Sunday 31 March 2013

Risiko....



Lepas Isyak tadi aku mengambil risiko untuk membuat gerakan solo di celah-celah hutan batu Kolumpo, kadangkala kita perlu bersendirian untuk menstabilkan diri sendiri namun risikonya adalah kebosanan tahap cipan laaaa.  Dah nak jadi rezeki aku terjumpa sahabat lama sedang melayan jiwang seorang diri menghirup secawan teh di lorong tikus. Apa lagi aku terjah laa sembang kasi bimbang, banyak bende yang kami sembang kasi bimbangkan tapi aku agak tertarik bila sahabat aku memperkatakan tentang risiko.

Hurrrmmm risiko mengikut pandangan aku yang tak seberapa bernas nie  dalam kehidupan kita seharian nie risiko sentiasa ada, sebaik saja kita dilahirkan kita dah berhadapan dengan risiko.  “Sesuatu keadaan yang   tidak dapat dipastikan”  Haaaa boleh pasti 100% minggu depan kita boleh bernafas lagi? Risiko la tu dude…. Hidup kat dunia nie penuh dengan risiko setiap hari kita berhadapan dengan risiko, baik dalam soal kerja, perniagaan, perhubungan and such semuanya uncertain tak boleh nak diramal dan dipastikan. Bawak kete risiko, pergi keje risiko hatta kawin pun risiko sebenornya hehehe, dalam kubur tak yah citer la risiko dia macam mana kan. Kita hanya boleh mengawal risiko jer dengan perancangan dan usaha. Kenal pasti, nilaikan mengikut kepentingan sesuatu risiko diiringi dengan doa dan tawakal. Lepas tu tengoklah result dia macam mana dan ready laa nak hadap  dengan keimanan yang utuh lagi teguh dan penuh kesabaran.

Ada sesetengah orang cakap nak hadapi masa depan yang tak pasti? Kenapa nak ambil risiko?? Aku nak cakap diorang nie bebal kang diorang marah plak, yang tak pasti tu la risiko nak taknak kene hadap gak tapi biar la hadap dengan cara yang bermaruah calculate la risk tu dulu, kenal pasti dan nilaikan jangan dok nak hadap macam tu jeks. Mana boleh nak terjah macam tu jek, Contoh, contoh nie, aku nak buat umah tepi gunung berapi yang baru semalam meletup  apa nak jadi jadi laaa, aku nak lompat dari tingkat 50 KLCC apa nak jadi jadi laaa, aku nak bercinta dengan laki/bini/tunang orang apa nak jadi jadi laaa  (kalau bf/gf orang ok lagi laa diorang bukan ada aper2 ikatan pun sajer2 syok sendiri declare ehehehe), haaaaa contoh-contoh ini  bukan ambik risiko tapi menempah maut secara total!!!

*nota kecil : erkkk bercinta dengan laki orang tu aku raser tak menempah maut sangat mungkin kecederaan ringan akibat terkene pinggan atau penyapu ( seminggu dua baik laa) sebab kalau kuota diorang ader lagi kosong xde hal kot tapi dengan bini orang itu SAH menempah maut dude….






Macam mana kita nak teruskan hidup tanpa ada perancangan dan usaha, adeeehh kemon laahhh Rasullullah SAW sendiri pun buat perancangan bagi setiap sesuatu yang dilakukannya. Baginda akan mengambilkira semua kemungkinan dan menyediakan semua persiapan sebelum menjalankannya. Tapi  ini tidak bermakna Baginda tidak bertawakkal kepada Allah SWT. Teringat aku pada satu cerita,

Pada suatu hari, Rasullullah SAW  bertanya kepada seorang Arab Badwi mengapa beliau meninggalkan untanya tanpa ditambat. Lalu Arab Badwi itu berkata 'Aku bertawakkal kepada Allah'.
Kemudian Rasullullah bersabda 'Tambat unta kamu itu, kemudian bertawakkal kepada Allah SWT'.

Jawapan Rasullullah SAW bagi ini suatu contoh yang jelas tentang keyakinan sebenar terhadap Allah SWT. Rasullullah SAW mengajar kita bahawa kita mesti melakukan yang terbaik dalam melakukan sesuatu perkara dan menyerahkan segala yang di luar kemampuan kita kepada Allah SWT.


Yang diluar kemampuan kita tu  ajal, jodoh dan rezeki...semua tu datangnya dari DIA...kita hanya mampu merancang dan segala-galanya DIA yang tentukan. Pasal ajal ada yang dok telan vitamin, tak hisap rokok, bersukan bagai and such tapi sampai time ajal, mati jugeks (badan berketul tubuh ramping muka hensem jelita semua dimamah ulats).  Tak boleh nak buat apa-apa pun masa tu nak mintak tangguh sesaat pun xbleh.  Pasal jodoh lagi ler halus aturan takdir Allah SWT nie, selagi DIA tak bagi lampu ijo jangan harap ler nak jadi, rancang la macam mana pun (contoh aku ler nie haaaa kaans…..)  Pasal rezeki lagi aneh, kadang tu dah tau dah confirm nak dapat last2 duit tu lalu depan mata jeks haaaa adeeehh meleleh ayor lior yop…..


Pendek kan citer, sesungguhnya aturan takdir ALLAH SWT tu sungguh halus, cantik dan sempurna, semuanya telah ditentukan sejak azali dengan begitu indah dan penuh hikmah. Hanya DIA yg mengetahui apa yang terbaik buat kita, kita sahaja yang tidak mengerti dan malas nak melihat rahsia disebalik rahsia setiap kejadian… Jadi hadapilah kehidupan didunia ini yang penuh  risiko ini  dengan mengenal pasti, menilai, dan mengatur kepentingan setiap risiko kemudian diiringi dengan usaha doa dan tawakal.


SP : esok nak kene calculate risk nieh…..

No comments:

Post a Comment