Lama
rasanya tak mencoret apa yang aku rasa, nie semua angkara terleka mengejar duniawi. Makin dihambat lagi cepat plak dia
lariiikkkk, masa aku tak kejar dia main caaak caaak depan muka. Mula-mula boleh
sabar tak hambat tapi ibarat kucing laa
kan kalau dah hadap depan dia ikan goreng hari-hari last-last dihauup gak ikan goreng tu.
Now
I’m stuck in the middle yang dihambat tak terhambat yang aku gendong dah
tercicir. So a man got to do what a man go to do laa patah balik pick up yang tercicir tu, but the fuckin problem is
aku tak tau aku tercicir yang aku gendong tu kat mana…So masa nak patah balik
cari yang tercicir nie yang seksa sebab aku kena tempoh once again benda-benda
yang aku hadap masa nak mengendong yang penah aku gendong.
But
that what life is…
Masa
dok patah balik nie la aku sedar dah berapa banyak waktu, ruang dan jarak yang
aku dah bazirkan semata-mata nak kejar duniawi. Bukan nak kata duniawi nie tak
penting, kan ke dunia nie jambatan ke akhirat kalau takde dunia macam mana nak
ke akhirat kaan…Cuma aku agak leka sampai terlupa yang lebih penting, kaan ke
canteek kalau dua-dua dapat seiring dan sejalan. Than something trigger in my
mind, berapa nilai waktu yang masih tinggal untuk aku habiskan? Berapa luas ruang
lagi yang ada untuk aku ? Berapa jarak yang harus aku perlu redah lagi ?
Jadi
aku mula membuat pengiraan, perbandingan dan andaian antara dunia dan akhirat berdasarkan
informasi yang amat terbatas namun dari sumber yang sangat tepat lagi benar.
Kajian matematik aku terhadap waktu, ruang dan jarak bermula apabila aku
terjumpa 2 ayat dibawah,
"Dan mereka meminta
kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan
menyalahi janji-Nya. Sesungguhnya SEHARI di sisi Tuhanmu adalah seperti SERIBU
menurut perhitunganmu." (Al Qur'an, 22:47)
"Dia mengatur urusan
dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya dalam SATU HARI yang
kadarnya adalah SERIBU TAHUN menurut perhitunganmu." (QS. Al Qur'an, 32:5)
Dengan
hitungan matematik mudah aku pun mula membuat pengiraan, (budak sekolah rendah
pun tau kira)
1
hari di akhirat = 1,000 tahun di dunia
1
tahun di dunia = 365 hari
1
hari di akhirat = 365 x 1000 = 365,000
Ini
bermakna satu hari di akhirat adalah 365,000 hari di dunia.
Aku
andaikan, ( biasa laaa Math kan selalu buat andaian) 1 hari akhirat
ada 24 jam macam kat bumi jugeks.
1
hari di akhirat = 1,000 tahun di dunia
1
hari = 24 jam
1
jam di akhirat = 1000/24 = 41.7
jadi
setiap jam di akhirat adalah sama dengan 41.7 tahun di dunia.
Aku
buat andaian lagi nieh, umur umat nabi Muhammad plus minus lebih kurang 60
tahun. Maka oleh itu jika aku bandingkan
dengan kehidupan akhirat,
1
jam di akhirat = 41.7 tahun
60
tahun/41.7 tahun = 1.4 jam
conclusion
yang aku dapat, aku hidup kat dunia nie plus minus baru 1.4 jam berdasarkan
pengiraan aku. Dan ayat dibawah maybe boleh menguatkan lagi conclusion aku.
"Dan tiadalah kehidupan
dunia ini melainkan main-main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya negeri
akhirat itu adalah terlebih baik bagi orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu
memahaminya?" [Al-An’am ayat 32]
OK
maybe nak kira waktu nie agak straight forward tapi nak kira ruang buat aku
pening, resah dan gelisah… mungkin ruang kat bumi nie aku boleh kira la kot
tapi ruang kat akhirat acener aku nak kira ? tengok pun tak penah. Ok again macam biasa la math aku terpaksa
membuat andaian lagi, so aku andaikan akhirat nie sebuah planet macam bumi.
Pengiraannya lebih kurang berbentuk sebegini,
Diameter
bumi adalah 12,700 km ß (yang
nie aku google jek plus minus) dan bumi berputar diatas paksinya dalam satu
hari selama 24 jam.
1
hari di bumi = 1000 tahun di akhirat
1
tahun = 8760 jam
1000
tahun = 8,760,000 jam
Dengan
menggunakan rumus perbandingan yang sederhana dapat aku merumuskan bahawa,
12,700/24
= x/8,760.000
x
= 4,635,500,000
dari
rumusan ini boleh laa aku mengatakan
bahwa plus minus diameter "Planet Akhirat” adalah 4,635,500,000 km.
Sabar-sabar ini baru diameter saja, untuk menentukan luas aku harus menggunakan
rumus untuk menghitung luas lingkaran. ( yang nie aku kene hati-hati sikit
sebab Add Math aku masa SPM dapat 9
nasib baik Calculus aku OK masa kat ITM)
Rumus
Luas lingkaran = phi x r x r
diameter
akhirat = 4,635,500,000 km
jari-jari
(r) akhirat = 2,317,75,000 km
jari-jari
di kuadratkan = 2,317,750,000 x 2,317,750,000
=
5,371,96,.062,500,000,000
Luas
akhirat = 22/7 x 5,371,965,062,500,000,000
=
1,686,797,029,625,000,000 km persegi
Untuk
perbandingan luas bumi = 127,798,204 km persegi (plus minus). So bumi yang luas
dia lebih kurang 500 juta km persegi masih banyak lagi tempat nak letak manusia
yang dah dekat 6 billion mungkin lebih. Bayangkan
akhirat yang luasnya bertrillion kali luas
bumi, mungkin boleh letak semua manusia dari mulai umat Nabi Adam sampai umat
Nabi Muhammad campur plak binatang dengan mahkluk ghaib and such….
Alang-alang
aku dah syok mengira waktu & ruang agak tak adil kalau aku tinggalkan
jarak, tapi sebelum aku membuat pengiraan aku perlukan sesuatu untuk aku sandarkan
pengiraan aku macam aku buat pengiraan waktu dan ruang. Yer laa dah tau masa
dan luas “Planet Akhirat” mesti nak tahu kat mana & bape jauh dari bumi
kan…So back to menggodek sumber yang tepat lagi benar dan hasilnya adalah
seperti dibawah,
“Malaikat-malaikat dan Roh
naik kepada-Nya (kepada Allah) dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu
tahun”. (Al Qur'an, 70:4)
Normally
untuk mengukur jarak antara sesebuah planet orang akan menggunakan kecepatan
pergerakan cahaya sebab cahaya nie merupakan asas kepada ukuran meter dimana 1
meter bersamaan dengan jarak dilalui cahaya melalui vakum yang ditakrifkan pada
kelajuan lebih kurang 300,000 meter sesaat (plus minus), jadi pengiraan aku
adalah lebih kurang seperti berikut dengan informasi yang terbatas dan ilmu
matematik aku yang agak menjengkelkan…
kecepatan
cahaya dalam satu saat adalah 300,000 km
jarak
antara bumi dan akhirat adalah 50,000 tahun
kalau
50 ribu tahun aku tukarkan dalam kiraan saat maka:
50,000
tahun x 365 = 18,250,000 hari
18,250,000
hari x 24 = 438,000,000 jam
438,000,000
jam x 60 = 26,280,000,000 minit
26,280,00,.000
minit x 60 = 1,576,800,000,000 saat
Pastu
aku kalikan jarak kecepatan cahaya pada setiap satu saat
1,576,800,000,000
saat x 300,000 km = 473,040,000,000,000,000 kilometer
maka
aku dapati bahawa jarak bumi dan “planet akhirat” adalah lebih kurang 473,040
trillion kilometer, itupun dengan menggunakan kenderaan yang kelajuan dia menggunakan
kecepatan cahaya selama 50 ribu tahun. (Suratan atau kebetulan malaikat dicipta
dari cahaya menajadi satu topik baik untuk aku pikirkan)
So
just to wrapped up all the calculation and such,walaupun pengiraan aku mungkin ada ralat atau khilaf sebab aku membuat andaian maka aku boleh
simpulkan masa yang ada untuk aku habiskan terlalu singkat untuk menempuh jarak
yang amat jauh ke perkampungan yang
sangat luas….
SP
: Aku Pandang..Dipandang..Memandang…..
No comments:
Post a Comment