Tuesday 29 November 2011

RAMALAN KU BENAR BELAKA…….


Bukak paper pagi tadi terbaca laman belakang pasal kekalahan Harimau Muda… Ong Kim Swee siap kata ”saya tak tahu nak cakap apa” takpe sebab aku tahu nak cakap aper… Aper yang aku cakap akan buat orang cakap aku tak Patriotik tapi macam biasa ader aku kisah sebab aku tanggung risiko sendiri..


"no komen"

Aku pernah ulas pasal senario bolasepak dalam entry aku yang dulu dan aku tak nak ulas lagi sekali sebab faktornya tetap sama ader 2 jer, kita kekurangan pool of player letak la saper pun coach hatta Sir Alex Ferguson sekalipun tak kan kemana dan pengurusan FAM amat menjijikkan untuk diulas secara terperinci. Tu sebab aku berat nak pergi stadium sebab aku dah boleh tahu kesudahannya macam mana…Apa tak pergi stadium tak patriotik kah?? Aku tak heran langsung bila kita jadi jaguh ASEAN sebab mutu permainan kebanyakan negara ASEAN lebih kurang jer dengan kita. Ramai geng Ultra Malaya yang sakit hati bila aku keji dan hina skuad Harimau Malaya & Muda nie tapi tengok sendiri la hakikat realiti sebenar tak payah la nak tipu diri sendiri, Malaysia di depan dengan 2 gol, Bahrain main 10 orang dan masa hanya tinggal lagi 10 minit Bahrain dapat score 3… Aper ni?? Aper?? Budak sekolah rendah pun tau betapa bangangnya team macam ni…

Sebab apa aku hina dan keji sebab aku membesar dengan melihat aksi Allahyarham Mokhtar Dahari, Mendiang R Arumugam, Soh Chin Aun, Santokh Singh, Lim Teong Kim, Azizol Abu Hanifah, Rahdi Mat Din, Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan dan ramai lagi yang seangkatan dengannya…jadi aku boleh nilai tahap mutu permaianan bolasepak negara. Dulu Korea & Jepun jadi mainan je buat Harimau Malaya sekarang?? Cambodia pun terhegeh-hegeh nak menang…Kalau arwah ayah aku masih hidup dia pun akan hina dan keji permainan Harimau Muda nieh macam aku gak. Aku tak tau la Geng Ultra Malaya pernah tengok ke tak aksi-aksi diaorang nie, Geng ni pun baru jer muncul dalam persada bolasepak negara, setakat sorak dengan main flare geng-geng otai era 70an dgn 80an lama dah buat jadi tak payah nak label diri sendiri lebih patriotik dari orang lain.

"bila nak jadi harimau sunggoh nie"


Jadi buat la perubahan wahai FAM jangan la takut untuk berubah (macam biasa FAM bisu, pekak dan buta), rakyat Malaysia takde team lain untuk disokong tak kan nak sokong Papua New Guinea kot??


RBK cakap :  ” saya tak tahu nak cakap apa”

No comments:

Post a Comment