Friday 18 November 2011

Thank You NUFFNANG


Agak lama aku tak menulis mungkin sebab aku rasa tak ada bahan untuk aku tuliskan yang bisa aku betah, bisa aku rungkaikan, yang bisa membuat otak aku berfikir & yang bisa menyebabkan aku menanggung risikonya. Namun November jarang sekali memberi kekecewaan kepada aku…. Seringkali November membawa keceriaan dalam hidup aku… Kesibukan dalam urusan dunia pun salah satu faktor yang membuat aku hampir kehabisan masa untuk menulis. Aku sibuk dengan urusan menyambungkan silaturrahim dengan sahabat-sahabat lama aku sebab aku ingin menguji salah satu hadis yang aku baca,

Ibnu Umar RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: Bermaksud:
”Barang siapa yang suka diperluaskan rezekinya dan kehidupan yang baik, maka hendaklah menyambung Silaturrahim”(Riwayat al- Bukhari)

"nice office Nuffnang"

Ternyata setelah menguji hadis diatas aku berani membuat kesimpulan bahawa Rasullullah itu benar dalam setiap perkataan dan perbuatannya, rezeki aku semakin luas & kehidupan aku semakin baik, rezeki yang aku maksudkan ni bukan dalam konteks duit… Bukan nyer duit tu jatuh dari langit rezki yg aku maksudkan nie dalam banyak bentuk antaranya kegembiraan, kemaafan, kepuasan, peluang perniagaan etc etc.. Kegembiraan bertemu sahabat lama, kepuasan mengenang kenangan lama, kemaafan atas perkara-perkara lepas walaupun ada kemampuan untuk membalas, teruka peluang perniagaan namun harus diusahakan menjadi reality…. Kehidupan yang baik bukan bermakna aku mewah tapi aku tenang & redha dengan apa yang aku ada, ye la kan dah gembira mesti laa hati tenang kaaann..

"Yeeehaaaaa"


Then Nuffnang hantar email kat aku suh collect 4 ticket passes for TGV cinema sebab birthday aku just around the corner ahhhhh kegembiraan lagi nieh, nampak kecik tapi buat aku sungguh besar ertinya..
Thank You NUFFNANG!!!

RBK : tapi aku nak tengok movie aper eh….

No comments:

Post a Comment