Letih nak bercakap pasal FAM nie dah macam kata pepatah “Hidup segan mati tak mahu, kecik-kecik taknak mampos dah beso menyusahkan orang”


SP : kasi tukarlah KJ….

No comments:

Post a Comment